Anda di halaman 1dari 3

JELASKAN LIMA CIRI KEPEMIMPINAN YANG TERDAPAT PADA DIRI NABI

MUHAMMAD SAW

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW terserlah sewaktu baginda berada di kota Makkah
lagi atau lebih tepat sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul.
Kepimpinan baginda lebih terserlah setelah baginda berhijrah ke Madinah; diiktiraf
sebagai pemimpin tertinggi Negara Islam Madinah melalui penggubalan Piagam
Madinah.

Ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad saw


Adil :
Antara ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah bersifat adil. Isteri baginda iaitu
Saidatina Aisyah binti Abu Bakar al Siddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam
segala hal seperti percakapan dan perbuatan.
Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat
assabiyah. Baginda juga membela kaum wanita serta memperkenalkan sistem ekonomi
yang adil. Amalan riba dan penipuan yang selama ini menjadi kebiasaan para
pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan dengan ekonomi Islam. Baginda
berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan diskriminasi kabilah. Dgn
mengamalkan keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmosian dlm
kalangan masyarakat.

Bijak :
Baginda juga seorang yang bijak. Baginda pintar mengatur taktik dan strategi
peperangan.
Contohnya, walaupun tentera Islam cuma seramai 313 orang dalam Perang Badar,
namun dengan adanya strategi bijak yang diatur oleh baginda, mereka berjaya
mengalahkan tentera Musyrikin/Quraisy Makkah yang seramai 1000 orang.
Sebagai pemimpin tertinggi, baginda tidak sombong malah menerima pakai nasihat
para sahabat. Contohnya baginda menerima cadangan Salman al Farisi agar menggali
parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh dalam Perang
Khandak. Baginda jg bijak berpolitik apabila menghantar perutusan dari Madinah ke
Rom, Parsi dan Habsyah. Kuasa-kuasa besar ini mengakui Madinah sebagai negara yg
berdaulat.
Berani dan Tegas :
Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berani dan tegas. Baginda bukan sahaja
seorang nabi dan rasul yang diutuskan malah juga seorang pahlawan yang tiada tolok
bandingnya.
Baginda mengetuai setiap ekspedisi perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah
baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan tentera
Islam. Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum Yahudi Bani
Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah melanggar
Piagam Madinah. Mereka telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara serta
memecahbelahkan penduduk Madinah. Kesannya, penduduk Madinah kini Cuma
terbatas kepada orang Islam sahaja.

Cekal :
Baginda juga seorang yang cekal. Walaupun menerima tentangan hebat seawal usaha
penyebaran Islam di Makkah, namun baginda tetap meneruskan dakwah Islamiyah
walaupun terpaksa berhijrah ke tempat lain.
Contoh, baginda tetap tabah menghadapi tentangan walaupun penentang itu datangnya
daripada ahli keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang merupakan bapa saudara
baginda. Pelbagai cara digunakan oleh Quraisy untuk menunjukkan protes mereka
namun usaha mereka itu menemui kegagalan dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.
berjaya membina sebuah negara Islam Madinah yang mampu menyaingi kota Makkah
dari aspek ekonomi yang ketika itu dipegang oleh kaum Yahudi.

Berakhlak Mulia :
Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia mampu
menarik hati tidak kira kawan ataupun lawan. Dalam aspek kekeluargaan, baginda
merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi ekoran sifat pengasih dan penyayang.
Contohnya, baginda sering membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak,
melayan anak-anak serta membersihkan rumah. Orang Arab Quraisy menggelarkan
baginda ‘al-Amin’ kerana segala perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai.
Baginda juga seorang pemaaf seperti memaafkan Saidina Umar al Khattab yang
pernah menjadi musuh ketat Islam malah pernah cuba membunuh baginda. Akhlak
baginda dapat mempersaudarakan masyarakat Arab yang berpecah-belah. Baginda
juga memperkenalkan etika peperangan yg dpt menarik hati pihak kawan dan lawan.

Berakidah :
Nilai kepimpinan Nabi Muhammad SAW berteraskan akidah dan tauhid. Baginda
menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dan mematuhi syariatnya. Selagi
manusia melakukan suruhannya-Nya, maka mereka akan mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Buktinya, dalam usaha menegakkan Islam, Nabi Muhammad SAW menanam semangat
jihad. Keimananan mereka membawa kejayaan dalam medan peperangan, Orang
Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya mengalahkan musuh-musuh
Islam. Nabi Muhammad SAW membina kekuatan orang Islam berlandaskan akidah,
tauhid dan berpaksi kepada al-Quran dan sunah.

Akal dan Ilmu Pengetahun :


Imu pengetahuan yg ada pd NM SAW membantu baginda membuat keputusan yg bijak.
Kepimpinan baginda berdasarkan wahyu Allah. Akal yg dikurniakan oleh Allah
mendorong manusia berfikir secara rasional dan ilmu pengetahuan membantu manusia
membuat keputusan dgn bijak.

Kepahlawanan :
Memiliki sifat kepahlawanan dlm ekspedisi peperanga
Menjamin keselamatan nyawa dan harta benda penduduk.
Berjaya membuka semula kota Makkah tanpa pertumpahan darah

Toleransi :
Sedia memaafkan orang Quraisy
Memperkenalkan etika perang
Mengamalkan prinsip syura

Anda mungkin juga menyukai