Anda di halaman 1dari 16

SKEMA JAWAPAN SET 2

Soalan 1: Bincangkan ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ketenteraan.
Pengenalan 1. Dua jenis peperangan pada zaman Nabi

Ghazwah – peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w –


sebanyak 28 ghazwah, sembilan daripadanya telah membawa kepada
pertempuran.

Sariyyah – peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah – sebanyak


47 sariyyah.

2. Kepimpinan Nabi Muhammad merupakan contoh utama (uswah


hasanah) kepada kepimpinan tentera Islam.

3. Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda mencapai


kejayaan yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka
taktik dan strategi peperangan.

4. Contoh kepimpinan yang terbaik

● Nabi Muhammad sering memberikan contoh kepimpinan


yang terbaik kepada umatnya.
● Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-
pengikutnya dan disegani oleh musuh-musuh.
● Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat
seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-
Khattab, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.

Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-


peperangan penting seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang
Khandak bagi menentang musuh.
1. Menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya
akhlak yang serta seluruh harta mereka selepas tamat Perang Taif sebagai memenuhi
mulia dan janjinya sekiranya Malek bin Auf menyerah diri.Tindakan baginda yang
terpuji berpegang pada janji telah menawan hati musuh-musuhnya sehingga
Malek bin Auf telah memeluk Islam. Nabi Muhammad mematuhi disiplin
peperangan seperti mematuhi undang-undang tradisional yang tidak
berperang dalam musim haji.

2. Sering Dalam menghadapi musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta


berbincang pendapat sahabat-sahabat. Bukti ketinggian peribadi seorang jeneral
dengan para perang. Nabi Muhammad tidak menggunakan kuasa secara mutlak.
sahabat Dalam Perang Khandak – Rasulullah menerima cadangan Salman al-
Farisi untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di
sekeliling Madinah.

1
3. Menyarankan Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar
tidak mengejar musuh yang lari meninggalkan medan peperangan – menunjukkan
musuh yang lari bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil
iaitu menentang musuh yang melawan.Tindakan mengejar musuh akan
menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di bahagian belakang.Ini
berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri
kerana ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam.Contoh, Nabi
tidak mengejar musuh yang lari dalam Perang Taif.

4. Akal dan Ilmu Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang yang amat pintar dalam mengatur
Pengetahuan taktik dan strategi ketenteraan.Baginda menyusun tentera berdasarkan
yang Sejajar sistem berbaris atau al-saf – contoh dalam Perang Badar – Rasulullah
sebagai seorang menyusun tentera dalam dua barisan – barisan hadapan bersenjatakan
ketua perang tombak dan perisai, barisan belakang – bersenjatakan panah dan perisai
dan setiap barisan didahului dengan pembawa bendera.Baginda menerima
cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di sekeliling kota
Madinah.
5. Menegaskan Tanpa mengira pihak kawan ataupun pihak lawan.Contoh, Perang Taif,
konsep Keadilan Nabi Muhammad memulangkan harta rampasan perang setelah diminta
Terhadap oleh penduduk Taif.Nabi Muhammad adil mengagihkan harta-harta
Makhluk rampasan kepada tentera Islam. Contoh, dalam Perang Badar dan Perang
Uhud.

6. Bijak mengatur Menguasai takungan air dalam peperangan Badar– tentera musyrikin
taktik dan tidak mempunyai kekuatan kerana dahaga.
strategik yang Menggunakan taktik menunggu – dalam perang Badar
berkesan Penyusunan barisan tentera Islam – dalam perang Uhud
Taktik bertahan – perang Uhud dan Khandak
Taktik menggali parit – perang Khandak
7. Memberi Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang adalah untuk
kefahaman meninggikan syiar Islam hanya kerana Allah. Menghormati peraturan-
tentang konsep peraturan peperangan dan etika perang dalam islam. Mempraktikkan
jihad. akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan. Menampilkan keberanian
sebagai tentera Islam yang gagah berani
Mempraktikkan taktik dan strategi dalam peperangan hingga beroleh
kejayaan.Contoh, perang Ahzab.

Kesimpulan Kepemimpinan Nabi Muhammmad sebagai seorang panglima yang


agung sememangnya terserlah melalui taktik dan strategi peperangan
baginda. Keadaan ini merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan
baginda dan faktor utama ialah pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.
Kesannya, tentera Islam telah mendapat pelbagai kejayaan dalam misi
peperangan mereka.
Panduan Pemarkahan :
● Huraian dan contoh mesti dikaitkan dengan ketenteraan.
● 4 isi dikaitan dengan jelas bidang ketenteraan untuk cemerlang.

2
Soalan 2: Huraikan konsep dan jenis-jenis jihad dalam Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan
zaman Khalifah Al-Rasyidin.

PENGENALAN ● Peperangan dalam Islam diistilahkan dengan jihad ialah


peperangan di jalan Allah
(Fi Sabilillah) sebagai tanda pengabdian Muslim hanya
kepada Allah SWT.
● Jihad berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dan baginda
berjihad menyebarkan dakwah, mempertahankan kesucian
dan keutuhan Islam dan ianya diteruskan oleh para sahabat.
Sebenarnya jihad mempunyai kepentingan yang tersendiri
kepada masyarakat Islam.

A. KONSEP JIHAD ● Jihad berasal daripada bahasa Arab, iaitu al-Jahdu dan al-
Jihad yang bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia
untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu
yang dibenci. Menurut Al-Quran dan Hadis, jihad
diterjemahkan sebagai ‘berjuang.’ Jihad dalam Islam
bukanlah tentang membunuh atau dibunuh tetapi tentang
bagaimana berjuang memperoleh keredhaan Ilahi.
● Mengikut sejarawan Islam, Abu A’la al Maududi, jihad dalam
Islam bukan sekadar perjuangan tetapi satu perjuangan di
jalan Allah SWT dan fisabilillah merupakan syarat utama
jihad dalam Islam.Menurut Mazhab Hanafi pula, jihad ialah
mengajak orang kafir ke dalam pelukan Dil al- Haqq dan
memerangi mereka yang menolaknya. Menurut Mazhab
Syafi'i, jihad berperang di jalan Allah SWT dan mengerahkan
segala kemampuan untuk memerangi orang kafir.
● Dalam Islam, mati syahid merupakan orang Islam yang maut
ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela
kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh
kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah.
Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah
satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah
atau berjihad.

B. JENIS-JENIS JIHAD
1. JIHAD NYAWA DAN
TENAGA ● Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama,
iaitu melalui pengorbanan jiwa dan raga untuk agama Islam.
● Jihad sebegini lazim dilihat dalam medan peperangan
menentang golongan yang kufur kepada Allah swt dan
mereka yang menentang Islam. Umat Islam yang terkorban
adalah syahid.

3
● Antara contoh para sahabat yang telah berkorban jiwa dan
raga dalam memperjuangkan agama Allah ialah Saidina
Hamzah yang telah syahid di medan Perang Uhud.
● Jelaslah, Islam dapat dipertahankan dan disebarkan melalui
jihad nyawa dan juga tenaga.

2. JIHAD HARTA BENDA ● Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad iaitu
jihad fi sabilillah.
● Bagi mereka yang mempunyai kekayaan, harta yang dimiliki
boleh disumbangkan untuk menyokong usaha jihad di medan
peperangan seperti membantu dari segi kewangan.
● Sebagai contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina
Umar al-Khattab dan Saidina Uthman bin Affan telah
menyerahkan sebahagian besar daripada harta mereka untuk
menegakkan syiar Islam.
● Sememangnya semua orang berpeluang untuk berjihad di
jalan Allah dan kekayaan yang dimiliki menjadi salah satu
cara untuk berjihad.

3. JIHAD MELAWAN ● Jihad melawan hawa nafsu merupakan jihad yang paling
HAWA NAFSU tinggi darjatnya di sisi Islam.
● Melalui jihad ini, seluruh tenaga disalurkan agar menuruti
jalan (manhaj) yang digariskan oleh Allah SWT.
● Perjuangan melawan hawa nafsu dalam setiap diri individu
muslim merupakan fardu ain dan jihad ini menuntut kepada
jihad yang berpanjangan.
● Selain itu, mencari petunjuk agama yang benar atau mencari
ilmu juga tergolong dalam dalam jihad melawan hawa nafsu,
iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal dengan ajaran
Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar dengan
segala ujian dan cabaran yang diterima.
● Sesungguhnya, jihad melawan hawa nafsu dapat memastikan
setiap muslim sentiasa patuh pada perintah Allah swt dan
jihad ini merupakan jihad dalam diri setiap individu.

4. JIHAD ● Umat Islam juga digalakkan untuk menentang kemungkaran


MENGHAPUSKAN dan kezaliman yang dilakukan sama ada oleh orang Islam
KEMUNGKARAN DAN ataupun orang kafir.
KEZALIMAN SERTA ● Sehubungan itu, segala kebatilan yang terdapat dalam
MENEGAKKAN masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan,
KEBENARAN. perkataan ataupun dengan hati.
● Nabi Muhammad pernah berkata bahawa jihad yang paling
utama ialah menyatakan perkataan yang hak di hadapan
seorang penguasa yang zalim.

4
● Jelaslah bahawa menghapuskan kemungkaran dan kezaliman
serta menegakkan keadilan merupakan jihad yang dituntut
oleh Islam untuk menjamin kesejahteraan masyarakat.

5. JIHAD MENENTANG ● Jihad dalam kategori ini bermaksud jihad menentang


GOLONGAN MUNAFIK golongan yang berselindung di sebalik agama Islam. Umat
Islam perlu menentang golongan ini.
● Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan
berkenaan golongan munafik seperti dalam surah al-
Munafiqun. Ayat ini boleh dijadikan panduan untuk
berhadapan dengan golongan ini.
● Surah at-Taubah ayat 73 juga menyeru umat Islam agar
berjihad terhadap orang kafir dan munafik.
● Selain itu, kebanyakan ayat Madaniyyah turut mendedahkan
mengenai golongan munafik. Hal ini demikian kerana
dakwah Islam di Madinah banyak terdedah kepada ancaman
golongan munafik.
● Sesungguhnya, jihad ini dapat memastikan musuh-musuh
Islam dapat dihapuskan dan kesucian Islam terus terpelihara.

6. JIHAD MENENTANG ● Syaitan merupakan musuh manusia yang sebenar-benarnya.


SYAITAN Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan antara
syaitan dengan manusia seperti kisah Nabi Adam dan iblis
yang menceritakan permusuhan dan dendam iblis kepada
manusia.
● Surah al-Fatir ayat 6 membuktikan bahawa syaitan ialah
musuh manusia. “Sesungguhnya syaitan itu seteru bagimu
maka jadikan dia atau layanilah sebagai seteru”.
● Sehubungan itu, jihad menentang syaitan tergolong sebagai
jihad dalam kategori fardu ain kerana setiap manusia yang
beragama Islam mestilah sentiasa berjihad menentang hawa
nafsu dan syaitan kerana kedua-duanya menjadi musuh dalam
diri setiap individu.
● Jelaslah, jihad menentang syaitan merupakan jihad yang
penting untuk memastikan umat Islam tidak terpengaruh
dengan hasutan syaitan dan menjadi hamba yang taat kepada
perintah Allah swt.

7. JIHAD MENUNTUT ● Selain berjuang di medan perang, umat Islam juga


ILMU disyariatkan berjuang dalam keilmuan untuk memastikan
umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap bidang kehidupan.
● Umat Islam digalakkan untuk mempelajari ilmu-ilmu yang
bermanfaat sama ada ilmu fardu ain seperti fekah dan tauhid
atau fardhu kifayah seperti sains, perubatan dan juga
kejuruteraan.

5
● Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi bertujuan untuk
memastikan umat Islam tidak bergantung kepada orang bukan
Islam. Malah fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya
tidak ada orang Islam yang mempelajari atau menguasainya.
● Sesungguhnya, setiap umat Islam bertanggungjawab untuk
menuntut ilmu supaya tidak dipandang hina oleh orang bukan
Islam.

KESIMPULAN ● Jihad merupakan sesuatu yang amat luas dan perlu ditafsirkan
secara tepat.
● Jihad dalam bentuk zahir dan batin perlu dilakukan secara
ikhlas dan bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah
swt, bukan untuk kepentingan sendiri, tetapi untuk
kepentingan sejagat dan tidak mengharapkan apa-apa
balasan.Jihad merupakan prinsip Islam yang agung kerana
jihad dapat memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan
Islam, negara dan juga umatnya.
Panduan Pemarkahan:
● Konsep (wajib) + 3 jenis jihad untuk cemerlang.
● Konsep pada perenggan pengenalan tidak dikira isi.
● Konsep di bahagian pengenalan @ tiada konsep + 3 jenis jihad, markah maksimum
12.

Soalan 3: Bincangkan pelaksanaan jizyah semasa pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin pada abad ke-
7 hingga ke-8 Masihi.
Pengenalan - Dari segi bahasa, jizyah bermaksud ganti rugi atau balasan.
Berasal daripada perkataan jaza’. Dari sudut istilah, jizyah
dikaitkan dengan ufti atau cukai kepala.
- Jizyah – cukai kepala yang dikenakan kepada lelaki kafir
yang berkemampuan
- Permulaan cukai jizyah telah dilaksanakan pada zaman Nabi
Muhammad saw dan diteruskan oleh sahabat-sahabat
baginda saw iaitu khalifah-khalifah ar-Rasyidin.
1. Syarat-syarat individu - Dikenakan terhadap golongan kafir zimmi
yang dikenakan jizyah - Golongan yang dikenakan cukai jizyah adalah lelaki,
merdeka dan berkemampuan, sihat fizikal dan mental,
sampai umur (baligh), bukan golongan atau pendeta serta
tidak sakit berpanjangan

6
- Manakala golongan yang dikecualikan ialah orang
perempuan , kanak-kanak, orang tua fakir miskin, golongan
cacat dan lemah, hamba dan golongan yang sakit
berpanjangan
2. Kadar jizyah yang - Kadar cukai perlindungan adalah berbeza-beza mengikut
dikutip perjanjian yang dipersetujui antara mereka dengan kerajaan
Islam
- Mengikut amalan khulafa’ al Rasyidin, kadar tahunan jizyah
ialah 48 dirham dikutip daripada golongan kaya, 24 dirham
dikutip daripada golongan pertengahan dan 12 dirham
dikutip daripada golongan miskin yang mampu menyara
hidup mereka.
- Kadar minima ialah satu dinar
- Cukai jizyah dibayar sama ada dalam bentuk mata wang atau
harta benda yang bernilai seperti hasil ternakan, hasil
pertanian, dan lain-lain.
3. Jenis atau kategori - Jenis jizyah terbahagi kepada dua iaitu sulh al jizyah (cukai
jizyah perlindungan) dan jizyah al ru’us (cukai diri)
- Cukai perlindungan (alSulh) – cukai yang dijelaskan ini
membolehkan kerajaan Islam memberi perlindungan kepada
negara serta rakyat -gantian kepada khidmat perlindungan
kerajaan Islam terhadap mereka dan bukanlah sebagai sewa
atau denda kerana tidak beriman kepada Allah SWT.
- Cukai diri (al Ru’us) – cukai diri dalam bentuk perseorangan
yang dikenakan terhadap golongan zimmi yang tinggal
dalam sesebuah negara Islam.
4. Waktu bayaran jizyah - Masa pembayaran dilakukan pada awal tahun kerana jizyah
diwajibkan sebagai satu jaminan memelihara keselamatan
orang bukan Islam sepanjang tahun berkenaan.
5. Pelaksanaan jizyah - Mirip zaman pemerintahan Nabi Muhammad saw
zaman Khalifah Abu - Dikaitkan dengan kempen pendakwahan dan Gerakan
Bakar ketenteraan
- Musuh diberi pilihan sama ada menerima agama Islam atau
membayar jizyah
- Tentera digerakkan ke wilayah kekuasaan Parsi
- Wilayah Hirah membayar jizyah sebagai wilayah naungan
6. Pelaksanaan jizyah - Pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umar al Khattab
zaman Khalifah Umar dijalankan oleh gabenor-gabenor wilayah. Antara Kawasan
al-Khattab pungutan jizyah yang penting adalah Baitul Muqaddis,
Palestine, Jordan, Syria, Mesir dan lain2 .
- Pungutan semakin meningkat kerana banyak
- Dianggap kemuncak pelaksanaan cukai jizyah kerana
berjaya menguasai wilayah Rom dan Parsi.

7
- Kerajaan Islam memberikan jaminan terhadap keselamatan
nyawa dan harta benda di samping kebebasan beragama serta
amalan beribadat.
- Penduduk di Syam, Palestine dan Jordan juga bersetuju
untuk membayar jizyah selepas kejayaan tentera Islam
mengalahkan tentera Byzantine.
7. Pelaksanaan jizyah - Kawasan naungan kerajaan Islam bertambah luas akibat
zaman Khalifah perluasan kuasa yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-
Uthman bin Affan Khattab.
- Kejayaan ekspedisi ketenteraan menyebabkan kawasan-
kawasan seperti Tripoli, Nabah dan Qairawan menyatakan
kesanggupan untuk berada di bawah naungan kerajaan Islam
melalui pembayaran jizyah.
- Pelaksanaan jizyah melebar ke Asia tengah dan persisiran
Laut Mediterranean.
8. Pelaksanaan jizyah - Pelaksanaan agak terbatas dan kabur disebabkan krisis dan
zaman Khalifah Ali konflik politik dalaman
bin Abi Talib - Hal ini disebabkan keadaan negara yang tidak aman, berlaku
pemberontakan dan perang saudara seperti Perang Jamal dan
perang Siffin dan peperangan dengan golongan Khawarij.
Khalifah Ali tidak menghalang golongan bukan Islam yang
ingin membayar jizyah
- Pendapatan melalui jizyah berkurang kerana terdapat
beberapa buah negeri yang tidak membayar jizyah dan
membebaskan diri daripada menjadi kerajaan Islam.
Kesimpulan : - Pelaksanaan jizyah oleh Khalifah ar- Rasyidin menunjukkan
bahawa syiar Islam semakin berkembang luas dengan
kejayaan mengembangkan Islam keluar daripada bumi Arab.
- Kejayaan dan kemenangan ini menonjolkan kekuatan
kerajaan Islam
yang mampu memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta
golongan bukan Islam.

***Pemarkahan:-
Diberi 2 pilihan jawapan – pilihan 1: ikut skema no 1 hingga no 4
Pilihan 2: ikut skema no 5 hingga no 8
Jika bercampur jawapan antara pilihan 1 dan 2 – pertimbangan mengikut ketepatan
fakta / jawapan berserta taakul yang diberi

Jika lengkap 4 fakta - markah amat cemerlang boleh dipertimbangkan.

8
Soalan 4: Imam al Ghazali merupakan tokoh terbilang dalam pelbagai disiplin ilmu. Huraikan
pemikirannya dalam bidang ilmu falsafah dan agama.
Pengenalan ● Nama sebenar tokoh ini Muhammad bin Muhammad, juga
dikenali dengan nama Abu Hamid. Tokoh ini dilahirkan pada
tahun 1058 Masihi. Terkenal dengan gelaran al Ghazali
bersempena dengan nama tempat kelahirannya Ghazalah.
● Dari segi kepribadiannya, tokoh ini seorang yang amat cerdas dan
tajam pemikirannya. Sepanjang perguruannya, beliau telah
mendapatkan ilmu daripada tokoh-tokoh yang hebat seperti
Syeikh Ahmad bin Muhammad al Radzkani dan Imam Haramain,
iaitu Syeikh Diyaudin al Juwaini. Kehebatan tokoh ini dapat
dilihat dengan kemampuan menguasai ilmu aqli seperti falsafah,
sejarah, politik, pendidikan, begitu juga dengan ilmu naqli
khususnya ilmu tasawwuf, ilmu kalam, fiqh dan lain-lain.

A. Ilmu Falsafah ● Menghasilkan karya Tahafut al Falasifah yang bertujuan untuk


mengelak orang-orang Islam terpengaruh atau taasub kepada
falsafah Yunani yang jelas menggunakan dan mengagungkan akal
semata-mata. Penghasilan karya ini juga bertujuan untuk menjaga
akidah umat Islam daripada terpesong dengan pemikiran sebegini.
Pemikiran sebegini ada persamaan dengan fahaman Muktazilah
yang jelas mengutamakan dan mengagung akal. Al Ghazali
berpandangan akal bukanlah penentu segalanya, akal tidak
menentukan baik buruk sesuatu dan sebenarnya tidak boleh terlalu
bebas. Penjelasan berkaitan peranan akal yang terbatas ini
merupakan kesinambungan hasratnya untuk menjaga akidah umat
Islam. Sehubungan itu, lahir karya yang dinukilkannya berjudul
Makrifatul Aqaliyah yang juga membicarakan hakikat kewujudan
ilmu-ilmu rasional atau logik.
● Al Ghazali telah membahagikan tiga kelompok yang
membahaskan ilmu falsafah iaitu ahli teologi, atheis dan natural.
Ahli teologi membincangkan aspek keutuhan berdasarkan akal
semata-mata sebagaimana ahli-ahli falsafah Yunani, manakala
golongan atheis pula tidak mempercayai akan kewujudan Tuhan
dan golongan natural pula percaya wujudnya Tuhan, namun
menolak kepercayaan selepas mati dan konsep dosa serta pahala
serta kepercayaan terhadap hari kiamat.
● Ilmu falsafah dibahagikan kepada enam bahagian iaitu matematik,
mantik, siasah, akhlak, fizik dan ketuhanan, dan setiap bahagian
ini pula dipecahkan kepada bahagian yang lebih menghalang
umatnya mempelajari ilmu-ilmu ini sekiranya mendatangkan
kebaikan dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan.

9
● Menggunakan metodologi yang tidak bercanggah dengan syarak,
walaupun menggunakan akal namun ianya selari dengan sumber
syarak dan segala perbahasan atau teori tidak tergelincir daripada
akidah atau keEsaan-Nya. Apa yang pasti, perbahasan beliau
mengenai masalah-masalah berkaitan atau isu pemikiran falsafah
jauh lebih baik daripada pemikiran perbahasan ahli-ahli falsafah
itu sendiri yang mencetuskan sesuatu idea dan yang
membahaskannya.

B. ILMU
AGAMA ● Beliau menghasilkan karya Iijam al-Awaan an Iim al-Kalam
● Beliau banyak mematahkan hujah-hujah pihak yang keterlaluan
Ilmu Kalam ketika membahaskan isu-isu yang timbul berkaitan ilmu kalam ini.
Al-Ghazali berpendapat mempertahankan dan membela akidah
Ahli Sunnah wal Jamaah menjadi keutamaannya.
● Beliau juga tidak menyukai majlis perdebatan berkaitan ilmu
kalam kerana sekiranya silap berhujah, tanpa berpaksikan al-
Quran dan Hadis, kelak akan meningkatkan kecelaruan dalam
masyarakat ketika itu.
● Al Ghazali berpandangan individu yang membincangkan isu-isu
berkaitan sifat dan perbuatan Allah secara melampau akan
tergolong dalam golongan yang melakukan amalan bida’ah di
dalam Islam.
● Ilmu kalam tidak akan bermanfaat kepada manusia seandainya
perbincangan gagal mengenal Allah dan sifat-sifatnya serta
perbincangan terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa-apa
yang dibahaskan oleh para ulama salaf.
● Jelas di sini, sumbangan penting al Ghazali dalam bidang ilmu
kalam ialah memastikan agar umat Islam dapat mengenal Allah,
dan tidak menokok tambah amalan yang boleh menimbulkan
bida’ah kerana khuatir ianya akan sia-sia sahaja dan boleh
menggoncangkan akidah.
● Seperkara yang penting dalam ilmu kalam ini, dua sumber utama
mesti menjadi sandaran, iaitu al Quran dan al Sunnah, kerana
itulah tokoh ini bersungguh-sungguh mempertahankan mazhab
Sunni dan mengkritik pemikiran Mu'tazilah dan Jabariyah.
● Karya Ijmul

Ilmu Tasawwuf ● Al Ghazali telah menghasilkan karya teragung menyentuh tentang


ilmu tasawwuf, iaitu Ihya’ Ulumuddin. Melalui karya ini, al
Ghazali mencetuskan idea-idea bagi memurnikan semua ilmu
tasawwuf atau dikenali sebagai ilmu sufi serta ilmu tareqat bagi
mengelakkan umat Islam terjerumus dengan bida’ah dan yang
paling digeruni kesesatan akibat tergelincirnya akidah.

10
● Karya agungnya ini dihasilkan ketika falsafah Yunani mula
meresap masuk dalam jiwa umat Islam. Betapa besarnya pengaruh
pemikiran al Ghazali, karya ini telah diterjemahkan ke pelbagai
bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Urdu, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Perancis.
● Dalam karyanya ini, al Ghazali berusaha membersihkan amalan
tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat. Sehubungan dengan
itu, beliau dengan tajam melemparkan kritikan apabila
menegtahui banyak kesalahan dilakukan oleh ahli-ahli tasawwuf.
Beliau menggesa agar kesalahan diperbetulkan bagi mengelak
agama Islam yang suci terus tercemar.
● Beliau juga menyentuh peri pentingnya keseimbangannya antara
urusan dunia dan akhirat. Antara kata-kata terkenal beliau
“tidaklah akan ada sistem yang baik bagi agama kecuali dengan
adanya sistem yang baik untuk urusan-urusan dunia”.
● Al-Ghazali juga menekankan kepentingan mempelajari ilmu dan
memiliki akhlak yang baik bagi memastikan kesempurnaan hidup
dan mengenal Allah.

Kesimpulan Keintelektualan al-Ghazali telah membolehkan beliau menguasai


pelbagai disiplin ilmu yang menunjukkan bahawa beliau seorang
sangat komited terhadap ilmu pengetahuan, terutamanya dalam
bidang falsafah dan keagamaan. Lahirnya beliau di tengah-tengah
umat Islam berhadapan pemikiran Barat dengan menangkis dan
memberikan hujah-hujah yang bernas telah melayakkan beliau digelar
dengan Hujjatul Islam.

Soalan 5: Bincangkan faktor penentangan rakyat Algeria terhadap penjajah Barat pada abad ke-
19.

Pendahuluan Algeria merupakan negara terbesar di benua Afrika dan dunia Arab yang
kaya dengan minyak dan gas. Selain itu lokasi geografi yang strategik di
Mediterranean juga menyebabkan kuasa-kuasa Barat berusaha menguasainya.
Perancis merupakan negara yang berjaya menguasai Perancis. Penjajahan
Penguasaan Perancis terhadap politik, ekonomi dan sosial Algeria menyebabkan
tercetuskan gerakan penentangan rakyat tempatan.

1. Penguasaan Struktrur politik Algeria telah dirombak mengikut kepentingan penjajah Perancis
Perancis terhadap menyebabkan rakyat Algeria terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Perancis.
politik Algeria Dasar penjajahan Perancis dan polisi pentadbiran yang menindas penduduk
tempatan menyebabkan berlaku gerakan penentangan yang dipimpin oleh tokoh-
tokoh pejuang Algeria. Satu pergerakan moderat Islam berkaitan isu-isu politik
(Politik) dan masyarakat muncul di bandar Tlemcen (ibu kota Algeria zaman penjajahan

11
Perancis) dan Bone. Pada tahun 1900, mereka menghantar satu memorandum
kepada kerajaan Perancis di Paris memohon bagi mendapatkan hak mengundi
dan melantik perwakilan rakyat tempatan dalam pentadbiran kerajaan Algeria.
Pada mulanya mereka dilabelkan sebagai Turki Muda, kemudian mereka dikenali
sebagai Jeunes Algerien (Algeria Muda). Mereka menumpukan perhatian kepada
menghubungkan budaya Perancis dan Islam. Namun pergerakan ini kurang
berjaya dalam membangkitkan semangat rakyat menentang pendudukan
Perancis.

2. Penguasaan Algeria merupakan negara terbesar di benua Afrika dan dunia Arab. Kekayaan
Perancis terhadap sumber alam khasnya minyak dan gas serta lokasi geografi yang strategik di
ekonomi Algeria Mediterranean menyebabkan Perancis berusaha menguasai negara berkenaan
secara kekerasan. Pada tahun 1790-an, tentera Perancis membeli gandum
(ekonomi) daripada dua pedagang Yahudi Algeria tetapi mereka tidak membayarnya.
Hussain Dey, pemerintah Algeria terakhir yang dilantik kerajaan Turki
Uthmaniyah berhasrat menuntut hutang tertunggak dari Perancis dalam urusan
pembelian gandum tersebut tetapi pihak Perancis tetap enggan memenuhi
tuntutan Algeria. Tindakan Husain Dey tidak mahu memberi penghormatan
kepada bendera Perancis telah menimbulkan krisis politik. Situasi ini
menyebabkan Perancis semakin menggiatkan usaha menguasai Algeria. Antara
tahun 1871 hingga 1919, masyarakat Islam Algeria dipaksa membayar cukai khas
yang digunakan untuk menampung perbelanjaan penjajah Perancis. Pergerakan
penduduk Algeria dihadkan untuk mengelakkan mereka berhubung sesama
mereka dan orang Islam di luar negara.

3. Kemasukan Ketua tentera Perancis, Bertrand Clauzel membawa masuk ramai peneroka
orang asing ke Eropah khasnya dari Perancis, Sepanyol dan Itali ke Algeria terutama ke dataran
bumi Algeria Mitidja dan ke kawasan pedalaman. Undang-Undang 1848 membahagikan
Algeria kepada dua kumpulan masyarakat. Pertama masyarakat Eropah yang
(sosial) mempunyai kedudukan tinggi dan kedua masyarakat Islam Algeria yang ditekan
dan ditindas oleh penjajah Perancis. Algeria mempunyai penduduk kira-kira
110,000 orang Eropah dan kira-kira 85% daripadanya tinggal di kawasan bandar
dan menyokong dasar peluasan kuasa Perancis. Mereka menduduki dan
memenuhi kota-kota Algeria dan membuka ladang-ladang dengan merampas
tanah- tanah subur penduduk tempatan sehingga para petani jatuh miskin. Mereka
menceroboh masjid dan tanah perkuburan umat Islam. Tindakan Perancis dan
pendatang asing ini menyebabkan Husain Dey (pemerintah Algeria terakhir
lantikan kerajaan Turki Uthmaniyah) memimpin gerakan penentangan
masyarakat tempatan namun menemui kegagalan.

4. Terpengaruh Masyarakat Islam berhimpun di Masjid Maskar (Mascara) untuk bermesyuarat


dengan semangat bagi melancarkan gerakan jihad menentang penjajah Perancis. Mereka memilih
jihad dari luar Syeikh Abdul Qadir, anak pemimpin Sufi Qadiriyyah sebagai ketua mujahidin.
Syeikh Abdul Qadir memulakan penentangan terhadap Perancis setelah
(Sosial) mendapat idea penentangan ketika menunaikan haji di Makkah. Pertemuan beliau
dengan Imam Shamil, pemimpin pejuang Chechnya yang berperang menentang
penjajahan Rusia menaikkan semangatnya untuk menentang penjajahan Perancis
ke atas Algeria. Mereka berbincang mengenai politik dan nasib umat Islam
terutama di negara masing-masing. Sebagai ulama besar Algeria, beliau

12
mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dari penjajahan
Kristian Perancis dan mengisytiharkan negara Islam Algeria.

5. Isu undang- Penduduk Algeria di kawasan Kabylia ditindas dalam bidang ekonomi khususnya
undang tanah dalam soal undang-undang tanah. Mereka melihat kedudukan ekonomi semakin
pertanian diancam peneroka Eropah yang menguasai tanah pamah secara kekerasan.
Penjajah Perancis merampas tanah penduduk peribumi yang subur, malah
(ekonomi) merampas tanah habus (tanah warisan) yang tidak boleh dipindah milik
menyebabkan para petani jatuh miskin. • Tindakan zalim penjajah telah
membangkitkan gerakan penentangan masyarakat Algeria.

6. Kesedaran Golongan nasionalis Algeria bangkit meniupkan semangat perjuangan dalam


beragama dan kalangan masyarakat Islam di Algeria. Tujuannya untuk menghidupkan semula
semangat Islah di bahasa sendiri, mewujudkan identiti nasional berdasarkan Islam dan
kalangan mendaulatkan Bahasa Arab dalam kalangan masyarakat Algeria. Sekolah agama
masyarakat dan pusat-pusat tareqat tasawuf (al-zawaya) yang bertebaran di Algeria dijadikan
tempatan markas dalam menyampaikan kesedaran kepada rakyat agar menentang gerakan
(Sosial) kristianasi terhadap masyarakat Islam. Guru-guru agama pimpinan Syeikh Abdul
Hamid Ben telah menubuhkan Persatuan Ulama Algeria bagi tujuan penyatuan
umat Islam menentang penjajah Perancis.

7. Penguasaan Penaklukan Perancis ke atas Mesir menyebabkan gangguan terhadap sistem


Perancis terhadap pembelajaran di madrasah berikutan ramai dalam kalangan ulama yang sebelum
sistem itu menjadi tenaga pengajar telah meninggalkan Algeria semasa kedatangan
pendidikan Perancis. Ini disebabkan sikap Perancis yang keras terhadap mana-mana ulama
yang menentang sehingga ada dalam kalangan mereka yang dihukum bunuh.
(sosial) Sistem pendidikan sedia ada di Algeria telah dikuasai Perancis dan membawa
kepincangan apabila kadar pandai membaca, menulis dan mengira di kalangan
rakyat jatuh ke tahap terendah. Penjajah Perancis mengharamkan percakapan dan
pengajaran menggunakan bahasa Arab. Bahasa Arab digantikan dengan bahasa
Perancis dan bahasa Barber menjadi bahasa rasmi Algeria bagi menghilangkan
identiti kebangsaan dan warisan kebudayaan masyarakat Algeria. Sekolah-
sekolah aliran sekular tanpa pendidikan Islam diperkenalkan di Algeria. Dasar
pendidikan Perancis telah menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan
Algeria terutama di kalangan ulama.
8. Penularan Penguasaan penjajah Perancis adalah melalui kempen asimilasi budaya Barat
budaya barat terhadap masyarakat Islam tempatan Algeria. Masyarakat tempatan Algeria
didedahkan dengan idealisme Revolusi Perancis yang menekankan kebebasan
persaudaraan dan persamaan tetapi hakikatnya mereka sentiasa terkongkong,
(sosial) ditindas dan sering berbalah sesama mereka sendiri. Kebudayaan Barat yang
tidak bertunjangkan Islam sedikit sebanyak meresap ke dalam masyarakat
Algeria tanpa disedari. Meskipun budaya Barat itu tidak berjaya mengalihkan
anutan Islam masyarakat Algeria, namun budaya tidak sihat yang ditonjolkan
askar-askar Perancis telah menimbulkan kejutan kepada masyarakat Algeria
sehingga ada yang terikut-ikut. Antara sikap kurang sopan orang Perancis yang
ketara ialah minum arak di tempat-tempat awam, berhibur di pusat-pusat hiburan
dan berfoya-foya dengan wanita-wanita. Sementara itu, wanita Perancis pula
tidak menutup aurat di samping terdapat juga dalam kalangan wanita-wanita
Islam yang digalakkan untuk tidak bertudung di khalayak ramai. Selain itu,

13
terdapat dalam kalangan orang Perancis yang tidak menghormati orang Islam
dengan makan dan minum dalam khalayak ramai semasa bulan Ramadhan iaitu
ketika masyarakat Islam sedang menunaikan ibadat berpuasa. Penularan budaya
Barat ini telah meresahkan golongan ulama dan pemimpin tempatan dan akhimya
mencetuskan gerakan penentangan masyarakat Islam Algeria,

Kesimpulan Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan
gerakan penentangan rakyat Algeria.

Panduan Pemarkahan :
● Untuk amat cemerlang perlu isi Politik, Ekonomi & Sosial.
● Jawapan terbuka maksimum cemerlang 17 markah.

Soalan 6: Perincikan peranan yang dimainkan oleh Sheikh Muhammad Abduh dalam gerakan
pembaharuan di Mesir

Pengenalan Muhammad Abduh dilahirkan pada 1849 di Mahallat Nasr, sebuah


perkampungan kecil di Mesir. Beliau mendapat didikan awal daripada bapa
saudaranya, Syeikh Darwish Khadr, ahli sufi Tarekat Shaziliyah dan
memperoleh ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar
Mesir dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905.
Muhammad Abduh merupakan tokoh intelektual yang mencetuskan gerakan
nasionalisme di Mesir.

1. Bidang keagamaan Berusaha mengembalikan kegemilangan umat Islam dengan mengkritik


taklid buta masyarakat Islam di Mesir. Beliau menyokong perjuangan
gurunya, Jamaluddin al-Afghani tentang kepentingan kombinasi ajaran
Islam dan modenisasi.Memulihkan peranan ajaran Islam dalam kehidupan
umat Islam sebagaimana yang terkandung dalam al- Quran dan hadis.

2. Pembaharuan Muhammad Abduh memperkembangkan idea-idea gurunya, Jamaluddin al-


bidang pendidikan Afghani tentang dinamisme Islam dan perlunya umat Islam kembali bersatu
dalam rangka memulihkan kegemilangan mereka. Namun beliau mengambil
jalan sedikit berbeza dengan gurunya di mana Muhammad Abduh cenderung
melihat isu pendidikan sebagai kunci islah dan bukannya kekuatan politik.
Muhammad Abduh memilih bidang pendidikan untuk membangunkan
kembali umat Islam yang les akibat dicengkam kejahilan, kezaliman pihak
berkuasa dan dibelenggu tahyul, khurafat dan taklid buta Beliau
melaksanakan reformasi terhadap Universiti al-Azhar dan berusaha
mengembalikan buku-buku berkaitan intelektualisme Islam dan sejarah
umatnya. Beliau menekankan kepentingan integrasi ilmu Barat dan ilmu
Islam di Universiti al-Azhar seperti sains dan teknologi untuk membangun
dan memajukan umat Islam Mesir dengan daya fikir yang tinggi.

14
Meningkatkan standard pendidikan Mesir agar setanding dengan Barat
seperti memperkenalkan subjek matematik, algebra, sains dan sejarah. Usaha
Muhammad Abduh berjaya menjadikan Mesir sebagai pusat keilmuan dunia
Islam.

3. Gerakan Islah Gerakan Islah dilaksanakan melalui beberapa kaedah bagi menarik perhatian
umat Islam Mesir dan luar negara. Proses penyampaian maklumat dilakukan
dengan menggunakan pidato, contohnya di Universiti al-Azhar bagi
menjelaskan idea Pan Islamisme dan lain-lain. Idea gerakan Islah
disampaikan melalui jawatan yang disandang. Muhammad Abduh pernah
menyandang jawatan Mufti Besar dan Hakim Mahkamah Rayuan Mesir.
Idea Islah disebarkan media massa terutama media cetak seperti majalah,
akhbar dan buku-buku ilmiah.

4. Perjuangan Muhammad Abduh merancang usaha-usaha ke arah kemerdekaan Mesir


kemerdekaan Mesir termasuk membebaskan sistem Barat zaman penjajah kepada sistem Islam,
mereformasi sistem perundangan Islam, sistem kadi dan meningkatkan
kecekapan pentadbiran negara. Mengembalikan keyakinan umat Islam Mesir
tentang keupayaan dan kekuatan mereka dalam gerakan menentang penjajah
Barat khususnya British. Menyampaikan pidato bagi menyalurkan idea
nasionalisme sehingga berjaya memberi kesedaran berpolitik kepada
masyarakat Mesir. Antara lokasi pidato termasuk di Masjid al-Husaini, Darul
Ulum dan Universiti al-Azhar. Berkempen sehingga menimbulkan perasaan
anti British yang meluap-luap dalam kalangan rakyat Mesir sehingga
menjadi antara penyebab tercetusnya Penentangan Urabi 1881 hinga1882.

5. Bidang bahasa Muhammad Abduh menyokong idea Jamaluddin al-Afghani tentang


kepentingan bahasa Arab dalam kehidupan umat Islam Mesir. Beliau
memperkenalkan Bahasa Arab standard untuk penduduk Mesir. Pengenalan
Bahasa Arab penting bagi membina identiti umat Islam Mesir berdasarkan
al-Quran dan hadis. Muhammad Abduh memainkan peranan dalam bidang
kesusasteraan Arab klasik di mana beliau pernah menjadi editor 17 jilid
kajian sastera Arab.

6. Gerakan Pan Muhammad Abduh meneruskan gerakan Pan Islamisme (Kesatuan Ummah)
Islamisme yang diasaskan Jamaluddin al- Afghani. Menyeru rakyat Mesir dan umat
Islam sedunia tanpa mengira bangsa dan lokasi menyertai gerakan Pan
Islamisme bagi membina kekuatan dalam menghadapi kemaraan kuasa
imperialis Barat. Berusaha mengembalikan pengaruh dan peranan Khalifah
Uthmaniyah ke atas umat Islam dunia.

7. Hasil karya Menghasilkan karya penulisan berkaitan nasionalisme seperti Akhbar al-
berunsur Waqa'i al-Misriyyah, Akhbar al Ahram dan Majalah al-Manar. Antara hasil
nasionalisme penulisan lain termasuk Tafsir Juz Amma, Risalah at-Tauhid, At-Tahrir fi
Islah al-Mahaki as-Syari'iyyah dan pelbagai karya ilmiah lain. Muhamamd
Abduh turut meneruskan penulisan dalam media massa seperti Majalah al-
Urwah al-Wuthqa yang diasaskan Jamaluddin al-Afghani. Penulisan
Muhammad Abduh lebih berfokus kepada gerakan Islah dan nasionalisme
seperti penyucian Islam daripada semua amalan dan pengaruh tradisi yang

15
mencemarkan akidah, pembaharuan dalam pendidikan tinggi dan
melindungi umat Islam dari gerakan sekularisasi dan Kristianisasi.

Kesimpulan Sumbangan Muhammad Abduh sebagai tokoh reformasi telah


berjaya membawa perubahan dan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat
Mesir untuk berubah dan memerdekakan diri daripada penjajahan barat.
Berikutan penentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi
daripada rakyat tempatan akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan
daripada British pada tahun 1922. Idea Gerakan Islah dan nasionalisme
Muhammad Abduh telah merebak keseluruh pelusuk dunia Islam.

Panduan Pemarkahan : 4 isi untuk markah cemerlang.

16

Anda mungkin juga menyukai