Anda di halaman 1dari 4

bahagian 1

1. Huraikan kepentingan mempelajari sirah nabawiyyah


didalam kehidupan
=sirah ini merupakan cerminan kepada kehidupan nabi
muhamad saw,jadi kita perlu mengetahui kepentingan sirah
nabawwiyah.antaranya.
- Untuk mengambil tauladan dan contoh Nabi Muhammad s.a.w
iaitu dengan mengetahui sirah dan petunjukknya serta
mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.
-kita dapat mengetahui sumber bagi ilmu-ilmu akidah, hukum
hakam, akhlak, metodologi dakwah dan lain-lain.
-kita dapat mengambil iktibar dan muhasabah diri daripada
kisah Ketika susah payah menyampaikan dakwah sehinggakan
di caci,hina,dan banyak lagi

2. Sebutkan dua (2) iktibar yang dapat diperolehi daripada


peristiwa pembukaan Kota Mekah ?

- Membuat perancangan dengan teliti sebelum melakukan


sesuatu dan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
-Mencontohi akhlak baginda yang tawadu’ dan sentiasa
bersyukur
3. Huraikan tentang dua (2) peperangan yang telah dipelajari
secara terperinci
- Salah satu kejadian penting pada bulan Ramadan di masa awal
perkembangan Islam ialah perang Badar. Saat berperang dengan
kaum kafir Quraisy di perang itu, pasukan Islam sedang
berpuasa.walaupun mereka lapar dan haus mereka tidak
menghiraukan nya untuk berperang menegakkan panji Islam di awal
masa kenabian Rasulullah SAW tersebut. Perang Badar berlaku pada
13 March 624 M, atau hari ke-17 Ramadan tahun 2 hijriah. Jadi,
perang Badar berlangsung tepat pada tanggal 17 Ramadhan.peramg
ini terjadi kerana umat Islam ingin mempertahankan eksistensi agama
Islam,pada Ketika itu Umat Islam menghadang kafilah dagang Abu
Sufyan yang membawa barang dagangan Quraisy dari Syam. Alasan
penghadangan tersebut adalah keinginan umat Islam untuk
mengambil hak-hak mereka yang dulu pernah dirampas oleh kaum
Quraisy. Sementara, di kalangan kaum Quraisy tumbuh rasa cemburu
akibat perkembangan Kota Madinah di bawah kepemimpinan Nabi
Muhammad SAW.peperangan ini Pasukan Umat Islam Kalah dalam
Jumlah, Tapi Tetap Semangat Jihadnya
- Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu. 7 Syawal atau 11 Syawal
tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan
tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah medan untuk orang
Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang
Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat
yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh
Nabi Muhammad SAW menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang
sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di
pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah
setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai laitu ketua orang munafiq.
Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang diketuai oleh Abu Sufyan
4.Bincangkan berlakunya perjanjian Hudaibiyyah?
Ketika itu Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah
menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak
Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui
Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke
Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke
Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak
Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah
dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Baiah Ar Riduan"
untuk menuntut bela atas kematian Uthman bersama-sama
Rasulullah di bawah sebatang pokok. Kedengaran Kaum Quraish
tentang baiah tersebut, kaum Quraish telah menghantar utusan
untuk membuat perjanjian. Oleh sebab nama perjanjian itu
dinamakan di atas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu
"Hudaibiyah".
5. Nyatakan sebab kemenangan kaum muslimin dalam perang
Badar?
-nabi Muhammad saw memohon doa kepada allah swt
-nabi Muhammad saw mengatur statergi dengan baik sekali
-jihad umat islam Ketika itu sangat kuat
Bahagian 2
1.
- kita dapat melakukan strategi dan perancangan yang tersusun dan
kemas. Contohnya nabi melakukan perancangan hijrah antaranya
menyediakan pengganti untuk berada di tempat tidur Nabi SAW,
kaedah menghantar bekalan makanan, mengatur laluan perjalanan,
memilih pemandu jalan, bersembunyi di gua Thur dan sebagainya.
-kita dapat melahirkan sifat sabar dan tawakkal kepada Allah SWT.
contohnya kesabaran rasulallah melalui pelbagai kesukaran ketika
berhijrah seperti diancam bunuh, dikejar musuh, perjalanan yang jauh
dan sebagainya
-kita juga dapat mewujudkan semangat persaudaraan dan saling
membantu. Contohnya nabi Muhammad saw mempersaudarakan
golongan Ansar dan Muhajirin serta menggalakkan memberi bantuan
-kita juga memerlukan keperluan k sokongan dan dokongan daripada
pelbagai pihak. Contohnya nabi Muhammad saw memberi teladan
bahawa hijrah yang dilakukan memerlukan sokongan dan dokongan
pelbagai lapisan usia, jantina, agama dan sebagainya untuk
menjayakan misi hijrah.
2. i. Tanda kecintaan seseorang kepada Nabi Muhammad adalah
dengan mengetahui silsilah keluarganya dan selok belok
keperibadian Rasulullah S.A.W. Nyatakan salasilah Nabi
Muhammad SAW sehingga ke Adnan.
1. Muhammad bin Abdullah (Nabi Muhammad)
2. Abdullah bin Abdul Muttalib
3. Abdul Mutallib bin Hashim
4. Hashim bin Abdul Manaf
5. Abdul Manaf bin Qusai
6. Qusai bin Kilab
7. Kilab bin Murrah
8. Murrah bin Kaab
9. Kaab bin Luay
10. Luay bin Ghalib
11. Ghalib bin Fahr
12. Fahr bin Malik
13. Malik bin An-Nadr
14. An-Nadr bin Kinanah
15. Kinanah bin Khuzaimah
16. Khuzaimah bin Mudrikah
17. Mudrikah bin Elyas
18. Elyas bin Mudar
19. Mudar bin Nizar
20. Nizar bin Ma'ad
21. Ma'ad bin Adnan
22. Adnan bin Add

Anda mungkin juga menyukai