Anda di halaman 1dari 20

RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

BAB 3: MEDIA TRANSMISI

Pengenalan

• Media transmisi biasanya ditempatkan di bawah paras fizikal dan dikawal


secara langsung oleh paras fizikal.

• Rajah 3.1 menunjukkan kedudukan media transmisi dihubungkan kepada


paras fizikal.

Rajah 3.1: Medium transmisi dan paras fizikal

• Seperti yang diketahui, komputer dan peranti telekomunikasi yang lain


menggunakan isyarat untuk mewakili data. Isyarat ini dihantar dari satu
peranti ke peranti yang lain dalam bentuk tenaga elektromagnetik yang mana
disebarkan melalui media transmisi.

• Tenaga elektromagnetik adalah kombinasi medan elektrik dan magnetik yang


bergetar antara satu sama lain termasuklah power, radio wave, infrared light,
visible light, ultraviolet serta X, gamma dan cosmic ray. Setiap satunya
mengandungi bahagian dalam spektrum elektromagnetik.

• Walaubagaimanapun, tidak semua bahagian spektrum tersebut digunakan


bagi telekomunikasi pada masa sekarang.

• Bagi tujuan telekomunikasi, media transmisi boleh dibahagikan kepada dua


kategori utama: terarah dan tidak terarah.

• Media terarah termasuklah kabel pasangan terpiuh, kabel sepaksi dan kabel
gentian optik. Medium tidak terarah biasanya udara. Rajah 3.2 menunjukkan
kelas media transmisi.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 1


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Rajah 3.2: Kelas-kelas media transmisi

3.1 MEDIA TERARAH

• Media terarah menyediakan saluran dari satu peranti ke peranti yang lain,
termasuklah kabel pasangan terpiuh, kabel sepaksi dan kabel gentian
optik. Isyarat yang bergerak melalui mana-mana media ini dihalakan dan
dikawal oleh had fizikal medium tersebut.

• Kabel pasangan terpiuh dan sepaksi menggunakan pengalir logam (tembaga)


yang menerima dan menghantar isyarat dalam bentuk arus elektrik.

• Gentian optik pula merupakan kabel kaca yang menerima dan menghantar
isyarat dalam bentuk cahaya.

Kabel Pasangan Terpiuh (Twisted-Pair Cable)

• Satu pasangan terpiuh daripada dua pengalir (biasanya tembaga), setiap


satunya mempunyai penebat plastiknya tersendiri, dipintalkan bersama,
seperti yang ditunjukkan Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Kabel pasangan terpiuh

• Sebagai tambahan kepada isyarat yang dihantar oleh penghantar pada salah
satu wayar, gangguan (hingar) dan crosstalk boleh memberi kesan kepada
kedua-dua wayar dan menghasilkan isyarat yang tidak dikehendaki.
Walaubagaimanapun, penerima beroperasi hanya pada perbezaan antara
isyarat yang tidak dikehendaki tadi.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 2


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

• Ini bermakna jika dua wayar adalah selari, kesan daripada isyarat-isyarat
yang tidak dikehendaki adalah tidak sama dalam kedua-dua wayar sebab
mereka berada pada lokasi yang berbeza relatif kepada sumber hingar atau
crosstalk (contohnya satu dekat dan satu jauh). Ini menghasilkan perbezaan
pada penerima.

• Dengan memintalkan pasangan wayar, keseimbangan dapat dikekalkan.

• Bilangan pintalan per unit panjang (contohnya inci) menentukan kualiti bagi
kabel; lagi banyak pintalan makin baik kualitinya.

Unshielded vs Shielded Twisted-Pair Cable

• Kabel pasangan terpiuh yang paling biasa digunakan dalam komunikasi ialah
unshielded twisted-pair (UTP).

• IBM juga menghasilkan versi kabel pasangan terpiuh bagi kegunaannya yang
dipanggil shielded twisted-pair (STP).

• Kabel STP mempunyai lapisan/jaringan logam yang membalut setiap pasang


pengalir yang ditebat.

• Walaupun balutan logam meningkatkan kualiti kabel dengan menghalang


kemasukan hingar atau crosstalk, ianya lebih besar dan mahal.

• Rajah 3.4 menunjukkan perbezaan antara UTP dan STP.

• Perbincangan kita selepas ini akan menumpukan kepada STP kerana STP
jarang digunakan selain daripada IBM.

Rajah 3.4: UTP dan STP

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 3


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Kategori

• Electronic Industries Association (EIA) telah membangunkan piawaian untuk


mengklasifikasikan kabel UTP ke dalam tujuh kategori (kategori 6 dan 7
masih lagi dalam peringkat draf).

• Kategori-kategori ditentukan oleh kualiti kabel, dengan 1 sebagai paling


rendah dan 7 sebagai paling tinggi.

• Setiap kategori EIA sesuai bagi kegunaan tertentu. Jadual 3.1 menunjukkan
kategori ini.

Category Bandwidth Data Rate Digital/Analog Use

1 very low < 100 kbps Analog Telephone

2 < 2 MHz 2 Mbps Analog/digital T-1 lines

3 16 MHz 10 Mbps Digital LANs

4 20 MHz 20 Mbps Digital LANs

5 100 MHz 100 Mbps Digital LANs

6 (draft) 200 MHz 200 Mbps Digital LANs

7 (draft) 600 MHz 600 Mbps Digital LANs

Jadual 3.1: Kategori-kategori kabel unshielded twisted pair

Penyambung (Connector)

• Penyambung UTP yang paling biasa ialah RJ45 (RJ adalah singkatan bagi
Registered Jack), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 4


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Rajah 3.5: Penyambung UTP

Prestasi

• Satu cara untuk mengukur prestasi kabel pasangan terpiuh ialah dengan
membandingkan pemerosotan (attenuation) melawan frekuensi dan jarak.

• Kabel pasangan terpiuh boleh melepasi julat frekuensi yang luas.

• Walaubagaimanapun, Rajah 3.6 menunjukkan yang dengan peningkatan


frekuensi, pemerosotan yang diukur dalam decibel per mile (dB/mi)
meningkat secara mendadak dengan frekuensi melebihi 100 KHz. Dinyatakan
di sini, gauge adalah ukuran bagi ketebalan wayar.

Rajah 3.6: Prestasi UTP

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 5


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Aplikasi

• Kabel pasangan terpiuh digunakan dalam talian telefon untuk menyediakan


saluran suara dan data.

• Rangkaian kawasan setempat, contohnya seperti 10Base-T dan 100Base-T


juga menggunakan kabel pasangan terpiuh.

Kabel Sepaksi (Coaxial Cable)

• Kabel sepaksi (atau coax) membawa isyarat dengan julat frekuensi yang
lebih tinggi berbanding kabel pasangan terpiuh, ini kerana dua media ini
dibina agak berbeza.

• Coax mempunyai pengalir teras pusat yang pejal (biasanya tembaga) yang
dilitupi dengan sarung penebat yang mana dibalut pula dalam konduktor
luaran yang terdiri daripada lapisan atau jalinan logam.

• Balutan logam luaran bertindak sebagai perisai kepada hingar dan sebagai
pengalir kedua, yang melengkapkan litar. Konduktor luaran ini juga dilitupi
oleh sarung penebat dan keseluruhan kabel dilindungi oleh pelindung plastik
(rujuk Rajah 3.7).

Rajah 3.7: Kabel Sepaksi

Piawaian Kabel Sepaksi

• Kabel sepaksi dikategorikan berdasarkan kadar radio government (RG).

• Setiap nombor RG melambangkan set unik spesifikasi fizikal termasuklah


ketebalan wayar bagi konduktor dalaman, ketebalan dan jenis penebat
dalaman, binaan konduktor luaran serta saiz dan jenis sarung luaran.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 6


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

• Setiap kabel yang ditakrifkan oleh kadar RG diadaptasikan bagi fungsi


khusus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

Category Impedance Use

RG-59 75 W Cable TV

RG-58 50 W Thin Ethernet

RG-11 50 W Thick Ethernet

Jadual 3.2: Kategori-kategori kabel sepaksi

Penyambung (Connector) Kabel Sepaksi

• Untuk menyambungkan kabel sepaksi kepada peranti, kita memerlukan


penyambung sepaksi. Jenis penyambung yang paling biasa digunakan pada
hari ini ialah Bayone-Neill-Concelman atau BNC.

• Rajah 3.8 menunjukkan tiga jenis penyambung yang popular: BNC connector,
BNC T connector dan BNC terminator.

Rajah 3.8: Penyambung BNC

Prestasi

• Rajah 3.9 menunjukkan pemerosotan adalah lebih tinggi dalam kabel sepaksi
berbanding dengan kabel pasangan terpiuh.

• Dalam kata lain, walaupun kabel sepaksi mempunyai lebar jalur yang lebih
tinggi, isyarat menjadi menjadi lemah dengan cepat dan memerlukan
penggunaan pengulang yang kerap.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 7


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Rajah 3.9: Prestasi kabel sepaksi

Aplikasi

• Penggunaan kabel sepaksi bermula dalam rangkaian telefon analog di mana


satu rangkaian sepaksi boleh membawa 10,000 isyarat suara. Kemudian
ianya digunakan dalam rangkaian telefon digital di mana satu kabel sepaksi
boleh membawa data digital sehingga 600 Mbps. Walaubagaimanapun, kabel
sepaksi dalam rangkaian pada hari ini sebahagian besarnya telah digantikan
dengan kabel gentian optik.

• Rangkaian TV kabel juga menggunakan kabel sepaksi. Walaubagaimanapun,


penyedia kabel TV kemudiannya menggantikan kebanyakan rangkaian
dengan kabel gentian optik.

• Aplikasi biasa yang lain bagi kabel sepaksi ialah dalam Ethernet LAN.

Kabel Gentian Optik (Fiber-Optic Cable)

• Kabel gentian optik diperbuat daripada kaca atau plastik yang menghantar
isyarat dalam bentuk cahaya.

• Gentian optik menggunakan pantulan untuk membawa cahaya melalui


saluran.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 8


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

• Teras kaca atau plastik dikelilingi oleh cladding yang kaca atau plastiknya
kurang tumpat (dense). Perbezaan ketumpatan (density) antara dua material
ini membuatkan sinaran cahaya yang bergerak menerusi teras dipantul
cladding. Lihat Rajah 3.10.

Rajah 3.10: Gentian optikal

Mod Penyebaran

• Teknologi sekarang menyokong dua mod (multimode dan single mode) bagi
penyebaran cahaya sepanjang saluran optikal, yang setiap satunya
memerlukan gentian dengan ciri-ciri fizikal yang berlainan.

• Multimode boleh diimplementasikan dalam dua bentuk: step-index atau


graded-index (rujuk Rajah 3.11).

Rajah 3.11: Mod penyebaran

• Multimode - Multimode dinamakan sedemikian kerana berbilang saluran dari


sumber cahaya bergerak melalui teras dalam laluan yang berbeza.
Bagaimana sinaran ini bergerak dalam kabel bergantung kepada struktur
teras, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.12.

o Dalam multimode step-index fiber, ketumpatan teras adalah kekal


dan sinaran cahaya berubah arah secara tiba-tiba pada antaramuka
antara teras dan cladding.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 9


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

o Dalam multimode graded-index fiber, ketumpatan teras berkurang


dengan jarak dari pusat. Ini menghasilkan lengkungan sinaran cahaya.

• Single-Mode – Single mode menggunakan step-index fiber dan


memfokuskan cahaya yang menghadkan sinaran kepada lingkungan kecil
bagi sudut, semuanya hampir kepada melintang (horizontal). Single-mode
fiber itu sendiri dihasilkan dengan diameter yang lebih kecil berbanding
multimode fiber dan dengan ketumpatan (indeks pembiasan) yang lebih
rendah.

Rajah 3.12: Mod-mod

Saiz Gentian

• Gentian optik ditakrifkan oleh nisbah diameter teras dengan diameter


claddingnya, kedua-duanya dinyatakan dalam mikrometer. Saiz biasanya
ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 10


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Type Core Cladding Mode

Multimode, graded-
50/125 50 125
index
Multimode, graded-
62.5/125 62.5 125
index
Multimode, graded-
100/125 100 125
index
7/125 7 125 Single-mode

Jadual 3.3: Jenis-jenis gentian

Komposisi Kabel

• Rajah 3.13 menunjukkan komposisi kabel gentian optik yang biasa.

Rajah 3.13: Rekabentuk gentian

• Sarung luaran diperbuat daripada PVC atau Teflon. Di dalam sarung terdapat
helaian Kevlar untuk menguatkan kabel. Di bawah Kevlar terdapat lapisan
plastik lain untuk melapik gentian. Gentiannya adalah di tengah-tengah kabel
dan ianya terdiri daripada cladding dan teras.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 11


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Penyambung (Connector) Kabel Gentian Optik

• Kabel gentian optik menggunakan tiga jenis penyambung yang berlainan,


seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.14.

• Penyambung subscriber channel (SC) digunakan dalam TV kabel.

• Penyambung straight-tip digunakan bagi menyambbungkan kabel kepada


peranti-peranti rangkaian.

• MT-RJ adalah penyambung baru yang bersaiz sama dengan RJ45.

Rajah 3.14: Penyambung kabel gentian optik

Prestasi

• Ukuran pemerosotan melawan jarak gelombang (wavelength) menunjukkan


fenomena yang sangat menarik dalam kabel gentian optik.

• Pemerosotannya lebih rendah berbanding dengan kes kabel pasangan


terpiuh dan kabel sepaksi.

• Prestasi inilah yang kita perlukan sedikit (biasanya 10 kali kurang) pengulang
bila kita menggunakan kabel gentian optik.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 12


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Rajah 3.15: Prestasi gentian optikal

Aplikasi

• Kabel gentian optik seringkali ditemui dalam rangkaian tulang belakang


kerana lebar jalurnya yang luas adalah efektif kos.

• Beberapa syarikat TV kabel menggunakan kombinasi kabel gentian optik dan


sepaksi untuk menghasilkan rangkaian hibrid. Gentian optik menyediakan
struktur tulang belakang, manakala kabel sepaksi meyediakan sambungan
kepada premis pengguna.

• Rangkaian kawasan setempat contohnya seperti rangkaian 100Base-FX


(Fast Ethernet) dan 1000Base-X juga menggunakan kabel gentian optik.

Kelebihan dan Kelemahan Gentian Optikal

• Kelebihan – Kabel gentian optik mempunyai beberapa kelebihan berbanding


kabel logam (pasangan terpiuh atau sepaksi).

o Lebar jalur yang lebih tinggi – Kabel gentian optik boleh menyokong
lebar jalur (dan kadar data) yang lebih tinggi berbanding kabel pasangan
terpiuh atau sepaksi.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 13


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

o Pemerosotan isyarat yang kurang - Jarak transmisi gentian optik


ternyata lebih jauh berbanding media terarah yang lain.

o Imuniti terhadap gangguan elektromagnetik – Hingar elektromagnetik


tidak boleh mempengaruhi kabel gentian optik.

o Kalis terhadap bahan yang menghakis – Kaca lebih tahan terhadap


bahan yang menghakis berbanding tembaga.

o Ringan – Kabel gentian optik lebih ringan berbanding kabel tembaga.

o Lebih imun terhadap tapping – Kabel gentian optik jelasnya lebih imun
terhadap tapping berbanding kabel tembaga.

• Kelemahan – Terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan gentian


optikal.

o Pemasangan/penyelenggaraan – Kabel gentian optik merupakan


teknologi yang agak baru. Pemasangan dan penyelenggaraan
memerlukan kepakaran yang masih belum terdapat di setiap tempat.

o Unidirectional – Penyebaran cahaya adalah unidirectional. Jika kita


memerlukan komunikasi bidirectional, dua gentian diperlukan.

o Kos – Kabel dan antaramukanya agak mahal berbanding media terarah


yang lain.

3.2 MEDIA TIDAK TERARAH: TANPA WAYAR

• Media tidak terarah mengangkut gelombang elektromagnetik tanpa


menggunakan pengalir fizikal. Komunikasi jenis ini seringkali dirujuk sebagai
komunikasi tanpa wayar.

• Isyarat biasanya disebarkan melalui udara dan tersedia kepada sesiapa yang
mempunyai peranti yang berupaya menerimanya.

• Rajah 3.16 menunjukkan sebahagian daripada spektrum elektromagnetik,


berjulat dari 3 KHz sehingga 900 THz, digunakan bagi komunikasi tanpa
wayar.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 14


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Rajah 3.16: Spektrum elektromagnetik bagi komunikasi tanpa wayar

• Isyarat tidak terarah boleh bergerak dari sumber ke destinasi dalam beberapa
cara iaitu ground propagation, sky propagation dan line-of-sight propagation,
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.17.

Rajah 3.17: Kaedah penyebaran

• Bahagian dalam spektrum elektromagnetik yang ditakrifkan sebagai


gelombang radio dan gelombang mikro dipecahkan kepada lapan julat,
dipanggil band, setiap satunya dikawal oleh autoriti kerajaan.

• Jadual 3.4 menyenaraikan band-band, julatnya, kaedah penyebaran dan


beberapa aplikasi.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 15


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Band Range Propagation Application

VLF 3–30 KHz Ground Long-range radio navigation


Radio beacons and
LF 30–300 KHz Ground
navigational locators
MF 300 KHz–3 MHz Sky AM radio
Citizens band (CB),
HF 3–30 MHz Sky
ship/aircraft communication
Sky and VHF TV,
VHF 30–300 MHz
line-of-sight FM radio
Line-of- UHF TV, cellular phones,
UHF 300 MHz–3 GHz
sight paging, satellite
Line-of-
SHF 3–30 GHz Satellite communication
sight
Line-of-
EHF 30–300 GHz Long-range radio navigation
sight

Jadual 3.4: Band-band

• Kita boleh bahagikan transmisi tanpa wayar ke dalam tiga kumpulan utama:
gelombang radio (radio wave), gelombang mikro (microwave) dan gelombang
inframerah (infrared wave). Rujuk Rajah 3.18.

Rajah 3.18: Gelombang transmisi tanpa wayar

Gelombang Radio

• Walaupun tiada batasan yang jelas antara gelombang radio dan gelombang
mikro, gelombang elektromagnetik yang berjulat dalam frekuensi antara 3
KHz dan 1 GHz biasanya dipanggil gelombang radio; gelombang yang
berjulat dalam frekuensi antara 1 dan 300 GHz dipanggil gelombang mikro.

• Walaubagaimanapun, ciri-ciri gelombang merupakan kriteria yang lebih baik


bagi pengkelasan berbanding dengan frekuensi.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 16


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

• Gelombang radio, bagi kebanyakan bahagian, merupakan omnidirectional.


Bila satu antena menghantar gelombang radio, ianya tersebar dalam semua
arah. Ini bermakna yang antena penghantar dan penerima tidak perlu
dijajarkan.

• Ciri omnidirectional juga mempunyai kelemahan. Gelombang radio yang


dihantar oleh satu antena mudah dipengaruhi gangguan oleh antena lain
yang mungkin menghantar isyarat menggunakan frekuensi atau band yang
sama.

• Gelombang radio, khususnya gelombang yang tersebar dalam mod langit


(sky mode), boleh bergerak dalam jarak jauh. Ini membuatkan gelombang
radio merupakan pilihan yang sesuai bagi penyebaran jarak jauh contohnya
seperti radio AM.

• Gelombang radio, khususnya yang berfrekuensi rendah dan sederhana boleh


menembusi dinding. Ciri ini boleh jadi kelebihan dan kelemahannya.

• Ianya merupakan kelebihan kerana, sebagai contoh, radio AM boleh


menerima isyarat dalam bangunan.

• Ianya nerupakan kelemahan pula kerana kita tidak boleh mengasingkan


komunikasi hanya untuk di dalam atau di luar bangunan.

• Hampir keseluruhan band dikawal oleh autoriti (contohnya FCC di Amerika


Syarikat). Untuk menggunakan mana-mana bahagian dalam band perlu
mendapatkan kelulusan dari autoriti terlebih dahulu.

Antena Omnidirectional

• Gelombang radio menggunakan antena omnidirectional yang menghantar


keluar isyarat dalam arah-arah yang berlainan.

• Berdasarkan kepada jarak gelombang (wavelength), kekuatan dan kegunaan


transmisi, kita boleh mempunyai beberapa jenis antena. Rajah 3.19
menunjukkan antena omnidirectional.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 17


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

Rajah 3.19: Antena omnidirectional

Aplikasi

• Ciri-ciri omnidirectional bagi gelombang radio membuatkannya berguna bagi


multicasting di mana terdapat satu penghantar tetapi banyak penerima.

• Radio AM dan FM, televisyen, radio maritim, cordless phone dan paging
merupakan contoh multicasting.

Gelombang Mikro

• Gelombang elektromagnetik yang berfrekuensi antara 1 dan 300 GHz


dipanggil gelombang mikro.

• Gelombang mikro adalah unidirectional. Bila satu antena menghantar


gelombang mikro, ianya boleh difokuskan secara halus. Ini bermakna antena
penghantar dan penerima perlu dijajarkan.

• Ciri unidirectional mempunyai kelebihan yang ketara. Satu pasang antena


boleh dijajarkan tanpa mengganggu pasangan antena lain yang dijajarkan.

• Penyebaran gelombang mikro adalah secara line-of-sight.

• Pengulang seringkali diperlukan bagi komunikasi jarak jauh.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 18


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

• Gelombang mikro yang berfrekuensi sangat tinggi tidak boleh menembusi


dinding. Ciri ini boleh menjadi kelemahan jika penerima berada dalam
bangunan.

• Penggunaan bahagian-bahagian tertentu dalam band ini memerlukan


kelulusan dari autoriti.

Antena Unidirectional

• Gelombang mikro memerlukan antena unidirectional yang menghantar


keluar isyarat dalam satu arah.

• Dua jenis antena yang digunakan bagi komunikasi gelombang mikro:


parabolic dish dan horn (rujuk Rajah 3.20).

Rajah 3.20: Antena-antena unidirectional

Aplikasi

• Gelombang mikro, berpunca daripada ciri unidirectional, begitu berguna bila


komunikasi unicasting (satu-ke-satu) diperlukan antara penghantar dan
penerima.

• Ianya digunakan dalam telefon selular, rangkaian satelit dan LAN tanpa
wayar.

Inframerah (Infrared)

• Isyarat inframerah, dengan frekuensi dari 300 GHz hingga 400 THz, boleh
digunakan bagi komunikasi jarak dekat.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 19


RANGKAIAN KOMPUTER (TCSL 1234)

• Isyarat inframerah yang berfrekuensi tinggi tidak boleh menembusi dinding.


Ciri ini memberi kelebihan kerana ia menghalang gangguan antara satu
sistem dengan sistem yang lain; sistem komunikasi jarak dekat dalam satu
bilik tidak boleh dipengaruhi oleh sistem lain dalam bilik bersebelahan.

• Walaubagaimanapun, ciri yang sama ini membuatkan isyarat inframerah tidak


berguna bagi komunikasi jarak jauh.

• Sebagai tambahan, kita tidak boleh menggunakan gelombang inframerah di


luar bangunan kerana sinaran matahari mengandungi gelombang inframerah
yang boleh mengganggu komunikasi.

Aplikasi

• Band inframerah, hampir 400 THz, mempunyai potensi yang begitu baik bagi
transmisi data.

• Infrared Data Association (IrDA), persatuan yang menganjurkan penggunaan


gelombang inframerah, telah mewujudkan piawaian bagi menggunakan
isyarat ini bagi komunikasi antara peranti-peranti seperti papan kekunci,
tetikus, PC dan pencetak.

• Piawaian ini pada asalnya mentakrifkan kadar data 75 Kbps bagi jarak
sehingga 8m. Piawaian pada masa sekarang mentakrifkan kadar data 4
Mbps.

• Isyarat inframerah yang ditakrifkan oleh IrDA menghantar melalui line of sight.

Created by © Mohd Norlihisham bin Ramly (PTPL Shah Alam) 20

Anda mungkin juga menyukai