Anda di halaman 1dari 2

Soalan Bahagian Percubaan Negeri

1.Ada pendapat yang menyatakan bahawa tahap kesihatan seseorang sama ada baik atau tidak
bergantung kepada gaya hidup individu yang berkenaan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan
pendapat ini?

2. Kini, permainan video menjadi kegilaan ramai yang menyebabkan pemain leka bermain tanpa
Batasan menerusi alam maya. Jelaskan kesan bermain permainan video kepada pengguna dan
huraikan peranan yang boleh dimainkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk menangani masalah
ketagihan bermain permainan video.

3. Ada pendapat yang mengatakan bahawa masalah kegemukan atau obesity yang dialami oleh
sebahagian besar anggota masyarakat kita pada masa ini dipengaruhi oleh gaya hidup moden yang
diamalkan oleh mereka. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat itu?

4. Pertambahan bilangan kemasukan pelancong asing ke negara ini pada setiap tahun membuktikan
bahawa negara kita sudah menjadi destinasi pelancongan yang tersohor di dunia.
Huraikan kepentingan perkembangan industri itu kepada masyarakat dan negara ini. Cadangkan.
usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menambahmajukan industry pelancongan di negara kita.

5.Kini terdapat pelajar kita yang telah menamatkan pengajian di luar negara, dan juga tenaga pakar
dalam beberapa bidang, bekerja atau berkhidmat di luar negara. Berikan pendapat anda tentang
kebaikan langkah mereka itu dan bagaimanakah caranya mereka dapat digalakkan mereka untuk
kembali bekerja di tanah air.

4. Pada masa ini, kita dapati ramai siswazah menganggur dan mereka kurang inisiatif untuk bekerja
sendiri. Masalah ini boleh dikurangkan sekiranya institusi pendidikan tingga di negara ini dapat
melahirkan siswazah yang mempunyai motivasi dan keyakinan untuk berdikari. Berikan pandangan
anda bagaimanakah institusi pengajian tinggi tempatan dapat melahirkan siswazah yang sedemikian.
Jelaskan.

5. Kebanyakan anggota masyarakat kita kini mengeluh dan berasa resah kerana kenaikan harga
barang, termasuk barangan makanan dan keperluan harian. Jelaskan punca yang menyebabkan
keadaan ini dan nyatakan kesannya.

6. Pencemaran alam sekitar di negara ini semakin membimbangkan dan pihak kerajaan telah
berusaha untuk membendung masalah tersebut melalui amalan kitar semula. Jelaskan kepentingan
amalan kitar semula tersebut.

7. Kepupusan hidupan liar di negara ini sering dikaitkan dengan manusia yang menjadi ejen
pemusnah melalui aktiviti perburuan haram Di Malaysia, antara haiwan liar yang menjadi buruan
ialah harimau, gajah, kura-kura, tenggiling, dan sebagainya Bincangkan punca dan kesan kepupusan
hidupan liar kepada masyarakat dan negara
8.Makan di luar khususnya di restoran makanan segera sudah menjadi budaya dalam kalangan
masyarakat di negara ini. Pada pendapat anda, apakah punca yang menarik orang ramai untuk
menikmati hidangan di tempat tersebut dan apakah pula kesan buruknya? Huraikan

9. Kini, negara kita menerima kedatangan ramai warga dari pelbagai negara atau lebih
mudah disebut sebagai warga asing. Ada antara mereka yang masuk secara sah dan
ada juga yang masuk tanpa izin. Nyatakan kesan daripada keadaan tersebut dan
cadangkan langkah untuk mengawal kesan buruk daripada kehadiran mereka itu.

10. Penyakit berjangkit berpunca daripada pencemaran. Sejauh mana adan bersetuju
dengan pendapat ini?

11. Pelajar yang tinggal di luar bandar dikatakan lemah dalam menguasai bahasa
Inggeris. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku?

12. Kegiatan penyeludupan barangan yang semakin licik dengan pelbagai Teknik dan modus operandi
menyukarkan pihak berkuasa tempatan mengesan aktiviti ini. Sekiranya masalah ini berterusan,
pelbagai kesan negatif akan muncul. Jelaskan kesan negatif yang timbul daripada kegiatan jenyah ini..

Anda mungkin juga menyukai