Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LOBOK PUSING, JALAN MASJID,KAMPUNG LOBOK PUSING, 45300

SUNGAI BESAR, SELANGOR


KOD SEKOLAH : BBA6012

KERTAS KERJA PROGRAM INTERVENSI PENTAKSIRAN


BILIK DARJAH (PBD)
(SEMUA PANITIA & UNIT KAUNSELING)

TARIKH:
9 JANUARI- 25 FEBRUARI

HARI:
ISNIN- JUMAAT

MASA:
WAKTU PDPC
1. PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG

Kecemerlangan akademik adalah salah satu fokus yang penting dan utama bagi
setiap sekolah. Perkembangan Pendidikan Malaysia semakin pesat dan menuju
kearah peringkat antarabangsa. Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah
membawa transformasi pendidikan yang menjadi fenomena dan isu penting Negara.

Pelaksanaan PBD bukan sahaja memberikan impak kepada sekolah tetapi kepada
para guru dan murid-murid yang terlibat secara langsung di dalam pendidikan.
Namun, proses perlaksanaan Pdpc dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pada tahun
2021 sedikit terganggu berikutan penutupan sekolah akibat wabak Covid 19.
Prestasi dan kualiti murid juga menunjukkan sedikit kemerosotan berbanding
dengan tahun-tahun yang sebelumnya.

Oleh yang demikian , beberapa program dan aktiviti telah dirancang untuk
dilaksanakan pada penggal 3 sesi persekolahan tahun 2021 bagi mempertingkatkan
potensi murid, meningkatkan kualiti pencapaian dan seterusnya memangkin
kejayaan mereka di dalam akademik. Dalam konteks ini, semua panitia telah
merancang beberapa program dan aktiviti berfokus mengikut keperluan panitia
masing-masing.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam mengusai pelajaran. ( MTM )

2.2 Melaksanakan intervensi berfokus dalam setiap panitia.

2.3 Membantu menambahkan keyakinan murid dalam menjalani pdpc dan PBD yang
berkesan.

2.4 Menangani masalah literasi dan numerasi.


3.MATLAMAT

3.1 Membantu meningkatkan kecemerlangan PBD .

3.2 Membantu murid mencapai MTM bagi setiap mata pelajaran.

3.3 Meningkatkan prestasi dan kualiti murid

4. SASARAN

i. Semua murid.

ii. Guru-guru matapelajaran yang terlibat.

5. MAKLUMAT PROGRAM/INTERVENSI MENGIKUT PANITIA

PANITIA PROGRAM/INTERVENSI YANG AKAN DIJALANKAN


Panitia Bahasa Melayu
- Pemulihan Bahasa melayu
- Bimbingan berfokus
- Modul

Panitia Bahasa Inggeris


- Back to basic (vocabulary)
- World of phonics
- Listen/speak and practice
- Penmanship and basic writing
- Back to basic (simple writing and grammar)

Panitia Matematik
- Celik Asas Matematik
- Latih tubi secara berterusan
- Modul

Panitia Sains
- Eksperimen Sains
- Projek Sains
- Pengukuhan KPS

Panitia Pendidikan Islam


- Bijak Jawi
- Intervensi Al-quran

Panitia Bahasa Arab - Gilap kosa kata


- Kamus dihatiku

Panitia Muzik
- Celik Rekoder
- Kenali Not rekoder

Panitia Sejarah
- Buku Skrap
- Bimbingan berfokus

Panitia PSV - Lukis dan tekap


- Pameran karya seni

Panitia PJPK
- Cergas Fizikal Jasmani
- Cerdas Pendidikan Kesihatan

Panitia RBT & TMK


- Bimbingan berterusan
- Kerja projek berfokus

Unit Kaunseling
- Program Motivasi Bulanan

6.0 JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Tuan Haji Saipul Apraz bin Hamzah
(Guru Besar SKLP)
Pengerusi : Puan Hajah Nuraini Binti Jamaludin
(GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : En mazrin Ezaidi bin Misunon
( GPK Hem )
: Puan NorFareha binti Jasmani
(GPK Koku )
Penyelaras : Pn Zunita binti Abd Karim
(Penyelaras PBD )
Setiuausaha : Puan Noor Afidah binti Rohmat
AJK :Semua Ketua Panitia
Setiausaha Panitia

6.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA ( MENGIKUT PANITIA/AKTIVITI )

Penasihat : Tuan Haji Saipul Apraz bin Hamzah


(Guru Besar SKLP)
Pengerusi : Puan Hajah Nuraini Binti Jamaludin
(GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : En mazrin Ezaidi bin Misunon
(GPK Hem )
: Puan NorFareha binti Jasmani
(GPK Koku )
Penyelaras : ketua Panitia
Setiausaha : Setiausaha Panitia
AJK :Semua ahli Panitia

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


1 Duit PCG matapelajaran RM 500 RM 500
JUMLAH RM 500

PENUTUP

Semoga semua program yang dirancang oleh setiap panitia dapat dijalankan dan
dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan juga semoga semua program dan
intervensi akan memberikan impak yang baik dan bermanafaat kepada semua murid
di SKLP

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


………………………………… …………………………….

( ZUNITA BINTI ABD KARIM ) ( SAIPUL APRAZ BIN HAMZAH )


PENYELARAS PBD SKLP GURU BESAR SKLP

Anda mungkin juga menyukai