Anda di halaman 1dari 13

PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA 2024

NEGERI JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1)

Pada
19 - 21 JANUARI 2023

Bertempat Di
DEWAN MUAFAKAT AYER HITAM,
BATU PAHAT

1|P a g e
PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA 2024
NEGERI JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1)

PENDAHULUAN

1. Merupakan satu inisiatif dengan merancang satu program bagi meningkatkan


mutu para pesilat dan sebagai tapak permulaan untuk memilih pesilat yang
berkaliber untuk diketengahkan dipertandingan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa selaras dengan matlamat dan objektif program.

OBJEKTIF

1. Melahirkan pesilat yang berpotensi serta mencungkil bakat-bakat baru untuk


diketengahkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
2. Memilih pesilat-pesilat yang berpotensi dan berkelayakkan untuk dipilih
mewakili negeri Johor ke Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan datang.
3. Kesinambungan kepada program yang dianjurkan di peringkat negeri.
4. Menyokong program sukan untuk menangani masalah gejala sosial.
5. Menganjurkan acara sukan silat dengan lebih baik dan tersusun.
6. Merapatkan hubungan dikalangan ahli di seluruh negara.

MATLAMAT

1. Membentuk satu pasukan yang mantap dari segi mental, fizikal dan spiritual
yang tinggi pada pesilat.
2. Memilih pesilat yang berkaliber dan bersemangat jitu untuk dipertandingkan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2|P a g e
PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA 2024
NEGERI JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1)

1.0 NAMA AKTIVITI

PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA 2024 NEGERI


JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1)

2.0 TARIKH AKTIVITI

19 - 21 Januari 2023

3.0 TEMPAT AKTIVITI

DEWAN ORANG RAMAI MPBP PARIT RAJA, BATU PAHAT

4.0 PENGANJUR

1. Persatuan Silat Kebangsaan Negeri Johor (PESAKA Johor).

5.0 KERJASAMA DAN SOKONGAN

1. Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ)

6.0 PASUKAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

1. PESAKA daerah-daerah negeri Johor.


2. Persatuan dan Kelab Silat Negeri Johor.

3|P a g e
7.0 KELAYAKAN PESERTA

1. Warganegara Malaysia berumur 16 tahun hingga 20 tahun pada tahun


2023.
2. Semua pasukan hendaklah mengemukakan borang pendaftaran pasukan
dan salinan kad pengenalan, surat pengesahan kesihatan kepada
jawatankuasa pengelola pada hari pendaftaran.
3. Semua peserta pasukan hendaklah menghantar pesilat mengikut syarat
kelayakan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan
PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA 2024
NEGERI JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1).
4. Setiap peserta yang menyertai Kejuaraan ini mestilah yang didaftarkan
oleh kontinjen melalui Borang Daftar Pasukan. Jika nama peserta yang
mengambil bahagian tiada di dalam Borang Daftar Pasukan maka
penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan.
5. Pertukaran peserta boleh dibuat oleh pengurus pasukan semasa
pendaftaran kontinjen pada hari mendaftar tetapi sebelum mesyuarat
pengurus pasukan dijalankan.
6. Semua atlit kebangsaan yang pernah mewakili Negara dipertandingan
antarabangsa dan memenangi pingat emas, perak dan gangsa
DIBENARKAN mengambil bahagian dalam PERTANDINGAN SILAT
SIRKIT PEMILIHAN SUKMA 2024 NEGERI JOHOR TAHUN
2023 (SIRI 1) melalui pasukan badan gabungan PESAKA JOHOR,
KELAB & PERSATUAN SILAT NEGERI JOHOR.
7. Peserta-peserta yang telah bertanding di pemilihan di peringkat negeri
dan gagal di pemilihan tersebut maka ia tidak layak didaftarkan oleh
mana-mana pasukan negeri atau pertubuhan yang lain jika tidak
mendapat kebenaran dari BADAN PENDIRI atau PESAKA DAERAH asal
atlit tersebut. Jika ia berlaku dan terdapat bantahan dari mana-mana
pasukan negeri atau pertubuhan maka penyertaan peserta tersebut akan
terbatal. Jawatankuasa Pengelola berharap semua pasukan memastikan
perkara ini tidakberlaku demi menjaga silatulrahim antara pasukan.

4|P a g e
8.0 PENDAFTARAN DAN BILANGAN PESERTA/PEGAWAI

1. Setiap peserta hendaklah mendaftarkan diri kepada En. Muhammad Junio


Bin Junid (017 - 708 8281)
2. Setiap pendaftaran yang berjaya akan disertakan dengan pembayaran
secara atas talian di laman tersebut.

BIL KATEGORI PENGURUS JURULATIH ATLIT


PASUKAN
1 Pegawai/Jurulatih 1 4
2 Tanding
a) Putra 11
b) Putri 7
3 Tunggal
a) Putra 1
b) Putri 1
4 Ganda
a) Putra 2
b) Putri 2
5 Regu
a) Putra 3
b) Putri 3
6 Solo Kreatif
a) Putra 1
b) Putri 1
JUMLAH 1 4 32

9.0 YURAN PENYERTAAN

1. Tiada yuran penyertaan dikenakan

10.0 KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN PESERTA

a. Hadiah dan Sijil penyertaan.

5|P a g e
11.0 JADUAL KEJUARAAN

TARIKH/MASA ACARA
- Pendaftaran Teknikal / Daftar Masuk Peserta /
19 Januari 2023 RefreshingTeknikal / Taklimat Pengurus & Undian /
Pertandingan Silat Seni
20 Januari 2023 - Pertandingan
21 Januari 2023 - Pertandingan/Majlis Penutup

12.0 JUMLAH PENYERTAAN

1. Pengarah Pertandingan = 1 orang


2. Sekretariat Kejuaraan = 5 orang
3. Urusetia Teknikal = 5 orang
4. Teknikal Deligat = 1 orang
5. Pembantu Teknikal Deligat = 1 orang
6. Ketua Pertandingan = 4 orang
7. Dewan Wasit/Juri = 4 orang
8. Wasit/Juri = 30 orang
9. Pembantu Gelanggang = 4 orang
10. Sukarelawan = 10 orang
11. Pegawai & Peserta = 150 orang (10 orang x 15 pasukan)

JUMLAH = 215 orang

13.0 PERATURAN AM

1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini


akan dijalankan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan
Silat yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa
(PERSILAT) Tahun 2022 Versi 5 - Ogos 2022 serta pindaannya dari
semasa ke semasa.
2. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-
undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
3. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan didalam peraturan
berkenaan akandiputuskan seperti berikut:-
i. Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada
PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN
SUKMA 2024 NEGERI JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1).
ii. Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada
Undang- undang dan Peraturan Persekutuan Pencak Silat
Antarabangsa (PERSILAT).
iii. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA
2024 NEGERI JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1), adalah
muktamad.

6|P a g e
14.0 KAEDAH/SISTEM PERTANDINGAN

1. Kaedah dan sistem pertandingan Silat Seni dan Silat Olahraga adalah
mengikut Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan Silat
yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa
(PERSILAT) Tahun 2022 Versi 5 - Ogos 2022 serta pindaannya
dari semasa ke semasa.

15.0 KATEGORI PERTANDINGAN

KATEGORI PUTERA (16 tahun – 20 tahun)

KELAS BERAT

A 45kg - 50kg
B 50kg- 55kg
C 55kg - 60kg
D 60kg - 65kg
E 65kg - 70kg
F 70kg - 75kg
G 75kg - 80kg
H 80kg -85kg
I 85kg - 90kg
J 90kg - 95kg
BEBAS 95kg ke atas

KATEGORI PUTERI (16 tahun – 20 tahun)

KELAS BERAT

A 45kg - 50kg
B 50kg- 55kg
C 55kg - 60kg
D 60kg - 65kg
E 65kg - 70kg
F 70kg - 75kg
BEBAS 75kg ke atas

7|P a g e
KATEGORI PUTERA (16 tahun – 20 tahun)

1) Tunggal
2) Ganda
3) Regu
4) Solo Kreatif

KATEGORI PUTRI (16 tahun – 20 tahun)

1) Tunggal
2) Ganda
3) Regu
4) Solo Kreatif

16.0 HADIAH- HADIAH

1. Hadiah bagi kategori Silat Seni adalah seperti berikut:-

Juara I - Pingat Emas.


Juara II - Pingat Perak.
Juara III - Pingat Gangsa.
Juara III - Pingat Gangsa.

2. Hadiah bagi Kategori Silat Olahraga adalah seperti berikut:-

Juara I - Pingat Emas.


Juara II - Pingat Perak.
Juara III - Pingat Gangsa.
Juara III - Pingat Gangsa.

17.0 PAKAIAN

1. Pakaian bagi kategori Silat Olahraga, setiap pesilat hendaklah memakai


pakaianseragam silat berwarna hitam dengan potongan Melayu.
2. Setiap peserta hendaklah mematuhi tatacara pemakaian mengikut
peraturanPERSILAT dan memakai pelindung badan.

18.0 TIMBANG BERAT BADAN (Tanding)

1. Semua pesilat hendaklah ditimbang dan direkod berat badannya bagi


menentukan kelas pertandingan.
2. Penimbangan akan dilakukan setiap pagi setiap hari sebelum
pertandingan yang disertai bermula dengan memakai pakaian seperti
dalam Peraturan PERSILAT.
3. Pesilat yang tidak memenuhi ketentuan berat badan dalam
penimbangan menurut kelas yang diikutinya, dikenakan diskualifikasi.
4. TIADA TOLERANSI BERAT BADAN.
5. Proses ini boleh dirujuk pada Undang-undang dan Peraturan
Pertandingan Silat yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pencak Silat
Antarabangsa (PERSILAT) Tahun 2022 Versi 5 - Ogos 2022.

8|P a g e
19.0 PERALATAN PERTANDINGAN/SURAT PENGESAHAN DOKTOR.

1. Semua peralatan semasa pertandingan hendaklah mengikut spesifikasi


yang dibenarkan oleh PERSILAT dan PESAKA Malaysia. Pihak penganjur
akan menyediakan kelengkapan dengan kadar yang bersesuaian
2. Pihak penganjur akan menyediakan kelengkapan tersebut dengan kadar
yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, pesilat adalah digalakkan
membawa sendiri kelengkapan tersebut bagi tujuan keselesaan.
3. Semua pesilat yang memasuki pertandingan, harus mengemukakan surat
pengesahan doktor yang mana mengesahkan pesilat layak bertanding.
Pemeriksaan Doktor mestilah dibuat di tempat masing-masing.

20.0 PEGAWAI, WASIT DAN JURI PERTANDINGAN

1. Pengarah Pertandingan, Teknikal Deligat, Ketua Pertandingan, Dewan


Wasit/Juri, dan Wasit/Juri akan dilantik oleh Persatuan Silat kebangsaan
Negeri Johor (PESAKA JOHOR).
2. Segala tanggungan adalah dibawah pengurusan Pihak Penganjur.
3. Setiap pertandingan dikendalikan oleh Pegawai Teknikal yang diiktiraf
oleh PESAKA JOHOR. Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil-
pengadil adalah muktamad.
4. Sistem Pemarkahan Digital tidak digunakan untuk penentuan pemenang.

21.0 BANTAHAN / TATATERTIB

1. Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya pengurus pasukan


sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara
bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 500.00
tunai (RinggitMalaysia: Lima Ratus Sahaja).
2. Wang bantahan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati
tidak wajar. Borang bantahan perlu diambil dalam tempoh 10 minit
selepas tamat pertandingan.
3. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah/Pegawai
Pertandingan dalam masa dua puluh (20) minit selepas pertandingan itu
tamat.

22.0 JAWATANKUASA BANTAHAN / TATATERTIB

1. Perlantikan Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib dan prosedur aturcara


mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh PESAKA Malaysia
seperti berikut:-

a. Pengerusi J/Kuasa Pengelola atau wakilnya.


b. Pengarah Pertandingan atau wakilnya.
c. Delegat Teknikal atau wakilnya.

2. Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapatkan sebarang


maklumat dari mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang
dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.
3. Jawatankuasa Pengelola dengan nasihat teknikal delegat PESAKA

9|P a g e
JOHOR akan meneliti bantahan dan sebarang keputusan yang
diputuskan adalah muktamad.

23.0 GANTI RUGI, KEROSAKAN SERTA KEKECOHAN

1. Pihak penganjur, PESAKA JOHOR dan Jawatankuasa Pengelola


Pertandingan sedaya upaya mengambil langkah-langkah keselamatan dan
keamanan yang bersesuai bagi acara ini. Walau bagaimanapun, adalah
menjadi tanggungjawab setiap peserta, pegawai, penonton untuk menjaga
disiplin diri sepanjang acara ini berlangsung dan tidak menimbulkan
sebarang kekecohan.
2. Pihak Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana
peserta dan pegawai yang secara dengan sengaja atau tidak memulakan
atau melibatkan atau membuat provokasi dan lain-lain perkara
seumpamanya sehingga melibatkan situasi kekecohan berlaku.
3. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pesilat dan
pegawai yang dengan sengaja membuat sebarang kekecohan dengan
sengaja atau tidak dan mengarahkan tindakan yang bersesuaian diambil
bagi tujuaan keamanan acara dan keselamatan yang lain.

24.0 KAWALAN PERUBATAN

1. Semua peserta adalah wajib dan dikehendaki menjalani ujian perubatan.


Para peserta bagi SEMUA KATEGORI hendaklah mengemukan Sijil
atau Surat Pengakuan Doktor kepada Jawatankuasa Pertandingan.
Pemeriksaan hendaklah dibuat ditempat masing-masing sebelum datang
ke pertandingan.
2. Ujian Doping boleh dijalankan secara rambang ke atas atlit
PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA 2024 NEGERI
JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1) yang dikelolakan.
3. Jika seorang peserta itu mewakili pasukan/mengambil bahagian
dalam acara individu dan didapati tidak mengemukakan borang akuan
perubatan tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

25.0 KAWALAN KEWANITAAN

1. Semua peserta wanita jika diwajibkan oleh Jawatankuasa Teknikal


Kejuaraan maka hendaklah disahkan kewanitaan mereka oleh Doktor
Perubatan masing- masing di Borang Penyertaan mereka.

26.0 PENANGGUHAN

2. Tarikh, tempat dan masa pertandingan yang telah ditetapkan oleh Urus
Setia PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA
2024 NEGERI JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1) adalah sama sekali
tidak boleh ditangguh atau diubah.
3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau
mengubah sesuatu pertandingan dengan terlebih dahulu diberitahu
kepada Pengurus- Pengurus Pasukan.
10 | P a g e
4. Meminda tarikh, tempat dan masa jika difikirkan perlu dan apa- apa yang
berkenaan dengan peraturan tetapi tidak dinyatakan di dalam peraturan
ini maka Pihak Penganjur mempunyai kuasa untuk menentukan
kedudukan dan keputusan sesuatu perkara tersebut.

27.0 PERKARA AM

1. Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Induk berkuasa mengambil


sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit yang tidak
tercatat dalam Peraturan Am.
2. Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola atau
Jawatankuasa Induk adalah muktamat.
3. Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Pengurus- Pengurus
Pasukan bagi setiap kategori adalah muktamat dan tidak boleh dibantah
asalkan ia tidak bercanggah dengan Peraturan Am PERTANDINGAN
SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA 2024 NEGERI JOHOR
TAHUN 2023 (SIRI 1) serta keputusan PESAKA JOHOR.
4. Segala bantahan mengenai kesahihan status peserta tidak boleh dibuat
oleh mana-mana pihak setelah diterima dan disahkan oleh Jawatankuasa
Induk ataupun selepas diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurus-
Pengurus Pasukan. Pendaftaran peserta semasa tarikh akhir pendaftaran
seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan Am akan menjadi penentu
kepada pasukan yang menyertai.

11 | P a g e
28.0 TARIKH & ACARA PENTING

Acara : TARIKH AKHIR PENGESAHAN PENYERTAAN.


Tarikh : 17 Januari 2023
Masa : 11.59 MALAM.

Acara : PENDAFTARAN PESERTA.


Tarikh : 19 Januari 2023
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari.

Acara : TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN DAN UNDIAN.


Tarikh : 19 Januari 2023
Masa : 12.00 tgh – 2.00 ptg.

Acara : PERTANDINGAN.
Tarikh : 19 - 21 Januari (Khamis - Sabtu).
Masa : 9.00 PAGI – 10.00 MALAM.

Acara : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & PENUTUP.


Tarikh : 21 Januari 2023
Masa : 2.00 ptg.

Nota: Segala tarikh dan waktu yang dipaparkan adalah tertakhluk kepada
sebarang perubahan dan pindaan.

29.0 KESIMPULAN

1. Kejuaraan ini diharapkan dapat memberi satu suntingan semangat di


kalangan peserta di dalam membentuk satu pasukan yang mantap dari
segi mental, fizikal dan spiritual yang tinggi pada bagi pesilat disamping
memilih pesilat yang berkaliber dan bersemangat jitu untuk
dipertandingkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
2. Memperkenalkan kepada masyarakat secara lebih dekat kepada
pertandingan Seni dan Sukan Silat.

12 | P a g e
30.0 MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Sekretariat,
PERTANDINGAN SILAT SIRKIT PEMILIHAN SUKMA 2024 NEGERI
JOHOR TAHUN 2023 (SIRI 1)
Penganjuran :
Azman Ayun (013-7511517) – Setiausaha Kehormat PESAKA Johor

PESAKA Pendaftaran Pasukan :


Muhammad Junio Bin Juned (017-7088281)

(Email: pesakajohore@gmail.com.my)

Disediakan oleh,

Sekretariat Pertandingan Silat Sirkit Pemilihan SUKMA 2024 Negeri Johor Tahun 2023
(Siri 1).

13 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai