Anda di halaman 1dari 4

NUR ANIS FARAZEERA ALEXANDER

BAYU KINABALU FOOTBALL CLUB


(BKFC)
KELAB BOLA SEPAK BAYU KINABALU

[Kertas kerja]
NUR ANIS FARAZEERA ALEXANDER

1. PENDAHULUAN

1.1 Semoga Kertas Kerja Cadangan ini diterima oleh pihak yang terlibat dengan harapan mampu memberi peluang
kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyerlahkan bakat mereka.
1.2 Bola sepak adalah satu sukan yang telah lama wujud.Ia juga adalah sukan yang berprestasi tinggi di negara kita
yang memerlukan disiplin tinggi serta kekuatan fizikal,mental mahupun emosi.
1.3 Bola sepak seringkali juga dikaitkan dengan proses yang boleh menggalakkan semangat
setiakawan, kerjasama dan rasa hormat-menghormati sesama kita.
1.4 Dengan tertubuhnya kelab ini, InsyaAllah, ia akan menjadi simbol harapan BKFC di dalam bidang
Sukan ini pada peringkat negeri dan peringkat yang tertinggi.

2. MATLAMAT

 Memupuk semangat kerjasama dan kesukanan di kalangan ahli kelab.


 Kelab ini akan mendedahkan ahli kepada sukan yang berprestasi tinggi.Ia juga dapat melahirkan ahli yang
berkeyakinan,fokus dan mempunyai halatuju serta disiplin.
 Ahli BKFC akan mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan bola sepak di peringkat Daerah,Bahagian dan
seterusnya.

3. OBJEKTIF

 Memberi pendedahan awal kepada remaja dan kanak-kanak seawal usia 7 tahun.
 Mencungkil bakat baru dan melatih serta melahirkan bakat,semagat kesukanan.
 Memberi peluang kepada ahli mencuburi bidang sukan yang terkenal ini.
 Meningkatkan keberanian,keyakinan serta ketabahan fizikal dan mental.
 Melahirkan ahli yang berdisiplin dan fokus dalam bidang yang diceburi.

Merancang Memimpin
Mencapai
Objektif
Mengelola Mengawal

Merancang – melibatkan proses menentukan objektif kelab dan cara untuk mencapai objektifnya.
Mengelola – merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai
sesuatu objektif kelab.
Memimpin – proses mempengaruhi orang untuk bekerja dalam mencapai matlamat kelab.
Mengawal – proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif
kelab sukan yang dirancang akan tercapai.

1
NUR ANIS FARAZEERA ALEXANDER

*Pemain BKFC perlu bersaing untuk mendapat tempat bagi mewakili BKFC. Ini bermakna dapat menunjukkan
bahawa pemain mempersembahkan kematangan serta mempraktikkan ilmu yang telah dicurahkan kepada
pemain semasa sesi latihan.

4. RASIONAL

 Kami belum mempunyai kelab sukan yang mampu ditubuhkan. Justeru itu,bola sepak adalah satu sukan yang
sangat baik dan berpeluang untuk mengangkat nama negeri.
 Jurulatih dan Fasilitator terbuka kepada pihak luar.

5. KUMPULAN SASARAN

 Kategori perempuan umur 7-10 tahun - 20 orang


 Kategori perempuan umur 11-14 tahun - 20 orang
 Kategori lelaki umur 7-10 tahun- 20 orang
 Kategori lelaki umur 11-14 tahun - 20 orang

6. KEAHLIAN KELAB

Kelab Bolasepak BK Football Club membuka keahlian kepada semua individu yang berminat seperti berikut:-

1) Pemain berumur bawah 14 tahun (perlu mendapat kebenaran dari ibubapa/ penjaga) yang berbakat, berdisiplin,
bersemangat dan mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi pemain bola sepak.

2) Yuran pendaftaran yang dikenakan kepada semua ahli (individu / remaja/pemain) adalah RM80 sahaja untuk
tempoh 6 bulan,(dibayar pada setiap minggu pertama). Borang keahlian boleh didapati di [ sini ]. Hubungi kami
di [ sini ] untuk menghantar borang yang telah siap diisi.

7. AKTIVITI

 Latihan kesegaran dan kecergasan.


 Mempraktikkan kemahiran asas seperti menyepak, mengelecek, mendada dan melontar bola.
 Mempelajari sistem permainan.
 Mempelbagai kaedah latihan.
 Teori berkenaan peranan setiap pemain.
 Perlawanan persahabatan sesama ahli atau bersama pasukan luar.
 Ujian bertulis tentang undang-undang permainan, kemahiran bola sepak, sejarah bolasepak dan lain-lain.
 Latihan intensif.

2
NUR ANIS FARAZEERA ALEXANDER

8. AHLI JAWATANKUASA KELAB :-

7.7.0 Penaung

7.7.1 Pengerusi

7.7.2 Naib Pengerusi

7.7.3 Setiausaha

7.7.4 Penolong Setiausaha

7.7.5 Bendahari

7.7.6 Penolong Bendahari

7.7.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

7.7.8 Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

9. PINDAAN PERLEMBAGAAN

9.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


9.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, pengerusi atau naib pengerusi secara bertulis.
9.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri Pengerusi dan AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
9.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab/persatuan dan disahkan
oleh Pengerusi.

10. PENUTUP

 Menjadikan sukan bola sepak sebagai penanda aras sukan di Sabah yang mampu membekalkan pemain-pemain
yang terbaik.

10.1 Diharapkan cadangan ini diterima untuk dipertimbangkan. Kami mengharapkan maklumbalas
positif dari pihak berkenaan. Marilah majukan sukan untuk negara.
10.2 Semoga penubuhan kelab ini akan membawa harapan baru di dalam sukan bola sepak dan
membawa nama BKFC ke peringkat yang tinggi.

*Bagi pihak BKFC, kami akan sedaya upaya berusaha untuk membuat yang terbaik bagi pembangunan
bolasepak pemain-pemain yang bersama kami.

Anda mungkin juga menyukai