Anda di halaman 1dari 4

Soalan-Soalan Lazim untuk

Pembiayaan Mikro
iTEKAD BangKIT
Bank Islam Malaysia Berhad •198301002944(98127-X)

Pelanggan dinasihati supaya membaca dan memahami terma dan syarat yang sedia ada melalui laman web kami www.bankislam.com sebelum bersetuju
untuk melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan dan/atau mengambil bahagian dalam mana-mana kempen dan promosi kami.
Soalan-Soalan Lazim Untuk Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT

No. Soalan Jawapan Rasmi

1. Apakah Pembiayaan Mikro iTEKAD Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT adalah kemudahan yang direka khusus
BangKIT? untuk usahawan mikro dari segmen masyarakat yang belum layak mendapat
pembiayaan dari bank (“underbankable/ unbankable”) yang ingin memulakan
atau mengembangkan perniagaan.

Bank Islam bekerjasama dengan Rakan Pelaksana yang dilantik untuk


mengenal pasti usahawan mikro yang berpotensi di kalangan ahli, penerima
manfaat atau pihak berkepentingan yang berkelayakan.

Usahawan mikro yang ditawarkan Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT perlu


mengikuti program latihan dan bimbingan perniagaan anjuran Rakan
Pelaksana tersebut.

2. Apakah matlamat Pembiayaan Mikro Membiayai usahawan mikro yang belum layak mendapat pembiayaan
iTEKAD BangKIT? perbankan untuk tujuan:

• Modal kerja (termasuk sumbangan Takaful (pilihan)); dan/ atau


• Perbelanjaan modal

Nota: iTEKAD BangKIT tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan
kredit/ pembiayaan yang sedia ada.

3. Bagaimanakah Pembiayaan Mikro Bank Islam bekerjasama dengan Rakan Pelaksana yang dilantik untuk
iTEKAD BangKIT ini dijalankan oleh mengenal pasti usahawan mikro yang berpotensi di kalangan ahli, penerima
Bank Islam? manfaat atau pihak berkepentingan.

Usahawan mikro yang ditawarkan Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT perlu


mengikuti program latihan dan bimbingan perniagaan anjuran Bank Islam
dan/atau Rakan Pelaksana. Setelah tamat program latihan tersebut, Bank
Islam akan mengeluarkan Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT kepada
usahawan mikro.

Sepanjang tempoh pembiayaan, usahawan peminjam akan dipantau oleh


Rakan Pelaksana untuk bimbingan dan nasihat dalam membangunkan
perniagaan.

Sepanjang tempoh program, usahawanpeminjam digalakkan untuk


menunaikan Solat Sunat Dhuha dan membaca Surah Al-Waqi’ah setiap hari
(bagi usahawan yang beragama Islam).

Usahawan juga diminta untuk menerapkan semangat "sadaqa" dan digalakkan


untuk memberikan "sadaqa" kepada dana Sadaqa House yang disediakan oleh
Bank Islam.

4. Apakah konsep Syariah yang • Pembiayaan ini adalah berlandaskan kontrak Qard.
digunakan? • Qard merupakan sebuah kontrak pinjaman yang melibatkan dua pihak
yang bertujuan memenuhi keperluan kewangan.
• Jumlah bayaran balik pinjaman adalah sama dengan amaun yang dipinjam
tanpa sebarang elemen keuntungan.

5. Siapakah yang layak memohon? Usahawan mikro yang memenuhi kriteria kelayakan berikut layak untuk
memohon bagi pertimbangan Bank Islam:

• Memenuhi definisi perusahaan mikro oleh SME Corporation Malaysia.


• Perusahaan Mikro Malaysia (pemastautin warganegara Malaysia yang
memegang saham perniagaan minimum 51% dalam Perusahaan Mikro)
• Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau
pihak berkuasa tempatan (Sabah/Sarawak) atau badan berkanun bagi
penyedia perkhidmatan profesional yang ditolak dan dikembalikan
dalam tempoh 12 bulan sebelum ini.
• Tiada rekod saman undang-undang/muflis yang belum diselesaikan.
• Tidak diisytiharkan sebagai bankrap/ muflis.
Soalan-Soalan Lazim Untuk Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT

No. Soalan Jawapan Rasmi

6. Siapakah Rakan Pelaksana yang Bermula November 2020, Rakan Pelaksana yang telah dikenal pasti
dilantik oleh Bank Islam? berdasarkan segmen fokus masing-masing adalah seperti yang berikut:
1. People Systems Consultancy Sdn Bhd
2. MADCAT World Sdn Bhd
3. Noble Management & Consultancy
4. Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis)
5. USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd
6. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
7. Majlis Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Bumiputera
Pasar Siti Khadijah (PPSK)
8. Belia Malaysia (MBM)
9. EDCHOPE Synergy (EDCHope)

Senarai Rakan Pelaksana ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

7. Apakah peranan Rakan Pelaksana Antara peranan Rakan Pelaksana ialah:


dalam Pembiayaan Mikro iTEKAD 1. Mengenal pasti usahawan yang berpotensi di kalangan ahli, penerima
BangKIT? manfaat atau pihak berkepentingan.
2. Menganjurkan latihan dan bimbingan perniagaan kepada usahawan.
3. Memantau prestasi perniagaan usahawan dan memberi bimbingan dari
semasa ke semasa.

8. Bilakah permohonan Pembiayaan Permohonan dibuka bermula 25 November 2020.


Mikro iTEKAD BangKIT ini dibuka?

9. Bagaimanakah cara untuk memohon? Maklumat lanjut berkaitan inisiatif ini boleh didapati di laman web Bank Islam:
https://www.bankislam.com/corporate-info/social-finance-bank-islam/

Permohonan berserta dokumen yang lengkap perlu dihantar melalui e-mel ke:
microfinance@bankislam.com.my

Dokumen yang diperlukan ialah:


10. Apakah dokumen yang diperlukan 1. Kad Pengenalan;
untuk memohon Pembiayaan Mikro 2. Set Lengkap Borang Permohonan (termasuk VBI dan borang lain);
iTEKAD BangKIT? 3. Bukti pendapatan (contohnya Borang B cukai pendapatan, penyata bank
min 3 bulan, dan lain-lain.);
4. Bukti operasi perniagaan (cth. pendaftaran perniagaan dan lain-lain.);
5. Rancangan Perniagaan;
6. Dokumen lain yang berkaitan.

11. Berapakah amaun pembiayaan? Minimum : RM5,000.00


Maksimum : RM20,000.00

12. Berapakah tempoh bayaran balik? Minimum: 6 bulan


Maksimum: 36 bulan (3 tahun)

13. Berapakah kadar keuntungan yang Tiada kadar keuntungan dikenakan.


dikenakan?

14. Bagaimana cara pembiayaan ini Usahawan mikro yang ditawarkan Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT wajib
disalurkan kepada peminjam? mengikuti program latihan pembangunan perniagaan yang dikendalikan oleh
Bank Islam dan/ atau Rakan Pelaksana yang dilantik oleh Bank Islam.

Setelah tamat program latihan tersebut, Rakan Pelaksana akan memberi


pengesahan kehadiran usahawan dalam program latihan tersebut, amaun
pembiayaan akan disalurkan terus ke akaun semasa usahawan di Bank Islam
atau berdasarkan kes tertentu kepada vendor
Soalan-Soalan Lazim Untuk Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT

No. Soalan Jawapan Rasmi

15. Bagaimana cara peminjam membayar Pembayaran balik Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT adalah secara bulanan
balik Pembiayaan Mikro iTEKAD atau cara lain yang dipersetujui dengan Bank Islam.
BangKIT?

16. Apakah tanggungjawab peminjam Usahawan yang menerima Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT perlu
yang menerima Pembiayaan Mikro menjelaskan bayaran balik sebagaimana yang dipersetujui dengan Bank
iTEKAD BangKIT? Islam sehingga selesai.

17. Bagaimana sekiranya peminjam Bank Islam akan mengeluarkan notis tuntutan kepada usahawan untuk
gagal memenuhi tanggungjawab menuntut usahawan menjelaskan segera jumlah terhutang dan tertunggak.
menjelaskan bayaran balik?

18. Bagaimana sekiranya peminjam Usahawan boleh membuat penyelesaian pembiayaan sebelum tamat
membuat bayaran penuh sebelum tempoh pembiayaan tanpa dikenakan apa-apa caj.
tamat tempoh pembiayaan?

19. Adakah terdapat yuran dan caj yang Tiada sebarang caj yang dikenakan. Namun, usahawan digalakkan untuk
dikenakan terhadap pembiayaan? memberi sedekah kepada Sadaqa House supaya dapat menambahkan dana
untuk dipinjamkan kepada usahawan – usahawan lain.

20. Adakah penjamin diperlukan? Penjamin tidak diperlukan.

21. Adakah cagaran diperlukan? Cagaran tidak diperlukan.

22. Berapa lama tempoh untuk mengikuti Tempoh latihan pembangunan perniagaan yang wajib diikuti akan
program latihan pembangunan dimaklumkan kepada usahawan yang diluluskan mengikut modul yang
perniagaan? ditetapkan oleh Bank Islam dan/ atau Rakan Pelaksana yang dilantik oleh
Bank Islam.

23. Bagaimanakah sekiranya peminjam Sekiranya usahawan menghadapi kesulitan membuat pembayaran balik,
menghadapi kesulitan untuk usahawan perlu menghubungi:
membuat pembayaran balik?
Bahagian Rangkuman Kewangan,
Bank Islam Malaysia Berhad
Tingkat 27, Menara Bank Islam,
No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2707 8053
E-mel: microfinance@bankislam.com.my

24. Di manakah peminjam boleh dapatkan Maklumat lanjut mengenai iTEKAD BangKIT boleh dicapai melalui:
maklumat lanjut tentang Program
Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT? Laman web Bank Islam:
https://www.bankislam.com/corporate-info/social-finance-bank-islam/

Facebook Bank Islam:


facebook.com/bankislam

E-mel: microfinance@bankislam.com.my

Selain itu, anda juga boleh menghubungi:


Pusat Panggilan & Khidmat Pelanggan Bank Islam Malaysia Berhad
Tingkat 17, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-26 900 900
E-mel: contactcenter@bankislam.com.my

Anda mungkin juga menyukai