Anda di halaman 1dari 2

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI & PENDIDIKAN


PC20103 PEMBELAJARAN MOTOR

PROJEK KAJIAN MINI


(BERKUMPULAN)

Pilih satu masalah penyelidikan yang berkait dengan Pembelajaran Motor. Lakukan
carian literatur mengenai topik anda dan pilih 10 kajian yang dapat membantu
memberikan fokus kepada kajian anda.

Setelah memilih topik kajian anda, cari masalah kajian yang ingin dikaji (pernyataan
masalah) melalui sintesis kajian literatur mengenai topik anda. Bincang dengan
pensyarah anda bagaimana cadangan kajian anda dapat menambahkan ilmu
pengetahuan sedia ada dalam topik anda. Bacaan anda akan membantu anda dalam
merancang dan melaksanakan kajian anda; terutama dalam perkara seperti
instrumen dan analisis data.

Bahagian-bahagian dalam kertas kajian

Pengenalan
• Perihalkan topik – maklumat penting yang dapat memberi gambaran yang
menyeluruh dan kerelevanan topik anda. Latar belakang topik serta rasional
(mengapa kajian in perlu dijalankan) disokong oleh dapatan kajian lampau
dan membina asas untuk pernyataan masalah kajian anda.
• Pernyataan masalah adalah harus ringkas dan padat.

Kajian literatur
• Bahagian ini akan mengandungi maklumat dan dapatan kajian-kajian
terdahulu dalam topik anda.
• Setiap perenggan (disarankan) akan memperihalkan satu kajian terdahulu
dalam topik anda.
• Bahagian ini adalah bahagian yang terpenting penulisan anda; mencerminkan
aras pemikiran dan keupayaan untuk mensintesis dapatan-dapatan kajian
lampau.
Kaedah
• Terdiri daripada empat bahagian
o Peserta kajian
Maklumat mengenai bilangan peserta; ciri-ciri peserta yang
berkaitan.
o Instrumen kajian
Perihalan instrumen yang digunakan untuk mengumpul data.
Tatacara pengumpulan data.
Prosedur perlaksanaan ujian – siapa & bagaimana
Arahan dan setup instrumen
o Prosedur
Urutan spesifik langkah-langkah dilaksanakan
Arahan kepada peserta kajian
o Dapatan
Gunakan jadual dan graf untuk membentangkan dapatan
anda.
Dapatan ujian statistik harus dinyatakan dengan ringkas.
o Perbincangan
Bincangkan dapatan anda
Kaitkan dengan pengenalan, pernyataan masalah dan kajian-
kajian terdahulu.
Huraikan bagaimana dapatan anda menepati teori; dan
berikan interprasi dapatan anda.
Berikan saranan atau aplikasi yang terhasil dari kajian anda.

Format penulisan: Gaya penulisan UMS (anda disarankan memuat turun buku Gaya
Penulisan UMS dari laman sesawang yang berkaitan.

Bilangan mukasurat yang disarankan untuk setiap bahagian

• Pengenalan – 2 muka surat


• Kajian Literatur – 4 muka surat
• Kaedah – 2 muka surat
• Dapatan – 2 muka surat
• Perbincangan – 3 muka surat
• Rujukan – mengikut keperluan.

Hasilkan satu poster untuk dibentangkan. Format dan panduan menghasilkan poster
akan diberi oleh pensyarah kursus.

Jadual kerja

Bil Perkara Minggu Catatan


1. Penentuan dan persetujuan 3 Pembentangan topik
topik kajian 10 minit; 5 kajian terdahulu untuk
menekankan topik anda
2 Cadangan kajian 5 Pengenalan; Kajian Literatur , Kaedah.
(Pembentangan 15 minit)
3 Mengumpul data 7 Maklumkan kepada pensyarah kursus
butir-butir mengenai lokasi & masa
pengumpulan data.
4 Dapatan 10 Dapatan dan kerangka perbincangan
(Pembentangan 15 m)
5 Penyerahan Kertas Kajian & 12 Perbincangan dengan pensyarah kursus
penyediaan draf poster
6 Pembentangan poster 14

Anda mungkin juga menyukai