Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Akukah itu?

Masa : 30 minit

Alatan : Kertas A4 dan pen/pensel

Objektf :

1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.

2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.

3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.

Langkah :

1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing.
(Kecantkan lukisan itu tidak penting)
2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas ini.

3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis nama pada
lukisan tersebut.

4. Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut.

5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula kepada
peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan.

6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya
menunjukkan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi.
7. Bagi peserta yang salah meneka, ketua akan cuba bertanya mengapakah susah untuk mengenal pasti
empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul ketua akan menanyakan sebab
mereka bolah meneka dengan betul.

Pengajaran/Rumusan :

1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran sahaja kerana mungkin
apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikapnya yang sebenar.

2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri tidak kenal siapa diri kita

Anda mungkin juga menyukai