Anda di halaman 1dari 9

PENGURUSAN ACARA SUKAN

HSK 111 (SPORT MANAGEMENT)

DISEDIAKAN KEPADA:
AB RAHIM MOHD MEERAH

TAJUK KERTAS KERJA:


ASSIGNMENT BERKUMPULAN (COLOUR RUN EVENT)

DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 3
NAMA NO. MATRIKS
NOR FATIN AYUNI BINTI MOHD RAFEE 2022455992
AMIRATUL FAQIEHAH BT AZARUDIN 2022698308
NURUL AQILAH FAKHIRA BINTI ZAMZURI 2022868494
MOHAMAD IDHAM BIN JALAL 2022698198
NUR IQBAL SYAKIR BIN MOHD SALLEH 2022961349

KELAS:
HSK111-KAB111
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 TUJUAN
3.0 OBJEKTIF
5.0 MAKLUMAT PROGRAM
6.0 SASARAN
7.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM
8.0 AHLI JAWATANKUASA
9.0 TENTATIF PROGRAM
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
11.0 PENUTUP
12.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN
Larian merupakan satu aktiviti fizikal/riadah yang amat popular di negara kita Malaysia pada
masa kini. Aktiviti larian ini juga dapat kita lihat turut menular dikalangan seluruh rakyat.
Melalui aktiviti larian ini juga kita dapat mengeratkan hubungan dikalangan masyarakar kita
sendiri disamping meningkatkan tahap kecergasan masing-masing. Bersempena kemasukan
pelajar untuk menghadapi semester baharu ini, kami telah mengambil satu inisiatif untuk
menganjurkan satu larian 5 Km “Colour Run” bagi mengamalkan aktiviti kecergasan
dikalangan para pelajar dan pada masa yang sama mempromosikan aktiviti larian ini kepada
masyarakat lain.

2.0 TUJUAN

Tujuan Colour Run ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan dalam diri pelajar.
Selain itu, ia bertujuan untuk mendidik anggota kesihatan untuk mengamalkan gaya hidup
sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal. Di samping itu, Colour run ini juga dapat
memberi hiburan dan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar.

4.0 OBJEKTIF
1.Memberi peluang kepada pelajar mengikuti acara larian yang diadakan di dalam
kampus.
2.Memupuk, membina dan melahirkan pelajar yang kuat dalam ketahanan fizikal dan jati
diri pelajar serta dapat mewujudkan sikap budaya saing sepanjang akiviti ini diadakan.
3.Memupuk semangat kerja sama antara mahasiswa dalam menjayakan aktiviti tersebut.
4.Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar.
5.Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan serta
kesihatan diri.
6.Menguji ketahanan kardiovaskular dan mental di kalangan pelajar.
5.0 MAKLUMAT PROGRAM

COLOUR RUN
Jenis: sukan dan kesihatan
Tarikh: 7 November 2023
Bayaran: RM25
Masa: 7.30pagi - 11.00pagi
Lokasi: padang kawad UiTM Puncak Alam
Peserta: 150 orang (pelajar uitm sahaja)
Kit larian: t-shirt, serbuk pewarna, pingat dan sarapan

6.0 SASARAN

Sasaran peserta untuk pertandingan Program 'Colour Run UiTM Puncak Alam' adalah
seramai 150 peserta. Penyertaan ini khususnya terdiri daripada barisan mahasiwa dan
mahasiswi UiTM Kampus Puncak Alam. Pelajar UiTM Kampus Puncak Alam terdiri
daripada pelajar Diploma, pelajar prasiswazah iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda, siswazah
iaitu pelajar Sarjana serta pelajar Pra Diploma. Tidak lupa juga kepada alumni dan kakitangan
turut dijemput dalam program yang dianjurkan bagi memeriahkan lagi aktiviti tersebut.
Jelasnya, dengan sasaran peserta yang begitu meluas tersebut, pihak penaja sudah semestinya
dapat mencapai objektif dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua
mahasiswa dengan kakitangan UiTM Kampus Puncak Alam tersebut. Pada masa yang sama,
ia juga dapat menarik minat pentadbiran tertinggi universiti dalam meluaskan lagi jaringan
perhubungan sesama mereka.

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

Ø Para peserta diberikan baju colour run sehari sebelum colour run dijalankan

Ø Para peserta akan mendapat 3 serbuk pewarna setelah membuat pendaftaran di kaunter
pendaftaran semasa hari kejadian.

Ø Selepas senamrobik dijalankan, acara colour run bermula .

Ø Terdapat 3 checkpoint yang akan dijaga oleh sukarelawan.setiap checkpoint mempunyai dua wakil
untuk membaling serbuk pewarna kepada peserta larian.

Ø Semua peserta akan diberikan pingat apabila kembali semua ke garisan permulaan.
Ø Peserta bebas membaling serbuk pewarna dan sesi fotografi bersama

Ø Acara bersurai

8.0 AHLI JAWATANKUASA

NAMA JAWATAN TUGASAN

NOR FATIN AYUNI BINTI MOHD Ajk Kewangan Mengurus wang


RAFEE perbelanjaan dalam
persediaan program

AMIRATUL FAQIEHAH BINTI Ajk Pemasaran & Memasarkan maklumat


AZARUDIN Publisiti tentang program di
media sosial dan
menyiapkan poster

NURUL AQILAH FAKHIRA BINTI Ajk Keselamatan Mengawal keadaan


ZAMZURI & Perubatan pelajar sepanjang
program berlangsung

MOHAMAD IDHAM BIN JALAL Ajk Pendaftaran Memastikan pelajar


mendaftar di kaunter
pendaftaran semasa hari
kejadian

NUR IQBAL Ajk teknikal & Menguruskan barang


SYAKIR BIN MOHD SALLEH Fotografi teknikal semasa
program berlangsung
dan menjadi juru foto
semasa acara
berlangsung
9.0 TENTATIF PROGRAM

Tentatif program “Colour Run”

MASA ATURCARA

7.00 Pagi Kehadiran semua crew

7.30 Pagi Pendaftaran peserta larian

8.00 Pagi Taklimat dan Senamrobik dijalankan

8.30 Pagi Acara “Colour Run” bermula

10.00 Pagi Anggaran peserta terakhir tamat larian dan pemberian pingat

10.30 Pagi Acara bebas membaling serbuk pewarna dan fotografi bersama

11.00 Pagi Acara bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

RM 20 SETIAP AHLI JAWATANKUASA

RM 25 SETIAP PESERTA

PENDAPATAN

YURAN AHLI : RM25*150

: RM 3750

YURAN CREW : RM20*10

: RM 200

TOTAL : RM3950

PERBELANJAAN

GOODIES LARIAN : BAJU -RM15 + (10 CREW)


: PINGAT -RM4.00

: SERBUK PEWARNA -RM1.50

: RM 20.50 SEORANG

TOTAL : RM 3075 + (RM150 baju crew) (pelajar 150 orang)

MAKANAN & AIR : ROTI -RM 1.10

: AIR MINERAL (250ML) -RM 0.50

: RM 1.60 SEORANG

TOTAL : RM 256 (PESERTA DAN CREW 160 ORANG)

SERBUK PEWARNA TAMBAHAN : RM30

POSTER & BANNER & BUNTING : RM100

PERHIASAN : RM50

BUDGET KESELURUHAN : RM 3661

11.0 PENUTUP

Memandangkan pertandingan sebegini sudah beberapa kali sudah dilaksanakan di dalam


Uitm ini, maka pihak kami berharap ianya akan berjalan lancar seperti yang lain. Diharap
dengan penganjuran sebegini akan terus mendapat kesinambungannya pada masa akan
datang dan berjalan dengan jayanya.
12.0 LAMPIRAN

POSTER

Anda mungkin juga menyukai