Anda di halaman 1dari 6

NOTA PERBINCANGAN

SESI PERBINCANGAN DAN PENERANGAN BAGI PEMETAAN PROGRAM


LATIHAN SEKTOR PERLADANGAN SAWIT DI BAWAH SIME DARBY
PLANTATION BERHAD (SDPB) BERASASKAN NOSS OPERASI MEKANISASI
LADANG
3 NOVEMBER 2023 (JUMAAT), 9.00 PAGI
BILIK 03A, ARAS 2
NO.2, MENARA PLANTATION
JALAN PJU 1A/7, ARA DAMANSARA
PETALING JAYA, SELANGOR

1. TUJUAN

Sesi perbincangan ini adalah untuk mengenalpasti kepadanan Modul Latihan


Kemahiran Machine Specialist yang dianjurkan oleh Sime Darby Plantation
Berhad (SDPB) dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
(NOSS) Operasi Mekanisasi Ladang (KOML) dalam sektor perladangan
sawit.

2. LATAR BELAKANG

(i) Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri (PIMI)


Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah diberi
tanggungjawab untuk mengurus dan mengawal selia perbelanjaan di
bawah Peruntukan Pembangunan, Butiran 00503 Mekanisasi Dan
Automasi Komoditi berjumlah RM20 juta yang telah dikhususkan untuk
dibelanjakan dalam tahun 2023 ini (Tahun Semasa).

(ii) Antara cadangan di bawah inisiatif ini adalah untuk melaksanakan


Program Pembangunan Modal Insan Industri bagi sektor agrikomoditi
bersama pemain industri.

(iii) Antara projek “quick-win” yang berpotensi dilaksanakan menggunakan


peruntukan tersebut adalah melalui kerjasama dengan SDPB.

(iv) Bahagian PIMI, IMPAC dan SDPB telah mengadakan 3 sesi


perbincangan berhubung cadangan ini dan hasil daripada sesi-sesi
perbincangan yang telah diadakan, SDPB berhasrat untuk
melaksanakan penjajaran Kurikulum Kompetensi Unit bagi Modul
Latihan Kemahiran Machine Specialist dengan NOSS KOML agar
program latihan tersebut dapat dijalankan secara Micro-Credential.

(v) Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh dua (2) orang wakil IMPAC
bersama seorang wakil Bahagian PIMI, KPK, seorang wakil WISDEC,
MTIB, tiga (3) orang wakil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran

1
(JPK) serta tujuh (7) orang wakil daripada SDPB secara fizikal seperti di
Lampiran I.

3. HASIL PERBINCANGAN

(i) Hasil perkongsian pihak SDPB, pihak JPK memaklumkan bahawa


modul latihan Machine Specialist sedia ada di SDPB adalah sejajar
dengan Kurikulum Kompetensi Unit 05 dalam NOSS KOML dan boleh
diberikan Persijilan Penyata Pencapaian (PC) setelah proses
pentauliahan dan dokumentasi dilaksanakan dalam masa terdekat
sekaligus dapat menambah baik nilai program SDPB sedia ada selari
dengan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi memenuhi
kehendak industri.

(ii) Pihak SDPB perlu membuat semakan semula modul latihan Machine
Specialist bersama NOSS KOML dengan melaksanakan bengkel
pemurnian melibatkan wakil PIMI, KPK, IMPAC, JPK, PLASMA MPOB
dan WISDEC, MTIB.

(iii) Pihak SDPB disarankan untuk mengadakan bengkel pemurnian pada


minggu ketiga bulan November 2023 dengan membentangkan secara
lebih terperinci modul latihan tersebut, jumlah tenaga pengajar dan
senarai kemudahan peralatan bagi program latihan tersebut.

(iv) Pihak JPK memohon supaya pihak SDPB (penyelaras program)


mendaftarkan seorang Pengurus pusat latihan SDPB sebagai Pengurus
Pusat Bertauliah (PPB) JPK bagi menyelaras pusat latihan di Sua
Betong, Negeri Sembilan dan seorang pengajar (trainer) sebagai
Pegawai Penilai Program Modular (PP-m) ke dalam sistem MySpike.
Nisbah bagi seorang PP-m kepada pelatih adalah 1:25. Penyelaras
Program SDPB, PPB dan PP-m tersebut juga perlu menghadiri Kursus
Induksi PP-PPD-PPB sebagai syarat utama bagi melaksanakan
program bertauliah di SDPB.

(v) Pihak JPK juga menyarankan agar mengenalpasti semua pengajar


yang berpotensi di SDPB dan dihantar mengikuti Kursus Induksi PP-
PPD-PPB agar pelaksanaan program latihan secara micro-crediantial
tersebut dapat dilaksanakan dengan segera selain daripada
menampung kapasiti pelatih dimasa depan, sekaligus menepati syarat-
syarat yang telah ditetapkan oleh JPK.

(vi) Sesi perbincangan ini ditangguhkan pada jam 12.55 tengahari.

2
4. TINDAKAN SUSULAN

(i) SDPB perlu menganjurkan bengkel pemurnian modul latihan dengan


melibatkan semua wakil seperti pada para 3 (ii);

(ii) SDPB perlu memuktamadkan tarikh dan tempat sebenar bagi


pelaksanaan bengkel pemurnian tersebut;

(iii) IMPAC perlu menyediakan dokumen WIM KOML untuk rujukan pihak
SDPB bagi persediaan awal bengkel;

(iv) IMPAC perlu menyediakan set soalan KOML untuk rujukan awal pihak
SDPB;

(v) IMPAC juga perlu mendapatkan penyertaan PLASMA, MPOB, JPK dan
WISDEC, MTIB dalam bengkel pemurniaan tersebut; dan

(vi) JPK dan WISDEC, MTIB turut membantu memberi penerangan bagi
memudahkan proses pendaftaran kursus dalam sistem MySpike.

Disediakan oleh:
Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia

3
LAMPIRAN I
SENARAI KEHADIRAN
SESI PERBINCANGAN DAN PENERANGAN BAGI PEMETAAN PROGRAM
LATIHAN SEKTOR PERLADANGAN SAWIT DI BAWAH SIME DARBY
PLANTATION BERHAD (SDPB) BERASASKAN NOSS OPERASI MEKANISASI
LADANG
3 NOVEMBER 2023 (JUMAAT), 9.00 PAGI
BILIK 03A, ARAS 2
NO.2, MENARA PLANTATION
JALAN PJU 1A/7, ARA DAMANSARA
PETALING JAYA, SELANGOR

HADIR

1. Puan Nazatul Niza Nordin


Ketua Eksekutif, IMPAC

2. Encik Kamarul Izam Jalani


Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Penggalakan Inovasi & Modal Insan Industri (PIMI)
Kementerian Perladangan dan Komoditi

3. Encik Mohd Syahid Alias


Eksekutif,
Perancangan Strategik, Latihan & Pengiktirafan
IMPAC

4. Encik Mohamad Faris Bin Jamaludin


Penolong Kanan Pengarah
Unit Pentauliahan SLaPB, JPK

5. Encik Uda Hamdan Bin Abd Rahim


Penolong Kanan Pengarah
Unit Pentauliahan SLaPB, JPK

6. Encik Shahrizwan Effendi bin Hashmi


Penolong Kanan Pengarah
Unit Pengurusan ILB (Urus Setia IMPAC), JPK

7. Puan Sharon Low Paek Hiah


Head of Learning & Development
Sime Darby Plantation Berhad

8. Puan Subashini Thuraisingam


Manager, Learning & Development
Sime Darby Plantation Berhad

9. Encik Mohd Syahril Hafizi


Senior Executive, Learning & Development
4
Sime Darby Plantation Berhad

10. Puan Nurul Shakila


Senior Executive, Learning & Development
Sime Darby Plantation Berhad

11. Encik Mohd Zamri Ridzuan


Manager, Projek Lokal
Sime Darby Plantation Berhad

12. Encik Mohamad Syamil Afiq Mohamad Fadzil


Senior Executive, Operations Support
Sime Darby Plantation Berhad

13. Puan Nur Aina Wahida


Protege
Sime Darby Plantation Berhad

29 November hingga 1 Disember 2023 – Sime Darby Plantation Berhad (SDPB) melalui
ILB JPK, Institusi Perladangan dan Komoditi (IMPAC), Kementerian Perladangan dan
5
Komoditi (KPK) telah melaksanakan Bengkel Pemetaan dan Pemurnian antara Modul
Machine Specialist miliknya dengan NOSS Operasi Mekanisasi Ladang Sawit (A012-
004-2:2020) bagi Program Modular/ Microcredential. Pihak SDPB diterajui oleh Madam
Sharon Low Paek Hiah, Head of Learning & Development dan Encik Marzulkifli
Mohamed, Sr Manager Upstream Malaysia.

Pakar-pakar bidang daripada Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) dan Pihak Pusat
Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) bersama-sama membantu SDPB
dalam memastikan penjajaran modul yang dilaksanakan adalah menepati NOSS yang
digunakan. Para pegawai daripada Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik,
Bahagian Pentauliahan dan Bahagian Standard Pekerjaan & Kurikulum TVET Jabatan
Pembangunan Kemahiran turut hadir bagi memastikan garis panduan yang telah
disediakan untuk tujuan pentauliahan Program Modular dipatuhi.

Puan Nazatul Niza Nordin, Ketua Eksekutif IMPAC berharap SDPB akan terus
melebarkan dasar mekanisasi dan automasi di ladang-ladang miliknya di dalam dan
luar negara melalui Program Machine Specialist dengan menggunapakai tenaga mahir
kompeten tempatan yang mempunyai persijilan kemahiran Malaysia. Selaku GLC yang
berpengaruh, diharap model dasar mekanisasi dan automasi ini akan dicontohi oleh
syarikat-syarikat bidang perladangan ternama lain di Malaysia.

Encik Hairuzzaman Sagi, Head of HR Upstream Malaysia yang juga hadir, turut
berkongsi halatuju SDPB dalam menambah baik dan memperkasa tenaga mahir TVET
tempatan dalam bidang perladangan sekaligus mengurangkan kebergantungan tenaga
mahir warga asing.

Melalui bengkel ini, Program Machine Specialist berjaya dipetakan secara modular/
microcredential dengan C05 (L2), WA2(C03-L3) dan WA1 (C04-L3) daripada NOSS
Operasi Mekanisasi Ladang Sawit (A012-004-2:2020).

Anda mungkin juga menyukai