Anda di halaman 1dari 56

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN........................................................................................................3
2. PENGENALAN..........................................................................................................4
3. PERISIAN..................................................................................................................5
3.1 VirtualBox..................................................................................................................... 5
3.2 CentOS......................................................................................................................... 6
4. PENYEDIAAN DAN PEMASANGAN.........................................................................7
4.1 Pemasangan Virtual Box..............................................................................................7
4.2 Pembinaan Komputer Maya......................................................................................10
4.3 Tetapan Komputer Maya...........................................................................................14
4.4 Pemasangan Sistem Operasi.....................................................................................17
5. LINUX CENTOS.......................................................................................................33
5.1 Skrin Log Masuk.........................................................................................................33
5.2 Skrin Persediaan Awal...............................................................................................35
5.3 Persekitaran Atas Meja.............................................................................................36
5.4 Tetapan Sistem..........................................................................................................38
5.5 Asas Linux..................................................................................................................39
6. VIRTUALBOX.........................................................................................................40
6.1 Pakej Perisian Khas....................................................................................................40
6.2 Fungsi Asas................................................................................................................. 41
6.2.1 Mula/Tutup........................................................................................................41
6.2.2 Import/Eksport.................................................................................................42
6.2.3 Padam............................................................................................................... 46
6.2.4 Pindah...............................................................................................................47
6.2.5 Klon................................................................................................................... 47
6.3 Tetapan Pilihan..........................................................................................................49
6.3.1 Paparan.............................................................................................................50
6.3.2 Direktori Dikongsi.............................................................................................50
6.4 Pengurus Fail.............................................................................................................52
7. MASALAH DAN PENYELESAIAN...........................................................................54
7.1 Tiada Tindak Balas......................................................................................................54
7.2 Forum......................................................................................................................... 55
8. LESEN DAN HAKCIPTA..........................................................................................56
1. PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ribuan terima kasih kerana menggunakan buku ini.

Ia menerangkan cara-cara membina komputer maya dalam sistem operasi Windows


diikuti dengan pemasangan sistem operasi Linux.

Buku ini disusun supaya anda tahu di mana hendak bermula dan apakah langkah
seterusnya.

Semoga bermanfaat.

Wassalam

mfauzy

3
2. PENGENALAN
• Komputer maya adalah satu komputer rekaan yang dihasilkan menggunakan perisian
tertentu sama ada percuma atau berbayar.
• Walaupun komputer ini bersifat maya, ia mampu berfungsi seperti komputer fizikal.

• Komputer maya sangat berguna bagi tujuan pembelajaran, pengujian dan penyelidikan.
• Anda tidak perlu beli komputer baru untuk memasang dan belajar sistem operasi lain
seperti Linux.
• Komputer maya juga boleh dihapus atau dibina semula pada bila-bila masa.

4
3. PERISIAN
3.1 VirtualBox
• Penulis menggunakan perisian VirtualBox yang diperolehi secara percuma dari
https://www.virtualbox.org untuk menghasilkan komputer maya.

• Anda boleh terus ke https://www.virtualbox.org/wiki/Downloads untuk muat turun perisian


ini.
• Versi VirtualBox ketika buku ini ditulis ialah 6.1.30.
• Dalam laman Downloads, klik Windows hosts seperti ditunjuk anak panah jika hendak
muat turun versi terkini.
• Klik pautan di bawah pula jika ingin muat turun VirtualBox-6.1.30-148432-Win.exe dengan
saiz 103 MB.

https://download.virtualbox.org/virtualbox/6.1.30/VirtualBox-6.1.30-148432-Win.exe

• Tempatkan fail yang sudah dimuat turun ke dalam mana-mana direktori seperti Desktop
dan sebagainya.
• Penulis meletakkannya di dalam direktori D:\komputermaya.

• Pautan di bawah mengandungi penerangan lebih terperinci tentang perisian VirtualBox.

https://www.virtualbox.org/manual/

5
3.2 CentOS
• Fail ISO untuk pemasangan sistem operasi CentOS boleh diperolehi dari pautan berikut.

http://centos.mirror.myduniahost.com/centos/8-stream/isos/x86_64/

• Klik CentOS-Stream-8-x86_64-latest-dvd1.iso untuk muat turun fail bersaiz 10.3 GB.

http://centos.mirror.myduniahost.com/centos/8-stream/isos/x86_64/CentOS-Stream-8-
x86_64-latest-dvd1.iso

• Di atas ialah pautan terus kepada fail tersebut.

• Tempatkan fail yang telah dimuat turun ke dalam direktori yang sama dengan perisian
VirtualBox.
• Jika terdapat masalah dengan pelayan (server) di atas, fail tersebut boleh diperolehi dari
pelayan lain yang tersenarai di pautan berikut.

http://isoredirect.centos.org/centos/8-stream/isos/x86_64/

6
4. PENYEDIAAN DAN PEMASANGAN
4.1 Pemasangan Virtual Box

• Klik dua kali fail VirtualBox-6.1.30-148432-Win.exe.

• Klik [Next].

• Klik [Next].

7
• Klik [Next].

• Klik [Yes] untuk teruskan pemasangan.

8
• Klik [Install].

• Klik [Yes] jika tetingkap di atas atau yang seumpamanya dipaparkan.

9
• Klik [Finish].

• Pemasangan perisian selesai dengan paparan tetingkap di atas.

4.2 Pembinaan Komputer Maya

• Dalam tetingkap VirtualBox, klik butang New untuk bina komputer maya.

10
• Namakan komputer maya komputer01.
• Direktori untuk Machine Folder boleh ditukar jika perlu.
• Pilih sistem operasi Linux.
• Pilih versi Other Linux (64-bit).
• Klik [Next].

• Tambah saiz memori kepada 2048 MB.


• Jika penunjuk berada di dalam kawasan merah, turunkan kepada 1024 MB.
• Klik [Next].

11
• Pilih Create a virtual hard drive now.
• Klik [Create].

• Pilih VDI (VirtualBox Disk Image).


• Klik [Next].

12
• Pilih Dynamically allocated.
• Klik [Next].

• Anda boleh tukar lokasi fail ke direktori lain atau kekal di lokasi yang ditetapkan.
• Tukar saiz cakera keras (hard disk) kepada sekurang-kurangnya 12 GB.
• Klik [Create].

13
• Pembinaan komputer maya tanpa sistem operasi selesai dengan paparan tetingkap di atas.

4.3 Tetapan Komputer Maya


• Tetapan perlu diubah sebelum pemasangan sistem operasi.

• Dalam tetingkap VirtualBox, klik butang Settings.

• Dalam tetingkap Settings, pilih System, Processor kemudian tambah CPU kepada 2.
• Jika penunjuk berada di dalam kawasan merah, tukar kembali kepada 1 .

14
• Seterusnya pilih Storage.
• Pada Controller:IDE klik butang Adds optical drive.

• Dalam tetingkap Optical Disk Selector, klik butang Add.

• Pilih fail CentOS-Stream-8-x86_64-latest-dvd1.iso.


• Klik [Open].

15
• Klik [Choose].

• Pastikan fail iso tersenarai dalam ruang Storage Devices.

• Pilih Network.
• Di bawah Adapter 1, pilih Enable Network Adapter.
• Dalam senarai Attached to, pilih Bridged Adapter.
• Dalam senarai Name pilih penyesuai rangkaian (network adapter) sama ada tanpa wayar
(wireless) atau tidak.

16
• Klik [OK] untuk simpan tetapan baru.

• Status komputer01 ketika ini Powered Off.


• Klik butang Start untuk menghidupkannya.

4.4 Pemasangan Sistem Operasi

• Tetingkap seperti di atas akan dipaparkan selepas komputer maya dihidupkan.


• Guna kekunci anak panah atas untuk pilih menu “Install CentOS Stream 8-stream”
kemudian tekan [Enter].
• Klik (x) untuk hilangkan mesej yang mungkin melindungi sebahagian paparan atas skrin.

• Tunggu sehingga tetingkap Pemasangan CentOS 8 Stream muncul.

17
• Pilih English (United States) kemudian klik [Continue].

• Klik Time & Date.

18
• Klik lokasi Kuala Lumpur, zon masa akan bertukar kepada Asia/Kuala Lumpur.
• Klik [Done].

• Klik Installation Source.

19
• Pastikan Auto-detected installation media dan AppStream telah dipilih.
• Klik [Done].

• Klik Software Selection.

20
• Pastikan Server with GUI telah dipilih.
• Di ruang sebelah kanan, skrol ke bawah kemudian pilih Development Tools dan .NET
Core Development.
• Klik [Done].

• Klik Installation Destination.

21
• Pastikan cakera keras (ATA VBOX HARDDISK) dan pilihan Automatic telah dipilih.
• Klik [Done].

• Klik Network & Hostname.

22
• Tukar kepada komputer01 dalam ruang Host Name kemudian klik [Apply].

• Maklumat rangkaian komputer fizikal perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum mengisi
maklumat komputer maya.

• Taip di penjuru kiri bawah Windows kemudian tekan [Enter] untuk buka tetingkap
Command Prompt.

• Taip arahan ipconfig /all dalam tetingkap ini.

• Klik [Configure] dalam tetingkap pemasangan CentOS tadi kemudian isi maklumat
rangkaian komputer maya pada ruang (4), (5), (6) dan (7) berpandukan output di atas.

23
• Pilih Ipv4 Settings (1).
• Tukar Method (2) kepada Manual kemudian klik butang [Add] (3).
• Klik dalam ruang Address (4) kemudian taip 192.168.0.200.
• Alamat IP komputer maya (192.168.0.200) mesti berlainan dari alamat IP komputer fizikal
(192.168.0.129).
• Klik dalam ruang Netmask (5) kemudian taip 255.255.255.0.
• Klik dalam ruang Gateway (6) kemudian taip 192.168.0.1.
• Klik dalam ruang DNS servers (7) kemudian taip 192.168.0.1.

• Pilih General kemudian klik Connect automatically with priority.


• Klik [Save] untuk simpan semua perubahan yang telah dibuat.

24
• Klik butang OFF supaya bertukar kepada ON.
• Pastikan status Ethernet adalah Connected.
• Klik [Done].

• Klik Root Password.

25
• Isi dua kali kata laluan yang sama untuk akaun Root.

• Klik [Done].
• Anda perlu klik [Done] dua kali jika ingin guna kata laluan yang pendek atau kurang
selamat seperti root, abc123 dan seumpamanya.

• Klik [Begin Installation] kemudian tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

26
• Klik [Reboot System].

• Klik License Information.


Nota:
Tetingkap di atas tidak dipaparkan jika penulis guna 1 CPU & 1024 MB untuk komputer
maya tetapi tiada masalah dengan 2 CPU & 2048 MB memori.
Untuk penyelesaian sila rujuk bab 7. MASALAH DAN PENYELESAIAN.

27
• Klik I accept the license agreement.
• Klik [Done].

• Klik [FINISH CONFIGURATION].

28
• Klik [Next].

• Tukar kepada OFF jika tidak mahu fungsi tersebut dilaksanakan.


• Klik [Next].

29
• Klik [Skip].

• Taip Guest di ruang Full Name.

• Secara automatik guest (semua huruf kecil) ditaip sebagai Username.

• Ini adalah akaun pengguna selain root.

• Klik [Next].

30
• Taip kata laluan sebanyak dua kali untuk akaun guest.

• Klik [Next].

• Klik [Start Using CentOS Linux].

31
• Lihat video atau klik [ x ] untuk tutup tetingkap Getting Started apabila ia dipaparkan.

• Klik di tempat yang ditunjuk dengan anak panah seperti dalam gambar di atas.
• Klik Log Out untuk log keluar akaun guest yang dicipta sewaktu proses pemasangan
CentOS tadi.

32
5. LINUX CENTOS
5.1 Skrin Log Masuk

• Jika skrin kelihatan seperti di atas, tekan [Enter] untuk paparkan skrin log masuk.

• Isi kata laluan jika hendak log masuk sebagai Guest kemudian klik [Unlock].
• Klik Log in as another user jika hendak guna akaun pengguna lain.

33
• Di atas ialah contoh skrin jika anda klik Log in as another user.
• Klik Not listed? jika akaun yang anda hendak guna tidak tersenarai.
• Ketika ini hanya ada dua pengguna sahaja iaitu Root dan Guest.
• Fungsi atau keistimewaan pengguna Root adalah seperti Adminstrator dalam Windows.

• Isi nama pengguna tersebut misalnya root (nama pengguna dalam Linux menggunakan
huruf kecil).
• Klik [Next].

34
• Isi kata laluan kemudian klik [Sign In].

5.2 Skrin Persediaan Awal

• Semua tetingkap di atas dipaparkan ketika pengguna log masuk buat kali pertama.
• Jika tidak pasti apa yang perlu dilakukan, klik [Next] atau [Skip] sahaja.
• Untuk tetingkap Privacy, contoh yang diberi adalah pilihan penulis.

35
• Klik Start Using CentOS Stream.
• Pada tetingkap Getting Started pula anda boleh lihat video yang disediakan atau klik [ x ]
untuk menutupnya.

5.3 Persekitaran Atas Meja


• CentOS menggunakan GNOME sebagai perisian persekitaran atas meja (desktop
environment).

• Perisian ini menyediakan antara muka grafik pengguna (graphical user interface) yang
memudahkan anda berinteraksi dengan komputer.
• Klik baris ikon di penjuru kanan atas untuk paparkan menu.
• Klik pada root kemudian klik Log Out jika hendak keluar dari sistem .

• Di sebelah bawah terdapat tiga butang iaitu untuk tetapan (settings) , kunci skrin (lock) dan
matikan komputer (power off).

36
• Klik Activities di penjuru kiri atas.
• Ia akan paparkan ruang untuk lakukan carian serta ikon di kiri skrin iaitu Firefox, Files,
Software, Help, Terminal dan Show Applications.
• Klik Activities sekali lagi akan sembunyikan kesemuanya.
• Klik Files akan buka tetingkap seperti di bawah yang menyenaraikan fail dan direktori.

• Fungsinya seperti File Explorer dalam Windows.


• Klik Other Locations untuk lihat fail dan direktori yang berada di luar dari direktori rumah
pengguna (Home).

37
• Cuba taip text di ruang carian.

• Ia akan senaraikan aplikasi Text Editor serta aplikasi lain yang berkaitan dengan text.

• Klik Text Editor jika hendak cipta fail teks baru.

5.4 Tetapan Sistem

• Klik Activities (1), Show Applications (2) diikuti dengan Settings (3) untuk mengubah
tetapan sistem.

38
• Dalam tetingkap Settings, pilih Network kemudian klik butang gear jika ingin menukar
maklumat rangkaian komputer maya misalnya alamat IP.
• Cuba lihat tetapan lain dan ubah mengikut keperluan anda.

5.5 Asas Linux

• Arahan dalam Linux ditaip dalam tetingkap Terminal.


• Jika berminat mempelajarinya sila muat turun e-buku Asas Linux secara percuma dari
laman berikut.
https://sites.google.com/view/mfauzy/percuma/asas-linux

39
6. VIRTUALBOX
6.1 Pakej Perisian Khas
• Guest Additions dihasilkan khas untuk dipasang dalam komputer maya selepas
pemasangan sistem operasi.
• Ia meningkatkan prestasi dan membolehkan penggunaan ciri-ciri tertentu.
• Log masuk guna akaun root.

• Dalam tetingkap komputer maya, klik menu Devices, Insert Guest Additions CD image.

• Klik Run apabila kotak dialog seperti di atas dipaparkan.


• Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

40
• Tekan [Enter] apabila proses berakhir dengan mesej Press Return to close this window.

6.2 Fungsi Asas

6.2.1 Mula/Tutup

• Jika status komputer maya adalah Powered Off, klik Start untuk menghidupkannya.
• Tetingkap baru dengan nama komputer tersebut (komputer01) akan muncul.

• Jika status adalah Running tetapi tetingkap tidak kelihatan, klik Show untuk paparkannya
kembali.

41
• Jika hendak tutup (shutdown), pilih menu Machine, ACPI Shutdown.
• Salah satu cara lagi ialah dengan klik butang [x] di penjuru atas kanan.

• Apabila tetingkap di atas dipaparkan, pilih Send the shutdown signal kemudian klik [OK].
• Pilih Power off the machine jika pilihan di atas tidak berjaya mematikan komputer.

6.2.2 Import/Eksport
• Komputer maya boleh dieksport sebagai perkakas maya (virtual appliance) untuk dijadikan
sandaran (backup) atau untuk dipindahkan ke komputer fizikal lain.
• Pastikan statusnya Powered Off sebelum proses eksport boleh dilakukan.

• Pilih menu Machine, Export to OCI.

42
• Fail perkakas maya ini diberi nama komputer01.ova.

• Ubah nama atau lokasi fail jika perlu kemudian klik [Next].

• Klik [Export].

• Tunggu sehingga proses selesai.

43
• Saiz fail yang terhasil adalah lebih kurang 3GB.

• Klik menu File, Import Appliance untuk import kembali fail ini.

• Pilih fail komputer01.ova kemudian klik [Next].


Nota:
Jika tiga butang di bawah tidak kelihatan kerana tetingkap terlampau besar, klik tetikus
berhampiran tajuk tetingkap (jangan lepaskan) kemudian seret ke atas.

44
• Nama komputer maya komputer01 1 boleh diubah.
• Untuk tujuan pembelajaran, nama tersebut dikekalkan.
• Begitu juga dengan Machine Base Folder yang lokasinya boleh diubah ke tempat lain.
• Klik [Import].

• Tunggu sehingga proses selesai.

45
• Hasilnya terdapat dua komputer maya dengan nama yang berlainan tetapi spesifikasi,
sistem operasi dan konfigurasinya sama.

6.2.3 Padam
• Komputer maya perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum boleh dipadam.

• Selepas status bertukar kepada Powered Off, pilih menu Machine, Remove.

• Pastikan nama komputer yang hendak dipadam adalah betul kemudian klik [Delete all
files].

46
6.2.4 Pindah
• Komputer maya perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum fail-fail yang berkaitan boleh
dipindahkan ke lokasi baru.

• Selepas status bertukar kepada Powered Off, pilih menu Machine, Move.

• Pilih direktori di lokasi baru kemudian klik [Select Folder].

6.2.5 Klon
• Komputer maya perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum ia boleh diklonkan.

• Selepas status bertukar kepada Powered Off, pilih menu Machine, Clone.

47
• Tukar nama dan direktori jika perlu.
• Klik [Next].

• Pilih Full clone kemudian klik [Clone].

48
• Tunggu sehingga proses klon selesai.

• Klon kepada komputer01 berjaya dihasilkan seperti yang dipaparkan di atas.


• Ia boleh dijadikan sebagai sandaran (backup) atau digunakan untuk tujuan lain tanpa
mengganggu konfigurasi komputer asal.

6.3 Tetapan Pilihan


• Bahagian ini akan menyentuh tentang dua tetapan pilihan penulis yang hanya berfungsi
jika perisian Guest Additions telah dipasang.
• Komputer maya perlu dimatikan sebelum tetapan boleh diubah.
• Pilih menu Machine > Close > ACPI Shutdown dalam tetingkap VirtualBox.
• Dalam tetingkap VirtualBox - Question, klik [ACPI Shutdown].

• Klik butang Settings selepas status komputer maya bertukar kepada Powered Off.

49
6.3.1 Paparan

• Dalam tetapan Display tambah memori video kepada 128 MB kemudian pilih Enable 3D
Acceleration.

6.3.2 Direktori Dikongsi

• Pilih Shared Folders kemudian klik butang Adds new shared folder.

50
• Lengkapkan tetingkap Add Share berpandukan contoh di atas.
• Ia membolehkan C:\Users\mfauzy\Desktop dalam komputer fizikal (Windows) dicapai
melalui /desktop dalam komputer maya (Linux)

• Klik [OK].

• Periksa maklumat yang telah diisi.


• Klik [OK] untuk simpan perubahan yang telah dilakukan.
• Mulakan komputer maya untuk guna tetapan baru.

51
6.4 Pengurus Fail
• Ia adalah ciri tambahan yang juga terdapat dalam pakej perisian Guest Additions.
• Fail-fail boleh disalin dan dipindah dengan mudah di antara komputer fizikal dan maya.

• Klik menu Machine, File Manager.

• Ruang sebelah kiri File Manager mengandungi senarai direktori dan fail komputer fizikal.

• Ruang sebelah kanan akan mengandungi senarai direktori dan fail komputer maya sebaik
saja sesi dicipta.
• Isi nama pengguna Linux misalnya guest diikuti dengan kata laluan kemudian klik Create
Session.

52
• Jika sesi dengan komputer maya berjaya dicipta, ruang di sebelah kanan akan
memaparkan direktori dalam sistem operasi Linux (CentOS).
• Direktori paling atas bermula dengan /.

• Penulis telah masuk ke dalam subdirektori tmp kemudian cipta direktori baru bernama
komputermaya.
• Klik kanan (right click) dalam ruang tersebut untuk dapatkan senarai menu seperti Create
New Directory dan sebagainya.
• Dua fail dalam pemacu D iaitu hosts.txt dan log.log telah disalin dari komputer fizikal
ke komputer maya.
• Caranya ialah dengan memilih fail di sebelah kiri kemudian klik anak panah kanan biru
yang terletak di antara dua ruang tersebut.
• Proses yang sama boleh dilakukan dari komputer maya ke komputer fizikal menggunakan
anak panah kiri.
• Klik [Close Session] untuk menamatkan sesi dengan komputer maya.

53
7. MASALAH DAN PENYELESAIAN
7.1 Tiada Tindak Balas

• Skrin di atas adalah salah satu contoh di mana komputer maya tidak memberi apa-apa
tindak balas selepas dimulakan.
• Klik butang [x] di penjuru atas kanan.

• Apabila tetingkap di atas dipaparkan, pilih Power off the machine kemudian klik [OK].
• Dalam tetingkap VirtualBox, klik [Start] untuk mulakan kembali komputer maya.
• Jika masalah sama masih berlaku, ulang langkah di atas tetapi tambah CPU dan memori
dalam tetapan System sebelum memulakannya.

54
7.2 Forum

• VirtualBox menyediakan forum untuk para pengguna belajar, berbincang, menyelesaikan


masalah dan sebagainya.
• Ia boleh dicapai melalui laman sesawang di bawah.

https://forums.virtualbox.org/

55
8. LESEN DAN HAKCIPTA

• Imej atau ilustrasi dalam buku ini dihasilkan dengan perisian percuma, sumber terbuka atau
diambil dari laman sesawang percuma.
• Nama-nama komersial yang disebut atau dinyatakan di dalam buku ini pada umumnya
tanda dagang atau tanda dagang berdaftar kepunyaan pemilik masing-masing.

HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan
dengan apa cara sekali pun sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman, video atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Penulis.

PENAFIAN

Kandungan buku ini disediakan untuk tujuan pembelajaran secara


percuma tanpa sebarang jaminan, sama ada tersirat atau
dinyatakan oleh Penulis. Sebarang kerugian atau kerosakan yang
timbul akibat daripada penggunaan buku ini adalah di atas risiko
pembaca/pengguna sendiri.

Di dalam apa jua keadaan, Penulis tidak boleh


dipertanggungjawabkan oleh pembaca/pengguna sama ada secara
langsung atau tidak. Buku ini juga mungkin berubah dari semasa
ke semasa untuk pembetulan atau penambahbaikan.

PENULIS

mfauzy

mfauzy.ebook@gmail.com
facebook.com/ebuku.mfauzy
sites.google.com/view/mfauzy/
youtube.com/@mfauzy

56

Anda mungkin juga menyukai