Anda di halaman 1dari 20

SULIT 2

Perhatian penting:
Sila muat turun tulisan (font) “muli” sekiranya mahu
menggunakan dokumen Word Doc yang lebih mesra
tulisan untuk murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Tulisan
(font)”muli” ini boleh dimuat turun di pautan berikut:
https://www.fontsquirrel.com/fonts/muli

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 3

UJIAN PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2022


(TAHUN 3)

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN (Set 1)


1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 16 halaman bercetak

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 4

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pak Ali mengambil air dari sebuah _________ di pinggir hutan kerana bekalan air paip ke
rumahnya telah dicatu.

A paya
B kolam
C kolah
D telaga

2 ________________ begitu marah apabila menyedari dirinya telah diperbodohkan oleh Sang
Kancil.

A Si Jalak
B Pak Belang
C Sang Bedal
D Sang Rimba

3 “___________ gembira kerana rakyat hidup aman dan damai,” titah Sultan Halim di
Majlis Keputeraan baginda.
A Saya
B Beta
C Hamba
D Baginda

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 5

4 “_____________mahu kemana?” tanya Cikgu Norman kepada Adib dan Danial.

A Awak
B Kamu
C Kalian
D Mereka

5 Mak Cik Senah merebus beberapa ___________ jagung di dalam periuk untuk dihidangkan
sebagai minum petang keluarganya.

A biji
B buah
C batang
D tongkol

6 Lima buah sekolah akan _______________ dalam Kejohanan Bola Tampar Peringkat
Daerah Malim Jaya pada hari esok.

A tandingan
B ditandingi
C bertanding
D menandingi

7 Para peminat bersorak apabila melihat bola itu __________ kuat oleh Azmi ke pintu gol
pihak lawan.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 6

A diterjah
B dibaling
C dilempar
D ditendang

8 Nenek Tijah berjalan ___________ kerana sudah tua.

A lurus
B bengkok
C bongkok
D condong

9 Ikan yang baru dibeli oleh ibu itu sudah mula berbau __________.

A busuk
B wangi
C hanyir
D hapak

10 Damia menyiapkan kerja sekolahnya _________ mendengar lagu yang diminatinya.


A dan
B lalu
C sambil
D kerana

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 7

11 Setelah berjam-jam mendaki, para pendaki Ekspedisi Kembara 2022 itu pun sampai ke
________ Gunung Kinabalu.
A atas
B hujung
C puncak
D bawah

12 “__________ keadaan mangsa kemalangan itu?” tanya Ziqri kepada ayahnya.


A Apakah
B Siapakah
C Mengapakah
D Bagaimanakah

13 “____________ semua pelari bersedia di garisan permulaan,” kata pengadil.

A Usah
B Minta
C Harap
D Tolong

14 _____________ orang pelajar membantu Cikgu Hassan dan Cikgu Hafiz membersihkan
longkang semasa Hari Gotong Royong Perdana di sekolah.

A Setiap
B Semua
C Setengah
D Beberapa

15 Lelaki misteri itu terus _____________ apabila melihat kelibat kereta polis
menghampirinya.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 8

A diedar
B beredar
C mengedar
D pengedar

16 Para peniaga di Agro Bazar meletakkan_________ pada barangan yang dijual untuk
memudahkan para pembeli membuat pembelian.

A tanda hati
B tanda mata
C tanda harga
D tanda tawar

17 Lelaki tua itu _________________ membaca doa sebelum bersilat di gelanggang.

A kata-kata
B cara-cara
C ulang-alik
D kumat-kamit

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 9

Soalan 18 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kamera litar tertutup ialah peralatan canggih yang sering digunakan di rumah dan pejabat.
Kamera litar ini berfungsi untuk merakamkan pergerakan aktiviti yang berlaku di sekitar
kawasan pemasangan kamera tersebut.

Peningkatan pemasangan kamera litar di rumah kebanyakkannya bertujuan untuk


menjaga keselamatan rumah. Dengan peningkatan kes pecah rumah, ragut dan samun yang
kerap berlaku di kawasan perumahan menjadikan pemasangan kamera litar suatu kemestian
terutamanya di rumah yang baru diduduki. Kes jenayah seumpama ini sememangnya
meresahkan para penduduk. Kini, terdapat juga sesetengah pemaju kawasan perumahan baru
yang turut memasang sistem kamera litar untuk menarik minat para pembeli rumah yang
mementingkan ciri-ciri keselamatan.

Teknologi canggih membolehkan kamera litar kini boleh disambungkan terus ke


komputer riba di rumah dan juga ke telefon bimbit. Ini menjadikan pemantauan keselamatan
menerusi kamera litar menjadi semakin mudah dan boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana-
mana sahaja.

18 Tujuan kamera litar dipasang di rumah ialah untuk _________________.

A menjaga keselamatan rumah


B memastikan keselamatan pejabat
C mengikut arus peredaran teknologi zaman
D menarik minat para pembeli rumah yang mementingkan ciri-ciri keselamatan.

19 Berikut ialah sebab-sebab mengapa kamera litar dipasang di rumah kecuali


________________________.

A berlaku kes ragut


B berlaku kes samun
C berlaku kes pecah rumah
D berlaku pergaduhan keluarga di dalam rumah

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 10

20 Apakah kelebihan apabila kamera litar boleh disambungkan terus ke komputer riba di
rumah dan juga ke telefon bimbit?

A Kes jenayah semakin berkurangan.


B Kawasan perumahan menjadi aman.
C Pemantauan keselamatan menerusi kamera litar menjadi semakin mudah.
D Pemaju kawasan perumahan tidak lagi perlu memasang sistem kamera litar.

BAHAGIAN A TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 11

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21

(a Pilih kata ganda yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat yang
) disediakan di bawah ini.

jejari sesiku kusut-masai cara-cara

bengkang-bengkok
ulang-alik licin-licau jari-jemari

(1) Rambut abang ________ kerana dia tidak menyikat rambut selepas
mandi.
(2) Haziq menghantar basikalnya ke kedai basikal kerana _________basikalnya
patah.
(3) Kakak memiliki ______________ yang runcing.

(4) Jalan menuju ke Bukit Fraser _____________________.

[4 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 12

(b Tulis BETUL atau SALAH pada ruang yang disediakan bagi penggunaan perkataan
) bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

(1) Semua majalah lama itu perlu dimasukkan di dalam kotak.

(2) Ibu dan sahabat baiknya, Puan Mariam sudah kenal sejak 11
tahun yang lalu.

(3) Nenek menegur Azira yang gemar menyanyi lalu memasak di


dapur.

[3 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 13

Soalan 22

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai berpandukan gambar.

(1)

sebuah

sebilah

sebentuk

[1 markah]

(2)

sekeping

sepotong

sebuah

[1 markah]

(3)

sekeping

segelung

seuntai

[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 14

(b) Berikan respons yang sesuai berdasarkan dialog di bawah.

(1) Ibu : Tolong kemas meja dan cuci pinggan kamu selepas habis makan, Arief.

Baiklah,
Arief : _________________________________________________________

_______________________________________________________________
__
[2 markah]

(2) Kakak : Buka tingkap bilik setiap pagi supaya pengudaraan bilik menjadi lebih baik.

Baiklah,
Dahlia : _________________________________________________________

_____________________________________________________________
____
[2 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 15

Soalan 23

(a Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong.
)

ringan antik merdu lembut

deras lama empuk cetek

(1) Suara biduanita Siti Nurhaliza sangat _________________.

(2) Air sungai mengalir ____________ selepas hujan turun dengan lebat.

(3) Ubi kayu yang direbus ibu sudah ____________ dan boleh dimakan.

(4) Pak Cik Hassan suka mengumpul barang-barang ____________ sebagai

koleksi kesayangannya.

(5) Musim kemarau yang berpanjangan menjadikan air sungai menjadi

______________.

(6) Kekabu yang ________ itu berterbangan dibawa angin.

[6 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 16

Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti.

Gasing ialah antara permainan tradisional yang popular di Malaysia dan mempunyai pelbagai
nama. Sebagai contoh, di Kelantan ia dikenali sebagai Gasing Timah dan Gasing Leper, di
Selangor ia dikenali sebagai Gasing Paku sementara di Melaka pula dikenali sebagai Gasing
Riau.

Terdapat tiga asas bentuk gasing iaitu gasing telur, gasing jantung dan gasing
berembang. Struktur gasing dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu kepala, badan dan
buritan. Terdapat sedikit lekukan di bahagian bawah kepala gasing dan bahagian ini dipanggil
leher gasing untuk melilit tali gasing. Selain Malaysia, gasing turut terdapat di negara lain di
Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah.

Gasing tradisional diperbuat daripada kayu dan dimainkan menggunakan tali yang dipintal
sendiri menggunakan sabut, manakala gasing moden diperbuat daripada plastik atau bahan
sintesis yang dimainkan menggunakan tali nilon atau benang kasar.

Tulis BETUL atau SALAH bagi setiap pernyataan di bawah.

(a) Gasing Timah dan Gasing Leper dimainkan di Negeri Selangor.

[1 markah]

(b) Gasing berembang berasal dari Melaka.

[1 markah]

(c) Negara lain seperti Amerika Latin dan Eropah turut mempunyai

permainan gasing tersendiri.


[1 markah]

(d) Lekukan di bahagian bawah kepala gasing digunakan untuk

menjadikan gasing lebih laju.


[1 markah]

(e) Gasing moden diperbuat daripada plastik atau bahan sintesis.

[1 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 17

Soalan 25

Baca poster di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

(a) Pertandingan melukis poster ini dianjurkan oleh ____________________________

________________________________________________________________________

[1 markah]

(b) Hakimi berminat untuk menyertai pertandingan ini. Bagaimanakah caranya untuk Hakimi
mendaftar?

Hakimi boleh membuat pendaftaran di laman sesawang ___________________

________________________________________________________________________
[2 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 18

(c) Bilakah tarikh tutup penyertaan pertandingan ini?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
[2 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 19

JAWAPAN
BAHAGIAN A (20 markah)

Nombor Jawapan Topik soalan Markah


Soalan
1 D Kata nama am 1
2 C Kata nama khas 1
3 B Kata ganti nama diri 1
4 C Kata ganti nama diri 1
5 D Penjodoh bilangan 1
6 C Kata kerja berimbuhan 1
7 D Kata kerja berimbuhan 1
8 C Kata adjektif 1
9 C Kata adjektif 1
10 C Kata hubung 1
11 C Kata arah 1
12 D Kata tanya 1
13 B Kata perintah 1
14 D Kata bilangan 1
15 B Kata kerja berimbuhan 1
16 C Kata Majmuk 1
17 D Kata ganda 1
18 A Pemahaman 1
19 D Pemahaman 1
20 C Pemahaman 1

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022
SULIT 20

BAHAGIAN B (30 markah)


Nombor Jawapan Markah
Soalan
21. (a)
(1) kusut-masai 1
(2) jejari 1
(3) jari-jemari 1
(4) bengkang-bengkok 1

(b) (1) SALAH di dalam X 1


ke dalam √

(2) BETUL - 1

(3) SALAH lalu X 1


sambil √

22. (a) (1) sebilah 1


(2) sepotong 1
(3) seuntai 1

(b) (1) Baiklah, Ibu. Saya akan kemaskan meja dan cuci pinggan selepas 2
habis makan.

(2) Baiklah, Kakak. Saya akan buka tingkap bilik ini setiap pagi. 2

23. (1) merdu 1


(2) deras 1
(3) empuk 1
(4) antik 1
(5) cetek 1
(6) ringan 1

24. (a) SALAH 1


(b) SALAH 1
(c) BETUL 1
(d) SALAH 1
(e) BETUL 1

25. (a) Pertandingan melukis poster ini dianjurkan oleh Perpustakaan Tunku 1
Bainun.

(b) Hakimi boleh membuat pendaftaran di laman sesawang 2


www.pertandinganposterptb.com.my.

(c) Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini ialah pada 21 September 2022. 2

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Akhir Tahun 2022

Anda mungkin juga menyukai