Anda di halaman 1dari 1

Pantun di bawah merupakan pantun nasihat.

Terdapat banyak
nasihat dalam pantun ini.

Antaranya, kita mestilah tidak berlengah atau melambatkan


sesuatu kerja kerana masa itu berharga dan tidak boleh diundur.
Seterusnya, kita haruslah membuat kerja mengikut masa dan tidak
bertangguh supaya kerja kita menjadi dan dapat disiapkan dengan
sempurna. Selain itu, kita hendaklah tidak mudah berputus asa dan
harus sentiasa mencuba sekiranya gagal. Di samping itu, kita sewajarnya
rajin dan kuat berusaha agar segala yang kita inginkan tercapai. Akhir
sekali, kita sepatutnya sentiasa mengingati pesanan orang tua agar
sentiasa melakukan kebajikan.

Kesimpulannya, semua nasihat yang diberikan adalah sangat


berguna dan haruslah kita amalkan supaya hidup kita lebih sejahtera,
harmoni dan bermakna.

Anda mungkin juga menyukai