Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

PROGRAM HARI PENGENALAN PERSIAP SESI 2014/2015


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH
9/10 SEPTEMBER 2014

TEMPAT
AUDITORIUM 1,
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA PERUBATAN (PERSIAP)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA
‘SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA’
Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

KERTAS KERJA
PROGRAM HARI PENGENALAN PERSIAP SESI 2014/2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Pusat Perkembangan Pelajar dan Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PERSIAP) untuk mengadakan program Hari
Pengenalan Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PERSIAP) sesi 2014/2015

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pelajar Perubatan
Tahun 1 kepada organisasi dan fungsi Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PERSIAP).

2.0 PENGENALAN

Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UKM (PERSIAP) adalah sebuah persatuan yang


menjaga kebajikan dan juga akademik para ahlinya terutama pelajar-pelajar Fakulti
Perubatan. PERSIAP juga kerap mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu para
pelajar perubatan bagi meningkatkan kemahiran dan memperaktikkan teori yang di
pelajari. PERSIAP turut peka terhadap perkembangan ‘soft skills’ ahli-ahlinya terutama
dalam aspek komunikasi dan kepimpinan dalam melahirkan doktor yang profesional pada
masa hadapan. Justeru itu langkah murni untuk mengadakan program ini adalah bertujuan
untuk memperkenalkan dengan lebih mendalam lagi kepada para pelajar tahun 1 fakulti
perubatan sesi 2014/2015 apakah itu Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UKM (PERSIAP)
dan memperkenal barisan ahli organisasi PERSIAP. Oleh itu, para pelajar perubatan
tahun 1 akan didedahkan mengenai kepentingan dan kelebihan menyertai program-
program anjuran PERSIAP.

3.0 TEMA

Sedetik Bersama, Seabad Terasa.

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 1


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

4.0 MATLAMAT

4.1 Sebagai salah satu daripada batu loncatan bagi mencapai hasrat, tujuan, dan
matlamat universiti dalam melahirkan mahasiswa/i yang dapat mencapai misi dan
visi UKM.

4.2 Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar dalam merangka sesuatu
organisasi dan program kemasyarakatan.

4.3 Memberi pendedahan kepada Pelajar Perubatan Tahun 1 mengenai persatuan


yang boleh membantu mereka dari segi akademik dan kebajikan.

5.0 OBJEKTIF

Program ini di jalankan untuk:

5.1 Mendedahkan latar belakang dan sejarah penubuhan Persatuan Mahasiswa/i Fakulti
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERSIAP).

5.2 Memperkenalkan ahli-ahli organisasi Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan


Universiti Kebangsaan Malaysia (PERSIAP) sesi 2014/2015.

5.3 Memperkenalkan skop tugas bagi setiap exco-exco dalam organisasi Persatuan
Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERSIAP) sesi
2014/2015.

5.4 Menghebahkan program-program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa/i


Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERSIAP) sesi 2014/2015.

5.5 Membina kerjasama antara pelajar-pelajar perubatan UKM tanpa mengira agama,
bangsa mahupun kaum.

5.6 Memenuhi piawaian Kompetensi Generik.

6.0 KUMPULAN SASARAN

6.1 Pelajar tahun 1 fakulti perubatan UKM sesi 2014/2015

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 2


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

7.0 ANJURAN

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan (PERSIAP)


Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 CADANGAN PERASMI

Perasmi : Prof Madya Dr. Mohd Shahrir Mohamed Said


Ketua Jabatan Rheumatologi Pusat Perubatan UKM
Penasihat II PERSIAP UKM

9.0 TARIKH DAN MASA

9/10 September 2014

10.0 TEMPAT

Auditorium 1, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

11.0 PUBLISITI

Publisiti serta hebahan mengenai program ini akan dijalankan melalui poster, risalah,
pameran dan kad jemputan.

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 PENGISISAN PROGRAM


___________________________________________________________________________

Rujuk Lampiran C

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 3


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

16.0 AKTIVITI KESELURUHAN PROGRAM


___________________________________________________________________________

Rujuk Lampiran D

17.0 BELANJAWAN PROGRAM


_____________________________________________________________________________

Rujuk Lampiran E

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 4


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

18.0 ALAMAT SURAT MENYURAT

Sebarang urusan surat menyurat boleh dikirimkan kepada alamat berikut :

Muhammad Azfar Shairazi Bin Mohd. Ariffin,


Ketua Pengarah,
Program Hari Pengenalan PERSIAP,
Persatuan Mahasiswa/I Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.

No. Faks : 03 - 26943839


No. Tel : 019-5688107 ( Muhammad Azfar Shairazi Bin Mohd. Ariffin )
Ketua Pengarah,
Program Hari Pengenalan PERSIAP
012-5441975 ( Nik Ahmad Hafiz Bin Nik Ahmad Eid )
Timbalan Ketua Pengarah,
Program Hari Pengenalan PERSIAP

19.0 PENUTUP
___________________________________________________________________________

Secara keseluruhannya, diharapkan kertas kerja program Hari Pengenalan PERSIAP ini
akan diluluskan kerana program ini mengadakan program yang bermanfaat kepada
pelajar fakulti perubatan UKM. Di samping itu, kami berharap program ini juga
mendapat bantuan kewangan dari pentadbiran bagi memudahkan tugasan organisasi.

Kami berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat
dan objektif yang disenaraikan, dan juga sebagai wadah untuk kita mengeratkan
hubungan integrasi antara kaum. Akhir sekali, diharapkan program ini mendapat
komitmen dan kerjasama daripada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam usaha menjayakan program ini.

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 5


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

Disediakan oleh,

SITI NUR A’IN BINTI MOHAMAD AYOB,


Setiausaha,
Program Hari Interaksi Pelajar Perubatan,
Persatuan Mahasiswa/I Fakulti Perubatan (PERSIAP),
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh,

MUHAMMAD AZFAR SHAIRAZI BIN MOHD. ARIFFIN,


Ketua Pengarah,
Program Hari Interaksi Pelajar Perubatan,
Persatuan Mahasiswa/I Fakulti Perubatan (PERSIAP),
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh,

MUHAMMAD AFIQ AMANI BIN CHE ZULKEPLI,


Exco KCKL,
Persatuan Mahasiswa/I Fakulti Perubatan (PERSIAP),
Universiti Kebangsaan Malaysia.

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 6


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

Disokong oleh,

DR.KHAIZURIN BINTI TAJUL ARIFIN


Penasihat,
Program Hari Pengenalan PERSIAP 2014/2015,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh,

PROFESSOR DR NABISHAH MOHAMAD


Timbalan Dekan (Pra-Siswazah dan Alumni),
Pusat Perubatan UKM,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 7


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI
Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015

Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni),
Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat I
Prof Dr. Nabishah Mohamad
Timbalan Dekan (Pengajian Pra-Siswazah dan Alumni),
Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat II
Dr. Khaizurin Binti Tajul Arifin
Penasihat Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
Universiti Kebangsaan Malaysia

Exco Penasihat
Muhammad Afiq Amani Bin Che Zulkepli
A143576
Exco Kampus Kuala Lumpur
Persatuan Mahasiswa/I Fakulti Perubatan (PERSIAP)

Ketua Pengarah
Muhammad Azfar Shairazi Bin Mohd. Ariffin
A143601

Timbalan Ketua Pengarah


Nik Ahmad Hafiz Bin Nik Ahmad Eid
A146993

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 8


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

Setiausaha I
Siti Nur A’in Binti Mohamad Ayob
A143662

Setiausaha II
Nur Anis Nadirah Binti Zulkifli
A143678

Bendahari
Farah Madiehah Binti Abdul Hadi
A143679

Sekretariat-sekretariat

Program
Exco I : Abdul Rauf Bin Yusof (A143609)
Exco II : Aqila Binti Ramli (A143559)
Exco III : Amir Hazman Bin Kamarudin (A143694)
Exco IV : Durratul Ain Binti Shohaimi (A143590)
Exco V : Zakiah Binti Hamdan (A143632)

Protokol
Exco I : Daaniyal Reesha Bin Rosman (A143603)
Exco II : Siti Raihanah Binti Razali (A143579)
Exco III : Nur Fazlin Binti Ab. Manan (A143667)
Exco IV : Siti Nor Suhailah Bt. Suzolkeply (A143657)

Teknikal
Exco I : Mohd Iskandar Bin Mohd Zulfazli (A146790)
Exco II : Mohamad Salehuddin Bin Md Saad (A146998)
Exco III : Thenmolle A/P Arumugam (A143653)
Exco IV : Shalini A/P Jayaveeran (A143687)
Exco V : Elamathe A/P Manogar (A143692)

Tugas-tugas Khas
SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 9
Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

Exco I : Nazrul Iqbal Bin Abdul Mulop (A143595)


Exco II : Nurul Hidayah Binti Jefri (A143703)
Exco III : Muhamad Syahmi Bin Ainuddin (A143611)
Exco IV : Kaviyarasi A/P Subramaniam (A143644)
Exco V : Thillai Thurkga A/P Sivanandan (A143658)

Cenderamata
Exco I : Isyraf Rusyaidi Bin Razali (A143607)
Exco II : Fatin Alia Binti R Junaidi (A143570)
Exco III : Nur Diyanah Binti Talib (A143604)
Exco IV : Kothainachi A/P Paras Raman (A143639)

Jamuan
Exco I : Nurul Wahida Binti Khalid (A143641)
Exco II : Fatin Adiela Binti Mohd. Rusli (A143569)
Exco III : Sarah Nabila Bt. Hamdan (A143685)
Exco IV : Nurul Najwa Binti Mohamad (A143702)

Publisiti & Multimedia


Exco I : Wong Soon Kuen (A143620)
Exco II : Muhammad Ridzuan Bin Roslan (A143598)
Exco III : Gan Khai Sen (A143642)
Exco IV : Esther Hii (A143624)

Logistik
Exco I : Mira Adriana Binti Yahya (A146691)
Exco II : Nadratul Nadwa Binti Rusdi (A143680)
Exco III : Muhamad Afiq Bin Zulkifly (A143612)
Exco IV : Tengku Mardhiah Binti Tengku Nazmi (A143585)
Exco V : Siti Nur Wardah binti Ishak (A143628)

Dana
Exco I : Nursyazwani Ainaa binti Rahamzan (A143567)
Exco II : Lee Siew Ling (A143635)
Exco III : Chew June Li (A143649)
Exco IV : Gan Poh Vien (A143617)

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 10


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM
Hari Pengenalan PERSIAP Sesi 2014/2015
MASA AKTIVITI

7.30 am - 8.00 am - Pendaftaran Pelajar Tahun 1

8.00 am – 10.00 am - Perbincangan Bersama YDP PERSIAP dan YDP AMSA

10.00 am – 10.30 am - Minum Pagi

10.30 am – 11.30 am - Sesi Perbincangan bersama Professor Mohd Sharir Mohamed Said

11.30 am – 1.00 pm - Lawatan di sekitar HUKM dan KTDI

1.00 pm – 2.00 pm - Makan tengahari dan solat zohor

2.00 pm – 3.30 pm - Lawatan di sekitar HUKM dan KTDI

3.30 pm - Bersurai

LAMPIRAN C

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 11


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

PENGISIAN PROGRAM
Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015

Aktiviti 1 : Perbincangan Bersama YDP PERSIAP dan YDP AMSA

Objektif :
Perbincangan ini bertujuan untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang Persatuan
Mahasiswa/i Perubatan UKM kepada pelajar-pelajar perubatan Tahun 1.

Masa : 2 jam

Perincian Program :
a) Isi Perbincangan:
Perbincangan ini adalah untuk memperkenalkan PERSIAP kepada pelajar Tahun 1 Fakulti
Perubatan dengan memberi penerangan secara menyeluruh tentang persatuan ini kepada
setiap pelajar perubatan. Di samping itu, perbincangan ini juga bertujuan untuk menjelaskan
setiap tugas ahli jawatankuasa persatuan serta kelebihan dan kepentingan persatuan kepada
setiap pelajar perubatan. Selain itu, perbincangan ini juga akan memperkenalkan persatuan
Asean Medical Student Association (AMSA) kepada pelajar-pelajar tahun 1 serta
kepentingan menyertai persatuan tersebut. Para pelajar tahun 1 juga berpeluang untuk bersoal
jawab bersama YDP PERSIAP dan YDP AMSA jika terdapat perkara yang masih kabur
mengenai kedua-dua persatuan tesebut.

b) Individu yang terlibat:


Yang di-Pertua PERSIAP dan Yang di-Pertua AMSA

Kesimpulan:
Pelajar-pelajar dapat mengetahui kepentingan dan hak-hak mereka dalam persatuan PERSIAP
atau AMSA.

Aktiviti 2: Perbincangan Bersama Prof. Sharil

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 12


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

Objektif :
Perbincangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar Tahun 1
Fakulti Perubatan tentang kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan UKM.

Masa : 2 jam

Perincian Program :
a) Isi Perbincangan :
Perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran dan pendedahan kepada setiap pelajar
perubatan tahun 1 tentang perjalanan hidup sebagai pelajar perubatan di UKM. Di samping
itu, perbincangan ini juga dapat menerangkan struktur pembelajaran dalam fakulti perubatan
kepada para pelajar. Melalui perbincangan ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi gambaran
awal serta motivasi kepada pelajar-pelajar tersebut.

b) Individu yang terlibat:


Professor Mohd Sharir Mohamed Said, Penasihat PERSIAP UKM.

Kesimpulan :
Pelajar-pelajar akan mendapat pendedahan secara holistik tentang kehidupan sebagai pelajar
perubatan dan sistem pembelajaran yang dijalankan dalam fakulti ini.

Aktiviti 3 : Lawatan Di Sekitar HUKM dan KTDI

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 13


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

Objektif :
Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tahun 1 untuk mengenal tempat-tempat yang bakal
dihadiri oleh mereka sepanjang sesi pembelajaran.

Masa : 1 jam 30 minit

Perincian Program:
a) Tempat yang bakal dilawati:
- Dewan Kuliah
- Bilik Sesi Kumpulan Kecil (BSKK)
- Makmal Pelbagai Guna
- Pejabat Akademik Fakulti Perubatan
- Muzium Perubatan
- Perpustakaan
- Masjid / Surau
- Kafeteria
- UMBI

b) Orang yang terlibat:


Semua exco program dan pelajar tahun 1 Fakulti Perubatan.
Kesimpulan :
Para pelajar dapat mengetahui tempat-tempat yang perlu mereka hadiri sepanjang sesi
pembelajaran berlangsung.

LAMPIRAN D

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 14


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

AKTIVITI KESELURUHAN PROGRAM


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015

BI GERAK KERJA TINDAKAN


L
1. Mesyuarat antara majlis tertinggi MT
2. Merancang program-program yang akan dijalankan MT & exco program
3. Mendapatkan kelulusan daripada timbalan dekan Pengarah
4. Mendapatkan kelulusan daripada PPP Pengarah
5. Pembahagian tugas MT & exco
6. Mesyuarat besama organisasi program MT & exco
7. Mencari penajaan dan sumbangan Exco dana
8. Merancang tentatif program Exco program
9. Menjemput penceramah dan VIP Exco protokol
10. Membuat montaj, risalah dan poster Exco publisiti & multimedia
11. Menyediakan cenderamata dan hadiah Exco cenderamata
12. Menempah makanan Exco jamuan
13. Menyediakan peralatan Exco teknikal
14. Menempah dewan dan bas Exco logistik
15. Membuat persediaan dewan Exco TTK
16. Mesyuarat penyelarasan MT & Exco
17. Perlaksanaan program MT & exco
18. Post mortem MT & exco

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 15


Hari Pengenalan PERSIAP sesi 2014/2015
September 2014

LAMPIRAN E

BELANJAWAN
Hari Pengenalan PERSIAP Sesi 2014/2015

A) Perbelanjaan

BIL. PERKARA RM
1. Jamuan
1.1 Sarapan Pagi (RM 2.50 X 200) 500.00
1.2 Makan tengahari (RM 10.00 X 200) 2000.00
1.3 Makan Petang (RM 2.00 X 200) 400.00
2. Cenderamata
2.1 Cenderamata untuk VIP (RM 5.00 X 4) 20.00
2.2 ‘button badge’/ keychain /goodies bag (RM 3.00 X 160) 480.00
2.3 Pen dan fail (RM2.00 X 200) 400.00
2. Lain-lain
2.1 Alatan 1000.00
Perbelanjaan Keseluruhan 4800.00

SEDETIK BERSAMA, SEABAD TERASA. 16

Anda mungkin juga menyukai