Anda di halaman 1dari 1

DOA JARINGAN PENANDA ARAS

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam , Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ke atas ahli keluarga baginda
dan para sahabat. Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana
telah mengizinkan kami untuk berada di sini bersempena Program Jaringan
Pendidikan Lawatan Penanda Aras SK Batu Berendam 2, di SK Bukit Lintang
pada hari ini. Kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan
limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan
daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran.

ALLAHUMMA YA RAHMAN YA RAHIM


Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan
dari Mu, semoga pertemuan kami ini juga dikurniakan limpahan ilmu yang
bermanfaat. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami,
ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, dalam
usaha membuat keputusan yang benar-benar mantap.

YA ALLAH YA AZIZ YA SATTAR


Kami jua pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu, agar Engkau anugerahkan kami
kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat,
semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang
pendidik yang berdedikasi& bertanggungjawab.

YA ALLAH, YA MUDABBIRAL AMRI


Kami pohonkan agar pertemuan pada hari ini, mampu menjadi wadah
perjuangan kami dalam usaha mencapai objektif yang kami ingini selaras
dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan. Engkau
tanamkanlah kesedaran dan keinsafan dalam diri kami, juga generasi selepas
kami, agar bersama memikul tanggungjawab dalam usaha memartabat
pendidikan ke arah yang lebih maju dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai