FRANCIS Bersukacitalah dalam Pengharapan Rejoice in Hope
Dipetik dari Surat Rasul Paulus kepada jemaat di Roma.
Rom 12:12 • Harus sedar bahawa harapan bukanlah hasil usaha, rencana atau keterampilan manusia. • Harapan ini ada, lahir dari pertemuan dengan Kristus seperti pengalaman mengalami Yesus dalam hidup. • Harapan ialah kepastian yang berakar pada cinta dan iman. • Pengharapan adalah garam dalam kehidupan kita sehari-hari. • Kaum muda masa kini suda mulai hilang harapan. • Seolah-olah berada di penjara yang gelap, di mana cahaya matahari tidak dapat masuk. • Kadangkala kita berfikir tidak ada gunanya berbuat baik, jika tidak dihargai oleh sesiapa. • Namun, dalam saat itu, kita menjadi bahagian dari jawapan atas sesebuah masalah. • Kita dicipta oleh Tuhan menurut gambar dan rupaNya, kita boleh menjadi tanda kasih Yesus, yang memancarkan sukacita dan pengharapan dalam situasi yang seolah-olah tanpa harapan. • Dalam Triduum Paska, Sabtu Suci adalah hari pengharapan. • Kerana ia terletak di antara Jumaat Agung dan Minggu Paska, seperti tanah yang tidak bertuan, di antara keputusasaan murid Yesus dan sukacita mereka pada pagi Paska. • Tuhan Yesus seperti Cahaya yang bersinar, turun ke tempat yang paling gelap dan bersinar di atas mereka. • Seperti Bonda Maria yang tetap teguh di bawah salib Yesus, kita yakin bahawa “kesudahan yang baik” sudah dekat. • Yesus akan mengalahkan maut dan kejahatan tidak akan menjadi kata terakhir. • Harus tetap percaya kasih Tuhan itu indah dan boleh mengalahkan segala keputusasaan. Kristus sendiri adalah terang pengharapan kita yang agung dan penuntun kita di malam hari, karena Ia adalah 'bintang pagi yang terang' Pope Francis, Christus Vivit, 33 • Setelah ada api harapan dalam diri kita, kadangkala harapan itu dipadamkan oleh kerisauan, ketakutan dan tekanan hidup. • Tetap memelihara percikan harapan yang berkobar dalam diri dan mengongsikannya kepada orang lain, • Tetap berdoa kerana pengharapan dipupuk oleh doa. • Doa adalah kekuatan pertama dari harapan. • Ketika tidak ada lagi yang mendengarkan kita, Tuhan masih dan setia mendengarkan. • Pope Francis menggalakkan kita untuk memilih gaya hidup yang didasarkan dalam pengharapan. • Contoh : Kita lebih mudah untuk mengongsikan hal-hal negatif daripada mengongsikan kata pengharapan kepada orang lain. • Namun, Pope Francis menggalakkan kita untuk menabur benih-benih harapan dalam kehidupan rakan-rakan dan orang sekeliling kita. • Pengharapan itu rendah hati dan merupakan nilai baik yang dipraktikkan dari hari ke hari. • Harus ingat bahawa setiap kita memiliki buah- buah Roh yang bekerja di dalam kita melalui hal-hal kecil. • Cahaya membuat kita melihat sesuatu dengan cara yang baru pada waktu malam dan kegelapan. • Dari Yesus sebagai Cahaya pengharapan, kita boleh melihat segala sesuatu dalam terang yang baru. • Cabaran akan selalu ada dalam hidup, namun jika kita memiliki pengharapan yang “penuh iman”, kita boleh jadi terang kecil harapan kepada orang lain. • Oleh itu, janganlah takut mengongsikan dengan orang lain tentang pengharapan dan sukacita Kristus yang telah bangkit. • Pope Francis meminta agar kita peka kepada rakan sekeliling kerana mungkin ada yang kelihatan gembira di luar, namun dalamannya putus asa menghadapi hidup ini. • Tetaplah berdoa kerana pengharapan dipupuk oleh doa. • Christus Vivit bermakna Christ is Alive, Kristus Hidup. • Boleh didapatkan di Catholic Diocese Centre (CDC), SHC Book Shop, CAC Book Shop. • Mengandungi pesan-pesan Pope Francis kepada orang muda.