Anda di halaman 1dari 2

UNIT BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

SEMESTER 1 SVM / KOHORT 2021

KUIZ 2
PENYUNTINGAN - (10 markah)

Dalam petikan 1 terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 juga terdapat
lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu menyalin semula petikan-petikan
tersebut.

Petikan 1

Sukan rekreasi diselaras di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan


kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh sebab itu, kebanyakkan
sekolah akan menganjurkan berbagai aktiviti rekreasi untuk murid-murid pada
setiap tahun. Sekiranya murid sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti
rekreasi, mereka dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial yang sihat. Dengan ini, murid akan dapat mengelakkan diri daripada
terjebak dalam aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial. Apabila
seseorang murid bergiat cerdas dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat
mengawal
emosinya, berfikir dengan tenangnya dan menyelesaikan masalah degan
bijaknya. Selain itu, mereka dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi
dengan berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah dengan lebih
baik lagi. Dengan ini, murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah
apabila mereka saling hormat-menghormati, bekerjasama dan bertoleransi dalam
aktiviti rekreasi.
Sumber: http://aktif.myhealth.gov.my/

(5 markah)

RUANGAN JAWAPAN

BIL KESALAHAN PEMBETULAN


1
2
3
4
UNIT BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
SEMESTER 1 SVM / KOHORT 2021
5

Petikan 2

Bermula sekadar hobi memelihara rusa, Encik Mazlan tidak menyangka hobinya
akan menjadi sebuah perniagaan. Pada tahun 2012, usahawan agro ini membeli
10 ekor rusa baka Timorensis di Johor. Pada masa kini, beliau menjadi penjual
rusa baka di sekitar Kedah. Menternak rusa bukanlah sesuatu yang sukar kerana
haiwan itu tidak perlu penjagaan yang rapi. Kos bagi menternak rusa juga tidak
terlalu tinggi kerana penyediaan makanannya terdiri daripada campuran jagung
dan hampas soya. Selain sukar mendapat penyakit, rusa terkategori sebagai
haiwan ternakan yang lasak dan mudah dijaga. Bijak mengatur langkah dalam
perniagaan yang berasaskan daging rusa, kemudian Encik Mazlan membuka
sebutir restoran berhampiran dengan ladang rusa miliknya yang dikenali sebagai
Batas Ubi Deer Farm di Yan, Kedah. Pembukaan restoran itu adalah bagi
meningkatkan pendapatan daripada hasil ternakan kerana keuntungan penjualan
daging mentah tidak begitu tinggi meskipun harga jualan sekilogram daging rusa
(5 markah)
mampu mencecah sehingga RM90 di pasaran. Di samping itu, Encik Mazlan
menjadikan ladang rusa miliknya sebagai destinasi tarikan eko-pelancongan
kerana pengunjung yang datang untuk menjamu daging rusa turut dapat
bermesra dengan haiwan berkenaan.

Dipetik dan diubah suai daripada


'Ternak Rusa Memang Berbaloi'
Harian Metro, 23 Februari 2020

(5 markah)

RUANGAN JAWAPAN

BIL KESALAHAN PEMBETULAN


1
2
3
4
5

Anda mungkin juga menyukai