Anda di halaman 1dari 1

,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di MAJLIS persaraan CIK SIAH BEE
FONG , Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan
bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan
ketenangan. serta majlis perpindahan PUAN MAZNAH BINTI MUSTAFA @ HUSSIN ke smk
seri selayang,semoga beliau meneruskan kecemerlangan di tempat baru.
Ya Zaljalali Wal Ikram
Justeru kami berhimpun di sini pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan dan
pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti yang telah mereka sumbangkan, untuk
Dunia Pendidikan khususnya di SMK Ideal heights
Ya Aziz Ya Ghaffar
Berkatilah pertemuan kami dan berkatilah usaha kami ini. Berikanlah ketenangan,
kebahagian, kelapangan, kedamaian, kesihatan dan kekuatan sepanjang masa dalam
menjalani kehidupan seharian khususnya kepada guru-guru yang diraikan pada hari ini.
Hindarilah kami semua daripada kesusahan dan kesedihan dan lindungilah kami dari mara
bahaya yang tidak diingini
Ya Alim Ya Qadhia Hajat
Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan
kami pula selapas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
RABBANAA taqabbal MINNAA INNAKA ANTAS Samii'ul 'ALIIM, WA TUB' ALAINAA
INNAKA antat TA WWA Abur RAHIIM.
Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-a-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.
Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam,
walhamdulillahi robbil alamin.

Anda mungkin juga menyukai