Anda di halaman 1dari 1

Kepada yang beragama Islam, diminta untuk menadah tangan manakala

yang bukan beragama Islam hendaklah berdoa dengan cara agama masingmasing.
DOA MAJLIS PERSARAAN
Bismillah dan Alhamdulillah( dalam Bahasa Arab)
Ya ALLAH ya tuhan kami, Tiada Tuhan melainkan ALLAH, yang tidak
beranak dan tidak diperanakkan, kepada Engkaulah tempat kami
bergantung harap.
Selawat dan Salam ke atas Nabi MUHAMMAD , Penghulu segala Nabi Nabi
dan Nabi terakhir yang di Utuskan kepada manusia.
Ya ALLAH Tuhan yang SATU,
Kami bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan
roh kami. Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun dalam majlis perpisahan
dan persaraan guru guru kami, bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan
iltizam kami, untuk membangun, membina dan memartabatkan anak bangsa
supaya berbudi, berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan Negara.
Ya ALLAH Tuhan yang Sebenar,
Berkatilah pertemuan kami, berkatilah usaha kami, limpahilah kami taufiq dan
hidayah Mu khususnya kepada guru yang diraikan. Berikanlah ketenangan,
kebahagian, kelapangan, kedamaian, kesihatan dan kekuatan sepanjang masa
dalam menjalani kehidupan seharian. Hindarilah kami semua daripada kesusahan
dan kesedihan, dari penyakit2 yang datang dari pelbagai arah, dari bencana yang
diduga atau yang tidak kami duga dan lindungilah kami dari mara bahaya yang
tidak diingini.
Ya ALLAH Tuhan yang menciptakan Langit dan Bumi,
Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selapas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi.

Anda mungkin juga menyukai