Anda di halaman 1dari 10

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

KESEDARAN JENAYAH KOMERSIAL


KESEJAHTERAAN KOMUNITI

Tarikh Dibaca :

14 Rabiulakhir 1443H/
19 November 2021M

Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti

KESEDARAN JENAYAH KOMERSIAL KESEJAHTERAAN KOMUNITI


19 November 2021M/ 14 Rabiulakhir 1443H

ُ ‫ نَحْمَد ُه ُ وَنَسْت َع ِي ْن ُه ُ و َنَسْت َغْف ِر ُه ُ وَن َت‬،َ‫ب الْع َالم َي ِن‬


‫ أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإلََٰه َ ِإلا‬،ِ ‫ُوب ِإلَيْه‬ ِ َ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر‬

‫َل و َسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا‬


ِ ‫ اَلله ُم ص‬،ُ ‫سو ْلُه‬
ُ َ ‫ وَأَ شْهَد ُ أَ ن مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ْ ‫اللـه ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

.ِ‫مُحَمدٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإل َى ي َو ْ ِم الد ِيْن‬

‫ي بتَِقْو َى اللـه ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَلـك ُ ْم‬ ِ ‫ أ ْو‬،َ ‫ اِتقُو ْا اللـه‬،ِ ‫ فَيَا عِبَاد َ اللـه‬،ُ ‫أَ ما بَعْد‬
ْ ِ ‫صي ْك ُ ْم و َن َ ْفس‬

.َ‫تُفْلِحُون‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﭩﭪ ﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭲ ﭳ‬

‫ﭴ ﭵ ﭶ ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ‬

‫ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ‬
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mentaati
setiap perintah-Nya dan menjauhi setiap larangan-Nya. Semoga kita beroleh
kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk :


“Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti”.

1
Khutbah Jumaat Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Islam melarang umatnya melakukan apa sahaja bentuk penipuan,
penindasan dan pengkhianatan sesama manusia termasuklah dalam aspek
memperoleh rezeki dan pendapatan. Sememangnya perbuatan tersebut
adalah zalim dan merampas hak orang lain. Firman Allah SWT di dalam
surah Al-Nisa ayat 29 dan 30 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)


harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. Dan sesiapa
berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan
masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah
mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).”

Berdasarkan ayat ini, Allah SWT melarang kita daripada memakan


harta sesama manusia dengan cara yang batil iaitu seperti riba, judi,
menipu, memperdaya dan seumpamanya. Oleh itu, semua perbuatan ini
hendaklah ditinggalkan dan dijauhi sebagaimana yang telah diperintahkan
Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah memberi amaran dalam perkara ini
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu
Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda :

.‫ْس م ِنا‬
َ ‫ْس م ِنا وَم َنْ غ َشنَا فَلَي‬
َ ‫ح فَلَي‬
َ َ ‫ل عَلَي ْنَا السِلا‬
َ َ ‫م َنْ حَم‬
Bermaksud : “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami bukanlah
daripada golongan kami dan siapa yang menipu kami bukanlah daripada
golongan kami.”

2
Khutbah Jumaat Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Kebergantungan kita kepada teknologi dan internet semakin meningkat
semenjak pandemik COVID-19. Perkara ini dapat dilihat menerusi
peningkatan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan e-dagang,
memilih dasar bekerja dari rumah (BDR), pembelajaran atas talian
di samping pendigitalan perkhidmatan dalam sektor ekonomi dan kerajaan.
Kerancakan ini telah banyak membawa kemudahan dalam komunikasi yang
lebih efisien. Namun di sebalik semua ini, ia turut mendedahkan masyarakat
kepada pelbagai ancaman dan serangan siber yang semakin
membimbangkan.

Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan


Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, sebanyak hampir 49,000 kertas
siasatan telah dibuka melibatkan penipuan siber yang dicatatkan berlaku
di Malaysia pada Januari 2019 hingga September 2021. Ia sekaligus
mencatatkan kerugian hampir RM1.5 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak
17,000 kes melibatkan penipuan pembelian atas talian, 15,000 kes pinjaman
tidak wujud, 7,000 kes pelaburan tidak wujud, 6,000 kes macau scam dan
4,000 kes love scam atau parcel scam. Jenayah ini berlaku di pelbagai
aplikasi seperti Instagram, Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram serta
aplikasi permainan dalam talian.

Hakikatnya trend jenayah komersial khususnya dalam talian


menunjukkan peningkatan kes sejak kebelakangan ini. Kes penipuan ini
terjadi dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur, status
dan kedudukan termasuklah golongan profesional juga turut menjadi
mangsa. Justeru, perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak
kerana ia telah memberi impak negatif kepada orang ramai terutama
mangsa dan keluarga yang terlibat.

3
Khutbah Jumaat Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti

Jenayah penipuan siber ini adalah jelas salah satu perbuatan


mengambil harta orang lain secara haram. Mangsa yang terpedaya telah
mengalami kerugian sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kesannya,
terdapat mangsa yang telah mengalami kesan sampingan seperti masalah
mental dan sosial.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Kerajaan sentiasa memandang serius isu yang melibatkan jenayah
komersial kerana ia boleh menggugat kententeraman awam. Pihak
berkuasa sentiasa memantau setiap aktiviti di media sosial sebagai langkah
proaktif dalam membendung isu yang melibatkan penyalahgunaan media
sosial. Walaubagaimanapun tanggungjawab ini bukan sahaja terletak pada
pihak berkuasa semata-mata tetapi juga pengguna media sosial yang mesti
turut sama memainkan peranan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menganjurkan Kempen
Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021 dalam usaha
untuk menangani serta mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab
bersama dalam memerangi jenayah siber ini.

Orang ramai digesa untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati


sewaktu berurusan dalam talian seperti menerima pautan laman sesawang
melalui e-mail daripada pihak yang mencurigakan. Jangan dedahkan
maklumat peribadi akaun bank atau kad kredit kepada pihak yang tidak
dikenali. Ketika menggunakan perkidmatan internet tanpa wayar di mana-
mana premis, elakkan mengakses perbankan internet atau melakukan
transaksi pemindahan wang dalam talian. Di samping itu, berhati-hatilah
dengan sebarang tawaran lumayan berupa wang ringgit yang memerlukan
kita membayar wang pendahuluan. Kita juga perlu berwaspada dengan
sebarang tawaran barangan yang menarik dan murah ketika melakukan
pembelian atas talian.
4
Khutbah Jumaat Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti

Mimbar ingin mengingatkan, sekiranya kita mengesyaki sesuatu


penipuan, lakukan semakan dengan pihak berkuasa melalui saluran rasmi
seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, Bank Negara Malaysia,
Suruhanjaya Sekuriti dan lain-lain. Ambil langkah tepat dengan melaporkan
sebarang aktiviti di dunia siber yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Jangan hanya berdiam diri sehingga menyebabkan lebih ramai dalam
kalangan kita yang menjadi mengsa kes penipuan ini. Semoga dengan cara
ini dapat mengelakkan kita dan masyarakat daripada menjadi mangsa
kepada jenayah komersial ini.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Mengakhiri khutbah, hayati beberapa kesimpulan sebagai renungan kita
bersama :

Pertama: Islam melarang umatnya melakukan apa sahaja bentuk penipuan,


penindasan dan pengkhianatan. Jenayah penipuan siber adalah jelas salah
satu perbuatan mengambil harta orang lain secara haram yang
menyanggahi syariat.

Kedua: Sebagai masyarakat yang bijak, ikuti nasihat dan saranan pihak
berkuasa supaya kita dapat berwaspada dan berhati-hati ketika
menggunakan sebarang aplikasi media sosial, e-mail, perkhidmatan atas
talian dan perkhidmatan internet tanpa wayar di mana-mana premis.

Ketiga: Laksanakan tanggungjawab sebagai masyarakat dengan


memainkan peranan membantu pihak berkuasa dalam membanteras
kegiatan jenayah komersial atau penipuan siber.

Marilah kita renungkan firman Allah SWT di dalam surah Faatir, ayat 5:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
5
Khutbah Jumaat Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti

‫ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ‬
Bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah
(membalas amal kamu) adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan
oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah syaitan yang menjadi
sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan
(kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).”

ِ ‫َات وَالذِكْر‬ َ ِ ‫ن ال ْعَظِي ِْم وَنَف َعَنِي و َِإياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬


ِ ‫ن الآي‬ ِ ‫ب َارَك َ اللـه ُ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

َ ‫ل قَو ْل ِ ْي ه َذ َا وَأَ سْ تَغْف ِر ُ اللـه‬ ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫ل م ِنِي وَمِنْك ُ ْم تِلاوَتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ُع الْعَلِي ْم‬ َ ‫كي ِْم وَت َق َب‬
ِ َ ‫الْح‬

‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِي ْنَ وَال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم وَلِسَا ئِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ وَال ْم ُ ْسل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫وَالأَ ْموَات فَاسْ تَغْف ِر ُْوه ُ ِإنه ُ ه ُو َ الْغَفُو ْر ُ الر‬

6
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti‬‬

‫خطبه كدوا‬
‫ب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬وَالصلَاة ُ وَالسلَام ُ عَلى َ سَي ِدِنَا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬وَعَلَى آلِه ِ‬
‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر َ ِ‬

‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬


‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫وَأَ ْ‬

‫سيِد َن َا مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬


‫ك لَه ُ‪ ،‬وَأَ شْهَد ُ أن َ‬
‫أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإل ٓه َ ِإلا اللـه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬

‫أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللـه ِ‪ ،‬اِتق ُوا اللـه َ حَق ت ُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن اللـه َ أَ مَرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ مَرَك ُ ْم‬

‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ‬


‫ب ِالصلَاة ِ وَالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ الـْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬

‫ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ‬

‫صلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى‬


‫ل سَي ِدِن َا م ُحَمدٍ كَمَا َ‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬

‫ل سَي ِدِنَا مُحَمدٍ كَمَا ب َار َكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬


‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫آ ِ‬

‫مج ِي ْد‪.‬‬
‫ك حَمِي ْد َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬
‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬

‫ن التاب ِع ِينَ وَتَابِع ِي‬


‫ن و َ ع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أَ ْجم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ض الله ُم ع َ ِ‬
‫ار َ‬
‫وَ ْ‬
‫ض ع َنا مَعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْر َم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ار َ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َ ْ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫ات وَالمُؤْم ِن ِينَ و َالمُؤ ْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ وَالمُسْل ِم َ ِ‬

‫الصحة ِ و َالسلَامَة ِ م َل ِـكَـنَا كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬


‫ق وَال ْهِد َايَة ِ و َ ِ‬
‫الله ُم أَ ي ِ ْد بِد َوَا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬

‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَبْد ُ اللـه رِعَايَة ُ الد ِي ْن الـم ُصْ طَفَى‬

‫ست َع ِي ْن باللـه‪.‬‬
‫َاج أَ حْم َد شَاه الـم ُ ْ‬
‫ب ِاللـه شَاه ا ب ْ ِن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬

‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti‬‬

‫ك كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬

‫حو ْم الـم ُت َوَك ِلْ عَلَى‬


‫ْت الـمَر ْ ُ‬
‫تُونكو)‪ (Tunku‬حاجه عَزِي ْزَةْ أَ م ِي ْنَة ْ م َيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن ِ‬

‫اللـه سُلْطَان ِإسْ كَنْد َْر الحَاج‪.‬‬

‫ن وَأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا م ُ ْطم َئ ِنا‪ ،‬سَ خَاء رَخ َاء‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬وَأَ ْم ٍ‬
‫وَسَا ئ ِر َ بِلَادِ الْـمُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫الله ُم أَ عِز ال ِْإسْ لَام َ وَال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ ن َصَر َ الد ِينَ‪،‬‬

‫ك ِإل َى ي َو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬


‫ل كَل ِمَت َ َ‬
‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬وَأَ ع ْ ِ‬
‫وَاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬

‫ن الب َرَصِ‪ ،‬وَالْجن ُ ُونِ‪ ،‬وَالْجُذ َا ِم‪ ،‬و َم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪.‬‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا ن َع ُوذ ُ ب ِ َ‬

‫يا اللـه‪ ،‬جاديكنله كامي همبا‪-‬همبامو يڠ طاعة ملقساناكن كواجيڤن صالة‪ ،‬ممباير زكاة كڤد‬
‫ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان (‪ )PPZ-MAIWP‬دان مڠينفاقكن‬
‫هرتا ماللوءي عباده وقف‪ .‬بركتيله دان رحمتيله سڬاال اوسها كامي دالم ممنوهي كواجيڤن‬
‫زكاة دان وقف ڤد جالنمو‪ .‬جاديكنله هرتا زكاة دان وقف اين سباڬاي ساهم كامي دأخيرة‬
‫كلق‪.‬‬
‫يا اللـه‪ ،‬ڤرمودهكنله ‪ MAIWP‬دالم مڠاڬيهكن زكاة كڤد ڤارا اصناف دان مڠوروسكن هرتا‬
‫وقف دڠن سباءيق‪-‬باءيقڽ دمي منفعة اومت إسالم دواليه ڤرسكوتوان‪.‬‬
‫يا اللـه‪ ،‬كورنياكنله جوڬ كڤد كامي كسجهتراءن‪ ،‬كأمانن‪ ،‬كسالمتن سرتا ڤرليندوڠن درڤد‬
‫مصيبة‪ ،‬باال بنچان دان وابق ڤڽاكيت بربهاي خصوصڽ ‪.COVID-19‬‬

‫َاب النارِ‪.‬‬
‫حسَن َة و َق ِنَا عَذ َ‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة وَفِي الْآ ِ‬
‫ر َبنَا آتنَِا فِي الدن ْيَا َ‬

‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Kesedaran Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti‬‬

‫عِبَاد َ اللـه ِ‪،‬‬

‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂﮃﮄ ﮅ ﮆ‬

‫ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬

‫فَا ْذك ُر ُوا اللـه َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬وَاشْ ك ُر ُوه ُ ع َلَى نِعَمِه ِ يَز ِ ْدكُمْ‪ ،‬وَاسْ أَ ل ُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ ي ُعْطِك ُ ْم‬

‫وَلَذِك ْر ُ اللـه ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬وَاللـه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai