Anda di halaman 1dari 3

MENGELAKKAN DIRI DARI MENJADI MANGSA PENIPUAN INTERNET

(TEKS KHUTBAH JUMAAT KHAS PKP 12/2/2021)

َّ ‫اَ حْلَ حم ُد لِلَّ ِه َو حح َدهُ َو أَ حش َه ُد أَ حن الَ إِلَهَ إِالَّ اهللُ َو أَ حش َه ُد أ‬


َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬.‫َن ُُمَ َّم ًدا َر ُس حو ُل اهلل‬
‫ص ِّل َو َسلِّ حم‬
      ،‫َما بَ حع ُد‬ َّ ‫ أ‬،‫ي‬ ِ ‫وبا ِرحك علَى ُُم َّم ٍد و علَى آلِِه و صحبِ ِه أ ح‬
َ ‫َْجَع ح‬ ‫َ َح‬ َ َ َ َ ََ
.     

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah, dengan mentaati segala perintahnya dan
meninggalkan segala larangannya. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah; "
MENGELAKKAN DIRI DARI MENJADI MANGSA PENIPUAN INTERNET”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Scammer atau penipuan yang sering berlaku di internet bukanlah sesuatu yang baru. Saban
hari, kita mendengar berita yang berkaitan dengan penipuan di internet. Kes penipuan ini
bukan sahaja melibatkan penjualan barangan atas talian, namun juga kes yang berkaitan
dengan pencurian maklumat atau data peribadi, saham atau skim cepat kaya dan juga kes
pencurian wang di atas talian. Kebanyakan mangsa tertipu disebabkan terpengaruh dengan
iklan-iklan yang terdapat di dalam media sosial, seperti di Facebook, instagram, whatsapp,
wechat, twitter dan sebagainya. Oleh itu, sebagai seorang muslim kita semua hendaklah
menjadi pengguna internet yang pintar dan jangan kita semua mudah mempercayai dan
terpengaruh dengan janji dan ganjaran palsu yang terdapat di media sosial tanpa diselidiki
dahulu kebenarannya. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujraat ayat 6 :

        

Maksudnya;”Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya”.
Balasan dan azab di sisi Allah SWT bagi orang yang suka menipu ini sangat pedih di hari
akhirat kelak. Sekalipun orang yang suka menipu itu sentiasa merahsiakan sifat buruknya,
Allah selaku Zat Yang Maha Tahu akan membongkar segala penipuan yang telah
dilakukannya di dunia dan di hari akhirat kelak. Rasulullah S.A.W. bersabda;

‫َّار أ حَوََل بِِه‬


ُ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫ت‬ ٍ ‫يا َكعب بن عجرَة إِنَّه الَ ي ربو َْلم نَبت ِمن سح‬
ِ َ‫ت إِالَّ َكان‬
‫َ ح ُ ح َ ُ ح َ ُ َح ُ ح ٌ َ َ ح ُ ح‬
Ertinya;“Wahai Ka’ab bin ‘Ujroh, sesungguhnya Setiap daging yang tumbuh dari bahan
makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya.( Hadis Sahih
Liqairihi, riwayat Imam Al-Tirmizi).

1
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,
Penjenayah internet ini bukan sahaja berada di Malaysia, ada juga yang berada di luar negara.
Mereka mengunakan kepakaran dan kepintaran mereka untuk menipu mangsa. Di samping
itu, mereka ini juga adalah golongan yang pakar di dalam bidang teknologi maklumat, tetapi
terlibat dalam scammer atau penipuan, semata-mata kerana tamak hendak mencari wang
dengan jalan yang mudah. Kelicikan mereka menyebabkan pihak berwajib semakin sukar
untuk menahan dan membuktikan yang mereka adalah bersalah apatah lagi bagi mereka yang
menyamar serta menggunakan indentiti orang lain. Oleh itu, kita sebagai pengguna internet
harus lebih bijak supaya tidak terlibat dalam sebarang bentuk skim penipuan cepat kaya dan
sebagainya. Islam juga melarang keras sebarang bentuk mua'malah yang di dalamnya
terdapat unsur-unsur penipuan, sepertimana yang tersebut dalam sebuah hadis riwayat
Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

.‫س ِمنِّى‬
َ ‫ش فَ لَْي‬
َّ َ‫َم ْن غ‬
Ertinya: "Barangsiapa yang menipu maka ia bukanlah dari (golongan Umat) ku".
Jelas kepada kita semua bahawa Islam mengharamkan semua jenis bentuk penipuan, sama
ada penipuan itu berlaku secara berhadapan atau pun di dalam internet.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,


Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kita hendaklah menjadi hamba Allah yang
cerdas serta berhati-hati ketika berurusan dengan mana-mana individu secara online. Jika kita
pernah di tipu oleh seseorang, maka kita lebih patut berhati-hati supaya tidak di tipu lagi buat
kali yang kedua, kerana seorang mukmin yang cerdik adalah seorang yang belajar dari
kesilapan yang pernah dilakukannya. Kalau kita belum pernah ditipu, kita tetap pernah
mendengar atau melihat pihak lain yang ditipu. Jangan sampai penipuan berulang kali terkena
kepada masyarakat satu demi satu. Kita semua hendaklah mengambil pengajaran dari kes
penipuan yang menimpa orang lain. Nabi SAW bersabda dalam satu hadis yang sahih,
riwayat Al-Bukhari ;

ِ ‫اح ٍد َمَّرتَ ح‬
‫ي‬ ِ ‫َال ي حل َدغُ الحم حؤِمن ِمن جح ٍر و‬
َ ‫ُ ُ ح ُح‬ ُ
Ertinya;“Tidaklah seorang yang beriman itu akan disengat (oleh sesuatu yang berbisa)
dari lubang yang sama buat kali yang kedua”.
Pengajaran dari hadis ini ialah, seorang mukmin tidak akan menjadi mangsa berulang kali.

.‫اْلَ ِكحي ِم‬ ِ


ِّ ‫ات و‬ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ
‫الذ حك ِر ح‬ َ َ‫بَ َارَك اهللُ ِ حِل َولَ ُك حم حِف الح ُق حرآن الح َعظحي ِم َونَ َف َع ِ حِن َوإيَّا ُك حم ِبَا فحيه م َن اآلي‬
KHUTBAH KEDUA

َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬.‫َن ُُمَ َّم ًدا َر ُس حو ُل اهلل‬


‫ص ِّل َو َسلِّ حم‬ َّ ‫اَ حْلَ حم ُد لِلَّ ِه َو حح َدهُ َو أَ حش َه ُد أَ حن الَ إِلَهَ إِالَّ اهللُ َو أَ حش َه ُد أ‬
‫ اتَّ ُق حوا اهللَ َح َّق‬،‫ فَيَا أَيُّ َها الح ُم حسلِ ُم حو َن‬،‫ أ ََّما بَ حع ُد‬،‫ي‬ ِ ‫وبا ِرحك علَى ُُم َّم ٍد و علَى آلِِه و صحبِ ِه أ ح‬
َ ‫َْجَع ح‬ ‫َ َح‬ َ َ َ َ ََ
.‫تُ َقاتِِه َوالَ ََتُحوتُ َّن إِالَّ َوأَنحتُ حم ُم حسلِ ُم حو َن‬

2
Ada zikir-zikir yang diamalkan dan diajar oleh Nabi SAW yang mempunyai fadhilat atau
kelebihannya bagi sesiapa yang mengamalkannya. Antaranya ialah zikir sepertimana yang
telah disabdakan oleh Rasulullah SAW, barangsiapa yang membaca zikir;

.”‫ْح ْم ُد َو ُه َو َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِدير‬


َ ‫ْك َولَهُ ال‬ َ ‫“ ََل إِلَهَ إََِّل اللَّهُ َو ْح َدهُ ََل َش ِر‬
ُ ‫يك لَهُ لَهُ ال ُْمل‬
Ertinya;”Tiada tuhan (yang disembah dengan sebenar-benar sembahan) melainkan Allah,
tuhan yang esa, tiada sekutu baginya, kepunyaanlah kerajaan dan baginya segala pujian
dan dia maha berkuasa di atas segala sesuatu”.
(Dibaca) Sebanyak seratus kali dalam sehari, baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh
orang hamba, dicatatkan untuknya seratus kebaikan, dihapuskan seratus kejahatan dan
dipelihara dari syaitan pada hari itu sehingga petang, dan tidak ada seseorang lain yang
melakukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dilakukannya (dengan zikir tersebut),
melainkan seorang lelaki yang melakukan (mengucapkan zikir tersebut) lebih banyak dari
apa yang diucapkannya. (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Fadhilat ini akan kita perolehi, apabila kita menyebut kalimat zikir tesebut dengan penuh
keimanan dan penghayatan. Marilah sama-sama kita lazimi amalan membaca zikir ini,
mudah-mudahan ia menjadi amalan harian kita dan juga sebagai tanda cinta kita kepada
Allah dan Rasulnya SAW dan mudah-mudahan kita semua mendapat fadhilat atau
kelebihannya.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,


Untuk mengakhiri khutbah pada hari ini, Marilah kita memohon doa perlindungan kepada
Allah SWT sepertimana yang telah diajarkan oleh Nabi SAW supaya kita semua dilindungi
serta dihindari dari wabak covid 19 yang sedang melanda dunia dan negara kita;

‫َس َق ِام‬ ِ ِ ‫ص وال‬ ِ َ ِ‫اللَّه َّم إِنِّا نَعوذُ ب‬


ْ ‫ْج َذ ِام َوم ْن َسيِّ ِئ األ‬ ُ َ ِ ‫ك م َن الْبَ َر‬
ُ ‫ْجنُون َوال‬ ُْ ُ
“Ya Allah! Kami berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit
kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.

.‫ات‬ ِ ‫ األَحي ِاء ِمحن هم و األَمو‬،‫ات‬ ِ َ‫ؤمن‬


ِ ‫ؤمنِي و الحم‬ ِ ِ ِ ِِ ِ ِ
َ‫حَ ُ ح َ ح‬ ُ َ َ ‫ي َو الح ُم حسل َمات َو الح ُم ح‬ َ ‫أَللّ ُه َّم ا حغفحر ل حل ُم حسلم ح‬
‫آن الح َع ِظحي ِم‬ ِ ‫اْل‬
ِ ‫بارَك اهلل ِِل و لَ ُكم ِِف الح ُقر‬.‫ات‬ ِ ِ ‫إِنَّك ََِسيع قَ ِريب ُُِميب الد‬
‫حَ ح ح ح‬ َ َ ‫اج‬ َ َ‫َّع َوات َو قَاض َى ح‬ ‫حٌ ح ٌ ح ُ ح‬
.‫الذ حك ِر ا حْلَ ِكحي ِم‬ ِ
ِّ ‫ات و‬ ِِِ ِ ِ
َ َ‫َو نَ َف َع ِ حِن َو إيَّا ُك حم ِبَا فحيه م َن اآلي‬

Anda mungkin juga menyukai