Anda di halaman 1dari 9

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 20 – 22 (Hukum Nikah Kahwin)

Ayat 20: Ini adalah hukum ke 10. Ianya berkenaan hukum cerai. Ini
perkara biasa sahaja terjadi jadi Qur’an tentu menyentuh perkara ini. Ayat
ini adalah tentang apa yang diberikan kepada isteri yang dicerai.

‫ش ْيئ ًا أَت َأ ْ ُخذُونَهُ بُه ْٰتنًا َو ِإثْ ًما‬


َ ُ‫ارا فَ ََل تَأ ْ ُخذُوا ِم ْنه‬ ْ ‫َو ِإ ْن أ َ َردت ُّ ُم ا‬
ً ‫ستِ ْبدَا َل َز ْوجٍ َّمكَانَ َز ْوجٍ َوءآت َ ْيت ُ ْم ِإحْ ٰدهُنَّ ِقن َط‬
‫ُّمبِينًا‬
MALAY

Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri


(lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada
seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak,
maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu
mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan)
dosa yang nyata?

ْ ‫َو ِإ ْن أ َ َردت ُّ ُم ا‬
ٍ‫ستِ ْبدَا َل َز ْوجٍ َّمكَانَ َز ْوج‬
Dan jika kamu hendak mengambil isteri menggantikan tempat isteri
Ini pula nasihat kepada seorang suami yang hendak mengganti isteri baru
di tempat isteri lama. Dalam bahasa mudahnya, hendak menceraikan
isterinya dan mengahwini wanita yang lain. Perceraian adalah perkara
biasa diantara pasangan.

Cuma jangan salahgunakan kedudukan sebagai seorang suami sampai


menyebabkan kezaliman kepada isteri. Allah beri peringatan di dalam
ayat ini supaya jangan berlaku zalim kepada mereka, termasuk dalam hal
perceraian. Kalau Allah beri peringatan sebegini, bermaksud memang
ada orang yang buat.

ً ‫َوءآت َ ْيت ُ ْم إِحْ ٰدهُنَّ قِن َط‬


‫ارا‬
sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya
(isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak,
Ada kemungkinan seorang suami itu telah memberi harta yang banyak
kepada isteri yang hendak diceraikan itu. Iaitu harta itu diberikan sebagai
mahr kepada wanita itu pada ketika mereka mula berkahwin dulu.
Memanglah kalau sedang bercinta dan sedang sayang, dan hendak pula
kahwin dengan wanita itu, tentu sanggup beri macam-macam.

Dalam ayat ini, digunakan lafaz ‫ارا‬


ً ‫ط‬َ ‫قِن‬. Dari segi bahasa, ia bermaksud
‘selonggok emas’. Ia memberi isyarat kepada harta yang banyak. Ini
menjadi dalil bahawa boleh kalau hendak memberi mahr yang mahal
kepada bakal isteri.

Pernah Saidina Umar melarang rakyat (waktu dia menjadi khalifah) untuk
meminta atau memberi mahr yang banyak. Saidina Umar kata, kalau
mahr yang banyak itu adalah baik, tentu Nabi Muhammad sudah buat
begitu dah. Tapi tidak pernah Nabi Muhammad meminta mahr yang
banyak untuk mengahwinkan anaknya. Jadi, Saidina Umar telah naik ke
atas mimbar dan mengumumkan had mahr setakat 400 dirham atau
kurang.

َ َ‫نَأ َ ِبي‬
َ‫ع ْب َِد‬ َْ ‫ع‬ َ ‫نَأ َ ِبيَح‬
َ َ،‫صي ٍْن‬ َْ ‫ع‬
َ َ،ٍ‫ْنَ َر ِبيع‬ َِ ‫ْسَب‬َ ِ ‫نَقَي‬ َْ ‫ع‬َ َ،‫ق‬ ِ ‫الر َّزا‬
َّ َ‫ع ْب َِد‬
َ َ‫ن‬ َْ ‫ع‬ ََ ‫َ َح َّدثَنَاَ ِإ ْس َحاقََبْنََ ِإب َْراه‬:‫لَابْنََ ْالمَْنذ ِِر‬
َ َ‫ِيم‬ ََ ‫قَا‬
ََ ‫ َلَي‬:ٌ‫ت َ ْام َرأَة‬
َ،‫ْس َ َذ ِلكََ َلَكََ َ َياَع َمر‬ َِ َ‫ َفَقَال‬.‫اء‬ ِ ‫س‬َ ِ‫ور َالن‬َِ ‫ل َتغَالوا َفِي َمه‬ ََ َ:‫ب‬ ِ ‫َطا‬ َّ ‫لَع َمرَ َبْنَ َ ْالخ‬ َ ‫سلَ ِم‬
ََ ‫ َقَا‬:َ‫ي َِقَال‬ ُّ ‫ن َال‬ َِ ‫الرحْ َم‬ َّ
َ‫ل‬ََ َ‫ َ“ف‬:ٍ‫ْن َ َمسْعود‬ َِ ‫ّللاِ َب‬
ََّ َ ‫ع ْب َِد‬ َ َ
‫ة‬
َ َِ َ‫ء‬ ‫ا‬‫ر‬ ‫ق‬
ِ َ ‫ي‬ ‫ف‬
ِ َ َ
‫ِي‬
َ ‫ه‬ َ ََ‫ك‬‫ل‬ِ َ
‫ذ‬ َ
‫ك‬ ‫و‬َ َ :َ
‫ل‬ ‫ا‬ َ ‫ق‬َ .” َ
‫ب‬
ٍ ‫ه‬
َ َ
‫ذ‬ َ ْ
َ
‫ن‬ ‫م‬
ِ َ ‫ا‬‫ار‬
ً َ
‫ط‬ ْ
‫ن‬ ‫ق‬
ِ َ َّ
َ
‫ن‬ ‫اه‬ ‫د‬
َ ْ‫ح‬‫إ‬َ َ
‫م‬
ِ ْ َ ‫ْت‬
‫ي‬ َ ‫ت‬ ‫آ‬‫و‬ “َ :‫ول‬ ‫ق‬َ ‫ي‬ َ ‫ى‬ َ ‫ل‬‫ا‬ َ
َ َ ‫ن‬
‫ع‬ ‫ت‬ َ َ
‫ّللا‬
َّ َ ََّ ‫ِإ‬
َ‫ص َمتْه‬َ ‫تَع َم ََرَفَ َخ‬ َْ ‫ص َم‬ َ ‫نَ ْام َرأ ََة ًَخَا‬ ََّ ِ‫َإ‬:‫لَع َمر‬ ََ ‫ش ْيئًا”َفَقَا‬ ْ
َ ََ‫نَت َأخذواَ ِم ْنه‬ َْ َ ‫لَلَك َْمَأ‬ َُّ ‫َي ِح‬
Ibnul Munzir mengatakan. telah menceritakan kepada kami Ishaq ibnu
Ibrahim, dari Abdur Razzau. dari Qais Ibnu Rabi’, dari Abu Husain. dari
Abu Abdur Rahman As-Sulami yang menceritakan bahawa Khalifah Umar
Ibnu Khattab pernah mengatakan, “Janganlah kalian berlebih-lebihan
dalam membayar maskawin wanita.” Lalu ada seorang wanita berkata,
“Tidaklah demikian, hai Umar, kerana sesungguhnya Allah Swt. telah
berfirman: ‘Sedangkan kalian telah memberikan kepada seseorang di
antara mereka harta yang banyak‘ (An-Nisa: 20).” Yang dimaksud
dengan qintar ialah emas yang banyak. Abu Abdur Rahman As-Sulami
mengatakan, “Demikian pula menurut qiraah Abdullah ibnu Mas’ud, yakni
seqintar emas. Maka janganlah kalian mengambil kembali darinya barang
sedikit pun.”
Kemudian Khalifah Umar berkata, “Sesungguhnya seorang wanita telah
mendebat Umar, ternyata wanita itu dapat mengalahkannya.”
Begitulah, sewaktu Umar r.a turun dari mimbar, seorang wanita telah
menegur beliau dengan membacakan ayat ini kepada beliau. Kerana
Allah sendiri menggunakan kalimah ‫ارا‬
ً ‫ط‬َ ‫ قِن‬yang bermaksud harta yang
banyak, maka takkan Saidina Umar nak hadkan pula?
Maka, Saidina Umar pun telah mengubah keputusan beliau. Maka tidak
ada had untuk mahr di dalam Islam. Ia bergantung kepada kemampuan
masing-masing. Allahu a’lam.

َ ُ‫فَ ََل تَأ ْ ُخذُوا ِم ْنه‬


‫ش ْيئ ًا‬

maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu.


Allah beri hukum kepada suami supaya jangan ambil balik apa yang telah
diberikan sebagai mahr. Jangan ambil walau sedikit pun, kerana ada lafaz
‫ش ْيئًا‬
َ ُ‫ ِم ْنه‬yang bermaksud ‘walaupun sedikit’.

Ini diberitahu kerana memang ada yang buat begitu. Masa sayang, masa
cinta, semua sanggup diberikan. Tapi apabila sudah hendak diceraikan,
mulalah minta balik apa yang telah diberikan dahulu. Mungkin kerana
suami pun sudah nak kahwin orang lain, maka belanja kahwin dan hadiah
isteri baru kena diberikan juga. Tentu susah kalau kena cari harta lain
pula.

Jadi, cara paling mudah untuk mereka adalah ambil balik dari isteri lama.
Tapi Allah beritahu dalam ayat ini yang mereka tidak boleh ambil balik apa
yang mereka telah berikan. Nak kahwin lain, carilah harta lain.

‫أَتَأ ْ ُخذُونَهُ بُه ْٰتنًا‬


Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar
Adakah kamu sanggup nak ambil sesuatu dengan cara yang salah?

Ada yang menggunakan cara yang buruk dengan mengambil harta itu.
Mungkin ada yang membuat cerita palsu untuk memburukkan bekas
isterinya itu untuk membolehkan dia mengambil balik harta itu. Maka Allah
mengutuk mereka yang buat cara begitu. Jangan ambil dan lebih-lebih
lagi jangan ambil dengan cara memburukkan bekas isteri itu.

Lafaz ‫ بُ ْهت َانًا‬juga bermaksud ‘tuduhan palsu’. Iaitu menuduh isterinya itu
telah curang dan melakukan zina. Inilah sahaja sebab yang membolehkan
seorang suami mengambil hak isterinya. Jadi, kalau dia ambil juga, itu
bermakna dia sudah mengatakan yang isterinya telah curang.
Dan ini sebenarnya termasuk dalam larangan Allah – Allah melarang
membuat tuduhan palsu terhadap wanita yang suci. Perbuatan itu
dinamakan qazf dan disebut dalam perbincangan Surah Nur nanti.

‫َوإِثْ ًما ُّمبِينًا‬

dan dosa yang nyata?


Sanggupkah kamu melakukan dosa mengambil sesuatu yang bukan hak
kamu? Maka kerana itu jangan ambil mahr isteri dengan zalim. Kalau
ambil dengan cara begitu, samada dengan memburukkan bekas isteri,
atau rampas dengan cara zalim, itu adalah dosa yang nyata. Tidakkah
kamu takut melakukan dosa?

Ayat 21: Hujah Allah lagi kenapa tidak patut ambil mahr yang telah diberi
kepada isteri.

‫ظا‬ َ ‫ض َوأ َ َخ ْذنَ ِمنكُم ِ ِّم ٰيثقًا‬


ً ‫غ ِلي‬ ُ ‫ْف تَأ ْ ُخذُونَهُ َوقَ ْد أ َ ْفض َٰى بَ ْع‬
ٍ ‫ض ُك ْم ِإلَ ٰى بَ ْع‬ َ ‫َو َكي‬
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal
kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka
pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat
daripada kamu?

‫ض‬ ُ ‫ْف تَأ ْ ُخذُونَهُ َوقَ ْد أ َ ْفض َٰى بَ ْع‬


ٍ ‫ض ُك ْم إِلَ ٰى بَ ْع‬ َ ‫َو َكي‬
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu
padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang
lain,
Wahai lelaki, bagaimana kamu sanggup nak ambil balik pemberian kamu
kepada mereka dahulu, sedangkan kamu telah bergaul mesra dengan
mereka semasa kamu masih bersuami isteri dahulu?
Apabila sudah bersuami isteri, tentu kita layan mereka lain dengan orang
lain. Ada benda yang kita buat dengan isteri itu yang kita tidak buat
dengan orang lain. Kita meluangkan banyak masa dengan mereka. Kita
berkasih mesra dengan mereka. Kita beri mereka benda yang tidak
diberikan kepada orang lain dan dia pun begitu juga.

Ada benda yang kita cerita kepada mereka yang kita tidak cerita kepada
orang lain. Memang mereka tidak sama macam orang lain, mereka itu
sebahagian dari kita, tempat mengadu kita, melepaskan resah kita dan
sebagainya. Semua benda itu kita buat kerana kita telah menikah dengan
mereka dan pernikahan itu sah dengan pemberian mahr itu. Oleh kerana
itu, mahr yang telah diberikan itu dah jadi hak isteri kita. Itulah ‘bayaran’
bagi menghalalkan perhubungan itu.

Ada pendapat yang mengatakan perkataan ‫ضى‬ َ ‫ أ َ ْف‬bermaksud ‘hubungan


kelamin’. Qur’an menggunakan bahasa kiasan kerana Qur’an adalah
mulia dan tidak menggunakan bahasa yang jelek. Semua peringkat umur
manusia boleh baca Qur’an samada kanak-kanan atau orang dewasa,
lelaki atau wanita. Tidak sama dengan Bible contohnya, yang banyak
perkara lucah di dalamnya sampaikan tidak boleh dibaca ayat itu di
khalayak ramai.

Oleh itu, ayat ini bermaksud, kamu telah mengadakan hubungan kelamin
dengan mereka, bagaimana kamu sanggup nak ambil balik mahr yang
kamu sudah berikan itu?

َ ‫َوأ َ َخ ْذنَ ِمنكُم ِ ِّم ٰيثقًا‬


ً ‫غ ِلي‬
‫ظا‬
dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil
perjanjian yang kuat daripada kamu?
Dan kamu telah ada perjanjian serius dengan isteri kamu itu untuk hidup
sama selagi nyawa masih di badan. Itu adalah akad nikah perkahwinan
yang telah perjanjian yang kuat. Apabila sudah ada perjanjian itu, dan
sudah ada hubungan suami isteri, ibubapa pun tak boleh campur tangan
dalam perjalanan kehidupan pasangan itu. Perjanjian telah termaktub
atas suami untuk jaga isteri.

Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan dari Jabir tentang khotbah haji
wada’, bahwa Nabi Saw. di dalamnya antara lain mengatakan:
ََّ َ‫َ َوا ْستَحْ لَ ْلت َْمَفروجهنَبِ َك ِل َمة‬،ِ‫ّللا‬
”ِ‫ّللا‬ َِ ‫نَبِأ َ َم‬
َّ َ‫ان‬ ََّ ‫َفَإِنَّك َْمَأ َ َخ ْذتموه‬،‫اءَ َخي ًْرا‬
َِ ‫س‬
َ ِ‫“ َوا ْست َْوصواَبِالن‬
Berwasiatlah kalian dengan kebaikan sehubungan dengan wanita, kerana
sesungguhnya kalian mengambil (memperisteri) mereka dengan amanat
dari Allah dan kalian halalkan farji mereka dengan menyebut kalimah
Allah.
Maknanya, lelaki itu sudah mengambil tanggungjawab untuk menjaga
wanita itu dari walinya yang asal (selalunya bapa). Itu adalah amanah dari
Allah, menggunakan nama Allah yang telah dilakukan dalam akad nikah,
bukan? Dengan perjanjian itu, isteri telah menghalalkan farajnya kepada
kamu untuk kamu nikmati.

Kalau perjanjian itu perjanjian yang kukuh, adakah kamu berani nak
pecahkan perjanjian itu, wahai suami? Sedangkan perjanjian itu telah
dijalankan dalam majlis pernikahan yang disaksikan oleh ramai orang?
Kamu tidak malukah nanti kalau kamu diperkatakan orang? Kamu tidak
malukah dengan Allah kerana telah mempergunakan NamaNya?

Ini menjadi hujah bahawa perkahwinan bukanlah perkara yang main-


main. Bukanlah nak kahwin kerana nak halalkan hubungan seks sahaja
dan kemudian bila sudah bosan, cerai dan tukar kepada isteri yang lain
pula. Maka apabila berkahwin hendaklah niat untuk terus berada dalam
perkahwinan itu selagi nyawa dikandung badan (melainkan kalau ada
keperluan untuk bercerai).

Ayat 22: Ini adalah hukum yang ke 11. Tidak boleh mengahwini bekas
isteri bapa. Sebelum ini telah disebut tentang perceraian dan tentunya
ada menyentuh sedikit tentang perkahwinan kerana telah disebut tentang
mahr dan sebagainya.
Dalam ayat ini, ia hendak memberitahu kita bahawa bukan semua wanita
boleh dikahwini. Ada wanita yang boleh dikahwini dan ada yang tidak.
Oleh kerana lebih ramai yang boleh dikahwini, Allah hanya sebut yang tak
boleh dikahwini sahaja. Mereka ini digelar sebagai muharramat.
Oleh itu, selain dari yang disebut dalam ayat-ayat ini, boleh dikahwini oleh
seorang lelaki.

ً ِ‫سب‬
‫يَل‬ َ ‫ف إِنَّهُ كَانَ ٰف ِحشَةً َو َم ْقت ًا َو‬
َ ‫سا َء‬ َ ‫اء إِ ََّل َما قَ ْد‬
َ َ‫سل‬ ِ ‫س‬َ ِِّ‫َو ََل تَن ِك ُحوا َما نَ َك َح ءآبَا ُؤكُم ِ ِّمنَ الن‬
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang
telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada
masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang
keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang
dilalui dalam perkahwinan).

‫اء‬
ِ ‫س‬َ ِِّ‫َو ََل تَن ِك ُحوا َما نَ َك َح ءآبَا ُؤكُم ِ ِّمنَ الن‬
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan
yang telah diperisterikan oleh bapa kamu
Ini adalah larangan keras untuk berkahwin dengan emak tiri. Asalkan
seorang wanita itu sudah pernah berkahwin dengan ayah kita sahaja,
tidak boleh kita kahwin dengan dia, samada kalau ayah kita sudah mati
atau ayah kita sudah ceraikan. Samada ayah itu sudah mengadakan
hubungan kelamin dengan wanita itu atau tidak.
Kalau ayah kita telah mengadakan hubungan kelamin dengan seorang
wanita tapi di luar nikah (zina), pun tidak boleh kita menikah dengan
wanita itu lagi.

َ ‫ِإ ََّل َما قَ ْد‬


َ َ‫سل‬
‫ف‬
kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Kecuali apa yang telah dilakukan pada Zaman Jahiliyah dulu. Kalau dah
kahwin, biarkan sahaja. Tidak perlu diceraikan pula. Kerana ianya telah
berlaku. Waktu itu pun syariat larangan ini tidak ditegakkan lagi.

Makna yang pertama, mereka tidak berdosa kerana dulu mereka tidak
tahu hukum ini. Tapi apabila tahu, maka kena perbetulkan.

Maka, kalau kejadian itu berlaku selepas masuk Islam, maka hendaklah
seorang lelaki itu menceraikan wanita-wanita yang pernah dikahwini oleh
bapanya. Tidak boleh terus berkahwin dengan mereka.

Juga, ia bermaksud, kalau ada anak hasil dari perkahwinan dengan ibu
tiri itu tidaklah mereka menjadi anak haram. Mereka masih layak untuk
menerima harta pusaka contohnya.
ً ِ‫سب‬
‫يَل‬ َ ‫إِنَّهُ كَانَ ٰف ِحشَةً َو َم ْقت ًا َو‬
َ ‫سا َء‬
Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan
dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan
Perbuatan menikahi perempuan yang telah dinikahi oleh ayah sendiri
adalah perbuatan yang amat buruk dari segi akal masyarakat. Manusia
yang normal akalnya pun takkan buat perkara ini melainkan gila sangat.
Ianya adalah perbuatan yang dikutuk dan dosa besar.

Oleh itu, walaupun baru disebut dalam ayat Qur’an, tapi sememangnya ia
adalah amalan yang buruk. Kalau Allah tak sebut pun, ianya sepatutnya
dibenci oleh akal yang sihat. Kerana ianya melanggar fitrah manusia.

Oleh kerana itu, dalam Qur’an apabila digunakan kalimah ‫ َم ْقت ًا‬, ia merujuk
kepada kemarahan Allah yang amat sangat. Seolah-olah Allah marah
kepada mereka yang berkahwin dengan ibu tirinya sendiri.

Dengan kata lain, perbuatan tersebut memang suatu dosa besar, yang
akibatnya akan membuat si anak benci kepada ayahnya sesudah dia
mengahwini bekas isteri ayahnya. Kerana pada umumnya setiap orang
yang mengahwini seorang wanita janda selalu membenci bekas suami
isterinya.

Kerana itulah maka Umma-hatul Mukminin (isteri-isteri Nabi ‫)ﷺ‬


diharamkan atas umat ini, kerana kedudukan mereka sama dengan ibu
dan kerana mereka adalah isteri-isteri Nabi ‫ ﷺ‬yang kedudukannya
sebagai bapa dari umat ini, bahkan hak Nabi ‫ ﷺ‬lebih besar daripada para
ayah, menurut kesepakatan semuanya. Bahkan cinta kepada Nabi ‫ﷺ‬
harus didahulukan di atas kecintaan kepada orang lain.

Ata ibnu Abu Rabbah mengatakan sehubungan dengan firman-Nya: dan


dibenci Allah. (An-Nisa: 22) Maksudnya, perbuatan yang dibenci oleh
Allah Swt. dan seburuk-buruk jalan. (An-Nisa: 22) Yakni merupakan jalan
yang paling buruk bagi orang yang menempuhnya. Barang siapa yang
melakukan perbuatan tersebut sesudah adanya larangan ini. berarti dia
telah murtad dari agamanya dan dikenai hukuman mati serta hartanya
menjadi harta fa’i diserahkan ke Baitul Mal.
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasyim,
telah menceritakan kepada kami Asy’as, dari Aildi ibnu Sabit, dari Al-Barra
ibnu Azib yang mengatakan, “Pamanku bersua denganku, yakni Al-Haris
ibnu Umair yang saat itu memimpin sejumlah pasukan yang
kepemimpinannya diarahkan kepada pamanku.” Maka aku bertanya.”Hai
paman. ke manakah Nabi ‫ ﷺ‬mengutusmu?” Pamanku menjawab, “‘Beliau
mengutusku kepada seorang lelaki yang telah mengahwini bekas isteri
ayahnya. Nabi ‫ ﷺ‬memerintahkan kepadaku agar memancungnya.’

Anda mungkin juga menyukai