Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Terumbu Peninjau @ Stesen Papa TLDM digelar “Wisma Kaki Langit”. Ia dibina
oleh Syarikat Penang Shipping Corporation – Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-ND) di
atas sebuah barge yang besar. Ada 5 Stesen yang berada di kawasan Kepulauan dan
Perairan Spratly. Stesen berkenaan telah dinamakan Stesen Luar Pantai (SLP) dan
diletakkan dibawah tanggungjawab Markas Wilayah Laut (2). Stesen itu ialah Pulau
Layang-layang, Terumbu Ubi, Terumbu Matanani, Terumbu Siput dan Terumbu
Peninjau.

Pasukan Bantuan Gugusan Semarang Peninjau (PBGSP) adalah pasukan yang


memberi perkhidmatan dalam aspek Pentadbiran, Logistik dan Kebajikan warga
stesen luar pantai (SLP).

1.2 LATAR BELAKANG

Bangunan Unit Gugusan Semarang Peninjau (Stesen PAPA TLDM) merupakan


bangunan yang berfungsi untuk menjalankan aktiviti penempatan para pekerja,
mesin, peralatan, bahan, dokumentasi, maklumat, ruang kerja, ruang urusniaga
dengan para pelanggan dan sebagainya dengan tujuan mendatangkan keuntungan
kepada pemilik mahupun pengguna dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa
panjang. Pembangunan struktur bangunan yang semakin kompleks memerlukan
pihak pengurusan dan pentadbir memberi tumpuan kepada pengurusan keselamatan
kebakaran.

Pengurusan keselamatan kebakaran sebagai dasar, piawaian, alat, maklumat dan


amalan yang digunakan oleh pegawai dan pentadbir untuk tugasan menganalisis,

1
menilai dan mengawal kebakaran. Setiap bangunan memerlukan polisi dan prosedur
sistem pencegah kebakaran yang berkesan dalam menguruskan operasi.

Sistem pencegah kebakaran berfungsi untuk memastikan keselamatan ketika


berlakunya hal-hal kecemasan. Kelengkapan sistem bermula daripada sistem amaran,
penggera, pencegahan dan pemadaman. Penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran
pada bangunan Unit Gugusan Semarang Peninjau (Stesen PAPA) adalah penting
untuk mengekalkan keselamatan bangunan.

Penyelenggaraan berkala dapat memastikan apabila berlaku kebakaran, semua


langkah keselamatan yang disediakan dapat digunakan dengan baik. Kegagalan
dalam menguruskan sesebuah bangunan akan memberi prestasi dan imej yang
kurang baik kepada setiap komuniti yang berada dalam persekitaran bagunan
(Omardin, 2011).

Anggota senggaraan perlu memainkan peranan penting di dalam pengoperasian serta


senggaraan berjadual peralatan tersebut. Selain itu, pegawai stesen dan bintara juga
perlu memainkan peranan penting di dalam meningkatkan pengurusan keselamatan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran. Ia juga akan memberi kesan yang
positif terhadap pengoperasian stesen.

Gambar 1: Kerja selenggara alat pemadam api mudah alih, keselamatan alat
pemadam api kecil serta pengendalian alat pemadam api kecil di Stesen Papa.

2
Selain itu, projek ini juga merupakan salah satu silibus dalam pembelajaran di
Sekolah Pengajian NBCD, Fakulti Kejuruteraan Marin KD Pelandok. Projek ini
lebih menekankan tentang kajian dalam meningkatkan tahap keberkesanan
pengurusan rekod penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bangunan Unit
Gugusan Semarang Peninjau (Stesen PAPA TLDM).

Gambar 2: Latihan bersama Bomba di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar


Kota Kinabalu, Sabah.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Sistem pencegahan kebakaran yang berkesan merupakan suatu sistem yang dapat
mencegah kebakaran daripada merebak yang bermula dari sesuatu tempat kepada
tempat-tempat yang lain dan seterusnya ke seluruh bangunan. Oleh itu, peralatan
pencegah kebakaran adalah bertujuan untuk melindungi keseluruhan bangunan
daripada kerosakan dan kemusnahan yang diakibatkan oleh kebakaran sama ada
sebahagian kecil daripada bangunan tersebut atau keseluruhannya.
Berikut adalah persoalan ditimbulkan:

1.3.1 Anggota Stesen tidak mempunyai pengurusan rekod penyelenggaran


sistem pencegah kebakaran yang sistematik. Kegagalan dalam
perlaksanaan pengurusan rekod penyelenggaraan sistem pencegah
kebaran adalah disebabkan kurang pengetahuan serta kesedaran
mengenai keselamatan kebakaran.

3
1.3.2 Anggota Stesen PAPA dan pihak pentadbir tidak mengetahui garis
panduan pengurusan rekod penyeleggaraan pencegah kebakaran.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mewujudkan satu garis
panduan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan dari aspek
keselematan kebakaran kepada Anggota Stesen. Namun masih
terdapat segelintir Anggota Stesen yang tidak mematuhi cara
pengurusan keselamatan kebakaran.

1.3.3 Anggota Stesen mempunyai pengetahunan yang kurang tentang


kesedaran dalam perlaksanan pengurusan alat pencegah kebakaran
dan tidak mempunyai kemahiran asas penggunaan alat pencegah
kebakaran.

1.3.4 Anggota stesen yang kurang mahir mengendali alat pencegah


kebakaran. Namum masih segelintir anggota stesen tidak tahu cara-
cara mengendalikan kebakaran seperti pemadam api yang perlu
digunakan jika berlaku pemindahan.

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Terdapat dua (2) objektif utama kajian yang perlu dicapai adalah seperti berikut:

1.4.1 Keberkesanan Pengurusan Rekod


i. Mengenalpasti tahap pengurusan rekod penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran.
ii. Mengenalpasti Anggota Stesen PAPA dan pihak pentadbir
mengetahui garis panduan pengurusan rekod penyeleggaraan sistem
pencegah kebakaran.

1.4.2 Tahap Kemahiran Anggota Stesen


i. Mengenalpasti tahap kesedaran anggota Stesen PAPA dalam
pelaksanaan pengurusan sistem pencegah kebakaran.

4
ii. Mengenalpasti anggota Stesen mahir mengendalikan alat pencegah
kebakaran.

1.5 LIMITASI DAN SKOP KAJIAN

Kajian ini akan mengkaji cara untuk meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan
rekod penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bangunan Unit Gugusan
Semarang Peninjau (Stesen PAPA TLDM) melalui kaedah soal selidik yang
melibatkan 20 anggota. Dalam menjalankan kajian, pengkaji telah menjalankan
kajian di stesen PAPA TLDM yang terdiri daripada 20 orang anggota dari pelbagai
pangkat dan kepakaran. Anggota yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Teknikal - 6 orang
ii. Kelasi - 4 orang
iii. Komunikasi - 2 orang
iv. Bekalan & Urusetia - 6 orang
v. Paskal - 2 orang

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan akan dapat memberi impak kepada pemahaman khususnya
meningkatkan kesedaran pengurusan rekod keselamatan kebakaran di kalangan
kepada anggota stesen dan pihak pentadbir. Di samping itu, hasil kajian diharapkan
dapat memberi pendedahan kepada anggota stesen dan pihak pentadbir betapa
pentinganya kaedah mengendalikan keselamatan kebakaran.

Kajian ini diharapkan akan membantu anggota dan pihak pentadbir supaya lebih
bertangjungjawab dalam pengurusan rekod keselamatan kebakaran di stesen. Ia juga
boleh membantu dalam mencegah atau mengelakan daripada berlaku kebakaran.
Melalui kajian ini juga akan dapat berkepentingan kepada semua pihak yang terlibat
berkaitan pengurusan rekod keselematan kebakaran di stesen.

5
Gambar 3: Situasi latihan melawan kebakaran di Stesen PAPA dan Pangkalan
TLDM

Anda mungkin juga menyukai