Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUKAU

W.D.T 198, 90200, KOTA KINABATANGAN


KINABATANGAN, SABAH.

“PENDIDIKAN BERKUALITI PENJANA MODAL INSAN UNGGUL”

Tarikh : 09 MAC 2020

Kepada,
Ibu Bapa atau Penjaga Tahun 3 Bijak,
Pelajar Sekolah Kebangsaan Sukau,
Kinabatangan.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KECERIAAN UNTUK KELAS 3 BIJAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacitanya bahawa saya Noor Fatilah Yusop, guru kelas Tahun 3 Bijak, dengan rendah hati
ingin memohon sumbangan bagi meningkatkan suasana ceria dan persekitaran pembelajaran yang
berinformasi untuk kelas 3 Bijak.

03. Sumbangan yang boleh diberikan adalah dalam bentuk wang ringgit sebanyak RM10.00 sahaja.
Ini adalah bertujuan untuk membeli keperluan keceriaan kelas supaya murid kelas 3 bijak mendapat
suasana pembelajaran yang lebih kondusif lagi.

04. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya sekiranya pihak tuan/puan dapat menyumbangkan
sumbangan ikhlas agar rancangan ini dapat dijayakan dengan baik. Segala kerjasama dan keprihatinan
daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________________ ______________________
(NOOR FATILAH BINTI YUSOP) (SALLEH BIN JAHAYA)
Guru Kelas 3 Bijak Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sukau Sekolah Kebangsaan Sukau
Kinabatangan. Kinabatangan.

Anda mungkin juga menyukai