Anda di halaman 1dari 6

UNIT KUALITI

HOSPITAL SEBERANG JAYA Tel: 04-3827333


13700, JALAN TUN HUSSEIN ONN, Faks: 04-3970754
Pranala: http://jknpenang.moh.gov.my/hsj
SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

SENARAI EDARAN SEPERTI BERIKUT: Ruj. Kami: HSJ/JK/PSA(1)


KETUA JABATAN TRAUMA DAN KECEMASAN (E.T. D.) Tarikh: 8 hb Mac 2024
(8.3.2024)
KETUA JABATAN PERUBATAN DALAMAN
KETUA JABATAN PEMBEDAHAN AM
KETUA JABATAN ORTOPEDIK
KETUA JABATAN PEDIATRIK
KETUA JABATAN PERGIGIAN
KETUA JABATAN E.N.T.
KETUA JABATAN OBSTERIK DAN GINEKOLOGI
KETUA JABATAN RADIOLOGI

Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROCEDURAL SEDATION AND ANALGESIA WORKSHOP 2024 (BENGKEL
PEMBIUSAN DAN ANALGESIA SEMASA PROSEDUR KLINIKAL 2024) ANJURAN BERSAMA
JABATAN TRAUMA DAN KECEMASAN HOSPITAL SEBERANG JAYA SERTA UNIT KUALITI
HOSPITAL SEBERANG JAYA

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara yang diutarakan di atas:

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan tuan/puan telah dijemput untuk menghadiri Procedural
Sedation and Analgesia (PSA) Workshop 2024, anjuran pihak Jabatan Trauma dan Kecemasan serta
Unit Kualiti Hospital Seberang Jaya, dan ketetapan acara tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 6 hb Mei 2024, bersamaan dengan hari Isnin


Masa: 8 pagi sehingga 5 petang (sila rujuk Lampiran A untuk jadual acara)
Tempat: Dewan Mutiara, Hospital Seberang Jaya

3. Bengkel ini diadakan setelah penelitian hasil rapat antara-jabatan suku akhir 2023 berkenaan
persoalan kompetensi dan tahap kemahiran pegawai perubatan dalam pengamalan teknik dan
tatalaksana pembiusan serta pemberian ubat analgesia sewaktu prosedur klinikal (PSA, procedural
sedation and analgesia), pihak Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital Seberang telah berganding
bahu dengan Unit Kualiti Hospital Seberang Jaya untuk mengadakan suatu Bengkel hasil kerjasama
antara kedua-dua jabatan ini untuk memapankan kemahiran pemberian agen bius dan analgesia
semasa menjalani prosedur klinikal.

3. Bengkel ini merupakan bengkel antarajabatan yang julung kali diadakan berkenaan bidang PSA.

4. Khalayak sasaran (target audience) merupakan pakar klinikal ataupun pakar runding dari setiap
jabatan yang terangkum dalam senarai edaran.

5. Objektif utama Bengkel ini adalah untuk:


a) Mengetengahkan konsep pemberian agen bius dan analgesia sewaktu prosedur klinikal yang
selamat dan berlandaskan garis-garis panduan termutakhir

b) Berkongsi kemahiran dan kepakaran dalam penerapan agen bius dan analgesia dalam proses
rawatan pesakit demi melancarkan prosedur klinikal yang mempunyai risiko kesakitan yang ketara,
agar bukan sahaja keselamatan dan kestabilan faal pesakit terjamin, tetapi kebarangkalian kegagalan
ataupun perumitan prosedur diminimakan.

c) Membetulkan dan menyingkirkan silap fikir (fallacy) ataupun mitos (myth) yang berkaitan dengan
cara penggunaan, indikasi, dosis dan jenis agen bius dan analgesia, lantas menegakkan semula
prinsip pengamalan kemahiran perubatan berlandaskan gagasan bukti sedia ada (evidence-based
medicine)

d) Mendedahkan peserta kepada situasi khas di mana pertimbangan spesifik dan wajar harus
diberikan kepada pilihan jenis ubat, dosis, indikasi dan cara pemantauan ubat yang digunakan,
terutamanya dalam pesakit pediatrik, geriatrik, berpenyakit ganda dan obstetrik.

e) Memperkenalkan peserta kepada tatacara benar untuk menaksir pesakit yang akan menjalani PSA
untuk meminimakan komplikasi dan membolehkan kesiapsiagaan menghadapi komplikasi yang bakal
terjadi.

6. Sehubungan itu, kami berharap tuan/puan akan memberikan pelepasan kepada 3 (tiga)
orang pakar/pakar klinikal/pakar runding untuk menghadiri bengkel kemahiran kritikal (critical
skills) ini, agar kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital ini dapat dilestarikan, sejajar dengan
kepentingan perkhidmatan yang holistik.

Selari dengan persetujuan yang disepakati dengan pihak Jabatan Trauma dan Kecemasan yang
menjadi tonggak utama bengkel ini, serta khalayak sasaran program ini, peserta yang didaftarkan
oleh jabatan masing-masing harus terdiri daripada pakar, pakar klinikal ataupun pakar
runding.
7. Untuk Jabatan Perubatan Dalaman, slot pencalonan dibuka sebanyak 5 tempat, dan peserta
yang didaftarkan harus terdiri daripada seorang pakar neurologi dan seorang pakar geriatrik.

8. Tarikh akhir untuk proses pendaftaran peserta ialah tanggal 15 hb April 2024, 5 petang.
Pencalonan peserta hanya akan diadakan secara atas talian (pranala dan kod QR tersedia di
bahagian Lampiran). Pendaftaran selepas tarikh akhir tidak akan dilayan.

9. Peserta yang didaftarkan untuk bengkel ini akan disertakan dalam suatu kumpulan
Whatsapp khas untuk bengkel ini. Oleh hal yang demikian, pastikan nombor telefon yang
didaftarkan itu tepat dan berfungsi.

9. Peserta dikehendaki membawa sebarang alat tulis, kalkulator atau kertas dan air minuman sendiri,
sejajar dengan dasar penghematan jabatan.

10. Bersama-sama surat jemputan ini disertakan Lampiran yang mengandungi jadual acara tentatif
serta pranala formulir pendaftaran (https://forms.gle/CfGCt3tWwYJFKwsL9) dan kod QR
pendaftaran peserta. Maklumat yang ditandawajibkan harus diisi dengan benar agar tidak
menjejaskan kesinambungan gerak kerja.

11. E-Sijil hanya akan diterbitkan dan dihantar ke emel yang didaftarkan semasa proses pendaftaran
pada akhir acara sesudah mengisi dan menghantar borang maklum balas atas talian yang akan
diumumkan pada penghujung program. Pranala untuk borang maklum balas pasca-acara akan dirilis
pada akhir program selepas peperiksaan penilaian tamat.

12. Nilai CPD yang layak diperoleh peserta adalah 8 mata. Mata CPD peserta tidak akan dijejaskan
skor peperiksaaan penilaian tamat bengkel.

13. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai, dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

DR AZIMA BINTI OTHMAN


KETUA UNIT KUALITI HOSPITAL SEBERANG JAYA
MPM 61825

DR NATHANAEL LEE YONG SHENG


UNIT KUALITI HOSPITAL SEBERANG JAYA
MPM 87298

SALINAN KEPADA:

1. TUAN PENGARAH HOSPITAL SEBERANG JAYA


2. KETUA JABATAN TRAUMA DAN KECEMASAN (E.T. D.)
3. KETUA JABATAN PERUBATAN DALAMAN
4. KETUA JABATAN PEMBEDAHAN AM
5. KETUA JABATAN ORTOPEDIK
6. KETUA JABATAN PEDIATRIK
7. KETUA JABATAN PERGIGIAN
8. KETUA JABATAN E.N.T.
9. KETUA JABATAN OBSTERIK DAN GINEKOLOGI
10. KETUA JABATAN RADIOLOGI
LAMPIRAN: JADUAL ACARA

Date: 6 May 2024, Monday


Tarikh: 6 hb Mei 2024
Time slot Event/activity
0800-0845 Registration
- Scan the QR code or access the Attendance URL for the online
attendance form
0845-0915 Introduction to the concepts of Procedural Sedation and Analgesia
Speaker:
0915-0930 Morning Tea
0930-1015 Drugs used in PSA
1015-1100 Assessing a candidate patient for PSA
1100-1110 Toilet Break
1110-1255 Procedural sedation and analgesia
1255-1340 Practicing PSA in special populations and patients with comorbidities
1340-1430 Break (no lunch provided)
1430-1515 Trouble shooting the PSA patient + Q&A
1515-1600 Applying PSA: Scenarios and group discussion
1600-1645 Exit examination
1645-1700 Results and fill online feedback form (QR code provided)
1700-1715 Group photo and end of course

Workshop Registration Link:


Pranala Pendaftaran untuk Bengkel:
https://forms.gle/CfGCt3tWwYJFKwsL9

Alternatively, you may scan the following QR code to register your seat:
Anda juga dapat mendaftarkan diri untuk bengkel ini lewat imbasan kod QR berikut:
Deadline: 15th April 2024, 5 PM.

Anda mungkin juga menyukai