Anda di halaman 1dari 2

Ahli Kumpulan:

Lim Xin Er
Ng Yun Jia

Skrip Temu Bual

Intro

Xin: Salam sejahtera cik, nama saya Lim Xin Er dari Stesen TV BBC.

Ng:(Batuk…) Selamat pagi, Xin Er. Selamat datang ke SJK (C) Eok Kwan.

Xin: Hari ini saya ingin menemu bual Yun Jia tentang sejarah SJK (C) Eok Kwan.

Ng: Silakan (Senyum :) )

Isi

Xin: Baiklah saya mulakan dengan soalan siapa pengasa sekolah ini?

Ng: Pengasas sekolah ini ialah Lim Eok Kwan pada tahun 1950.

Xin: Bagaimanakah SJK (C) Eok Kwan mendapat nama?

Ng: Nama ini adalah diasaskan dari nama pengasas.

Xin: Bagaimanakah boleh tercetusnya idea ingin membuka sekolah ini?

Ng: Sekolah ini merupakan sekolah pertama ditubuhkan dalam kawasan Hulu Perak untuk
memenuhi peluang pendidikan bangsa Cina.

Xin: Bilakah tarikh rasmi SJK (C) Eok Kwan dibuka?

Ng: SJK (C) Eok Kwan secara rasminya dibuka pada 13 Januari 1950.

Xin: Bolehkah cik menceritakan sedikit berkaitan struktur awal pembinaan sekolah ini?
Ng: Pada awalnya, sekolah merupakan sebuah bangunan kayu yang bertempat di tepi jalan
Pengkalan Hulu. Seterusnya, sekolah dipindah ke tapak sekarang dengan membina bangunan
A. Pada tahun 1980, bangunan B dibangunkan akademik untuk dijadikan kelas. Bangunan C
pula dibangunkan pada tahun 2000 dan telah dijadikan pejabat guru.

Xin: Apakah kemudahan awal yang disediakan pada masa tersebut?

Ng: Pada awalnya, sekolah kita hanya terdapat 5 bilik darjah untuk murid sekolah rendah serta
dua buah tandas. Selain itu, terdapat sebuah kantin, dua bangsal basikal dan padang
permainan. Seterusnya pada tahun 2008, sekolah telah menjalankan revolasi. Pembangunan
baru telah ditambahkan dan kawasan sekolah diluaskan. Prasekolah dibina dan 20 buah bilik
darjah dibina untuk memuatkan murid dari tahun 1 hingga 6. Tambahan pula, makmal sains,
komputer, bilik guru dan bilik muzik juga dibina.

Xin: Baiklah terima kasih kepada Cik Yun Jia kerana telah memberi kerjasama dalam berkongsi
maklumat untuk temu bual ini.

Ng: Sama-sama, harap dapat membantu cik. Terima kasih Cik Xin Er sudi menemu bual dan
mempromosi sekolah kita. (Senyum..)

Kesimpulan/ Rumusan

SJK (C) Eok Kwan mempunyai sejarah yang lama. Ia mempunyai banyak peristiwa yang dapat
dikaji oleh pakar bidang Sejarah. Pembangunan sekolah tersebut sangat susah. Ia dari
bangunan kayu hingga ke bangunan simen memerlukan masa, tenaga dan wang yang banyak.
Para dermawan dapat menderma wang untuk membantu SJK (C) Eok Kwan.

Anda mungkin juga menyukai