Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN PEMBINAAN SUDUT BACAAN DI SEKOLAH SJK(T) LADANG RINI

LAPORAN GURU PELATIH

Tarikh : 26 Feb 2017

Hari : Ahad

Masa : 1.00 ptg

Tempat : SJK (T) Ladang Rini

Galeri Sejarah Sekolah hendaklah dipaparkan sebagai pusat setempat untuk


mengenali sejarah penubuhan sekolah, perkembangan dan kemajuannya serta
personalia yang telah bekerjasama berusaha membangunkannya. Selain itu ia harus
juga memberi ruang bagi mempamerkan sejarah tempatan di mana sekolah itu
berada. Sekolah SJK(T) Ladang Kelan tidak mempunyai galeri ataupun sudut
sejarah sehingga ke hari ini . Saya yang bernama Thinadhayalan A/L
Ramanujam,pelatih guru pratikum Fasa 2 dari Institut Perguruan Kampus Ipoh dan
pasangan pratikum saya Preshant A/L Sathasivam, pelatih PISMP SEM 6 telah
membuat cadangan untuk membuat suatu galeri sejarah bagi pihak sekolah. Mula-
mula kami mengutarakan cadangan pembinaan galeri ataupun sudut sejarah
dengan guru panitia sejarah SJK(T) Ladang Kelan dan cadangan kami dipersetujui
oleh guru panitia dan akhirnya cadangan kami diluluskan oleh Guru Besar sekolah
tersebut.

Selepas itu, kami membuat perancangan yang teliti berkenaan cara


pembinaan galeri sejarah dan kami melakukan tugas pengumpulan maklumat
berkaitan dengan pembinaan galeri sejarah tersebut. Kami memilih tempat/lokasi
yang berhampiran dengan kantin sebagai lokasi Galeri Sejarah memandangkan
lokasi tersebut luas sedikit dan tidak begitu sempit dan tambahan, lokasi tersebut
sentiasa dalam perhatian warga sekolah, terutamanya murid-murid sekolah tersebut.
Kami meminta bantuan guru panitia sejarah dalam proses pembinaan galeri
sejarah. Beliau membimbing kami dalam memilih bahan maklumat yang sesuai
untuk dijadikan pameran dalam galeri sejarah tersebut.

Gerak kerja dimulakan pada 14 Ogos 2016 oleh kami berdua dan beberapa
orang kakitangan sekolah. Mula-mula kami membahagikan tugasan pengumpulan
maklumat sesama kami. Contohnya, saya diberi tugas untuk mendapatkan
maklumat berkenaan sejarah kemerdekaan Negara Malaysia manakala pasangan
pratikum saya diberi tugasan untuk mendapatkan maklumat berkenaan raja-raja
Negara kita sebelum dan selepas kemerdekaan manakala guru panitia sejarah
sekolah

Penubuhan bilik Galeri Sejarah SJK(T) Ladang Kelan ini adalah berlandaskan
kepada objektifnya iaitu; melahirkan modal insan yang baik dan cintakan Negara,
menanam sikap yang berpengetahuan sejarah, mewujudkan lokasi menyimpan
khazanah sejarah sekolah, persekitaran dan Negara, menyediakan suatu tempat
yang menjadi sumber rujukan murid dan masyarakat setempat. Sehubungan dengan
objektif penubuhannya, maka Galeri Sejarah yang kami sediakan telah menyediakan
paparan yang berkaitan dengan unsur sejarah yang sebahagiannya adalah bahan
bertulis dan bahan cetakan. Kami juga memaparkan maklumat berkaitan kerjasama
warga sekolah dengan sokongan pertubuhan dan masyarakat sekitar.dalam sudut
sejarah tersebut.

Antara tema yang terkandung dalam bilik galeri adalah berkaitan sejarah
sekolah, sejarah tempatan, tokoh-tokoh negara dan tempatan, sejarah kemerdekaan
Tanah Melayu dan keunikan adat dan budaya masyarakat setempat. Bilik galeri
sejarah ini tidak mempamerkan sebarang bahan-bahan artifak yang mengandungi
unsur sejarah kerana pihak sekolah tidak mempunyai koleksi bahan-bahan tersebut.
Bahan cetakan dan bertulis yang kami hasilkan ini telah memberi impak yang besar
dalam mengimbas memori suatu masa dahulu berkenaan perjuangan tokoh-tokoh
kemedekaan Negara kita selain memberikan info yang menarik kepada
pengunjungnya terutamanya para murid.
Diharapkan kewujudan galeri sejarah ini memberikan suatu kesan yang baik
kepada murid-murid dan pengunjungnya kerana sejarah tidak akan mati, ia akan
terus hidup dan bernyawa malah sejarah itu akan berulang sebagai pengajaran dan
peringatan kepada kita. Galeri Sejarah yang kami wujudkan adalah merupakan
sebuah tempat dimana bahan berkaitan sejarah penubuhan sekolah, tokoh tokoh
penting yang banyak menyumbang untuk kemajuan dan perkembangan sekolah
serta maklumat sejarah tempatan dikumpul dan dipamerkan. Koleksi maklumat ini
diharapkan dapat membantu murid-murid menyediakan tugasan berkaitan dengan
sumber maklumat yang tepat .Kami mengambil masa selama satu minggu untuk
menyiapkan galeri sejarah tersebut. Kami mendapat bantuan /sumbangan
kewangan daripada pihak sekolah untuk memberi barangan dan peralatan seperti
kertas mahjong, kertas warna, kulit folio(mounting board) dan sebagainya.

Kami amat berterima kasih kepada pihak sekolah terutamanya guru panitia
sejarah sekolah yang berusaha mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak
sekolah. Selepas seminggu, kerja penyiapan galeri sejarahpun sampai ke
puncaknya dan kami berasa amat puas hati dengan hasilkerja kami yang penuh
dengan nilai kreativiti. Kami berharap para murid akan mendapat pengetahuan
sejarah yang mendalam seterusnya akan menghargai sejarah Negara kita. Dengan
ini saya sertakan beberapa gambar yang diambil semasa persediaan proses
pembinaan galeri sejarah untuk rujukan susulan. Sekian terima kasih.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH

__________________________ ______________________

(THINADHAYALAN A/L RAMANUJAM, GURU PANITIA SEJARAH

PELATIH GURU IPGKTI.

Anda mungkin juga menyukai