Anda di halaman 1dari 3

PUSTEM, SMK Kinabutan Tawau

MATA PELAJARAN : SENI VISUAL Kertas 1 (970/1)


NAMA GURU : ABD.KHAMIS BIN HJ.SALLEH

KESALAHAN-KESALAHAN UMUM JAWAPAN PELAJAR

BAHAGIAN A (Soalan Struktur)

Bil Jenis Kesalahan


1 Huraian jawapan / fakta kurang jelas dan tidak berkenaan
2 Contoh diberikan tidak sesuai
3 Meninggalkan ruang jawapan kosong tanpa dijawab (sebab tidak tahu)
4 Tidak dapat mengagihkan masa mengikut keutamaan soalan
5 Tidak berpandukan markah diberikan [………Markah / M]
6 Jawab ikut wajaran markah diberikan
7 Menggunakan singkatan ejaan
BAHAGIAN B (Pilihan Soalan 2 / 4) dan
BAHAGIAN C (Pilihan Soalan 1 / 2) - (Soalan Esei)
Pendahuluan hendaklah menceritakan secara ringkas tentang sejarah seni
1 berkaitan soalan atau terus berkaitan dengan karya dan persoalan yang
diberikan. Tetapi jangan terlalu panjang.
Kesimpulan hendaklah berbentuk rumusan keseluruhan jawapan. Sekiranya
2 positif, hendaklah diberikan penghargaan. Sekiranya negative, berikan cadangan
untuk memperbaikinya.
Setiap isi atau fakta hendaklah diberikan huraian dengan jelas. Contohnya fakta
3 garisan. Berikan maksud garisan, jenis-jenis garisan. Kemudian kaitkan
bagaimana garisan digunakan dalam karya tersebut.
4 Dilarang sama sekali menggunakan singkatan ejaan
5 Gunakan kata hubung dan penanda wacana yang sesuai dan menarik
6 Sebaik-baiknya, satu perenggan untuk 1 atau 2 isi / fakta
7 Langkau satu baris untuk setiap satu perenggan
Boleh berikan contoh karya lain tetapi mestilah sesuai dengan soalan atau bidang
8
karya yang disoal.
Tidak digalakkan menggunakan perkataan “dan lain-lain”, “dan sebagainya” atau
9
yang berkaitan.
10 Tulisan hendaklah kemas dan mudah dibaca
Ayat terlalu panjang. Gunakan ayat yang ringkas tetapi menarik dan mudah
11
dibaca serta difahami
12 Ayat 7 – 9 patah perkataan. Satu pernggan 7 – 8 baris
13 Ayat tergantung
BAHAGIAN B (Pilihan Soalan 2 / 4) dan
BAHAGIAN C (Pilihan Soalan 1 / 2) - (Soalan Esei)
14 Kaitan huraian dengancontoh kurang menarik
15 Jangan gunakan ‘point form’ atau angka kecuali masa tidak mencukupi
16 Digalakkan menggunakan bahasa pinjaman yang sesuai dan betul
17 Jangan campur aduk bahasa Inggeris seperti ‘Firstly’, ‘Secondly’ dan sebagainya
Jangan terlalu tertumpu kepada soalan yang tertentu sahaja menyebabkan anda
18
tidak dapat membahagikan masa untuk soalan yang lain
Jawab soalan mengikut wajaran markah yang diberikan. Sedikit markah
19
bermaksud jawapan ringkas dan sebaliknya.
* Baca keseluruhan soalan daripada soalan 1 hingga soalan 10 sebelum
20
menjawab. Kemungkinan jawapan terdapat di dalam soalan yang lain.
Bentuk soalan dan cara menjawabnya
1 Secara umum pernyataan akan diberikan bagi setiap soalan
Semua Bahagian (A, B dan C)
Sekiranya soalan dimulai dengan “Senaraikan”, “Berikan” dan seumpamanya :
2 - Jawapan terus kepada faka atau isi
- Tidak perlu berikan huraian atau contoh (tidak menjadi kesalahan
sekiranya calon berikan – Markah tidak akan dipotong)
Semua Bahagian (A, B dan C)
Sekiranya soalan dimulai dengan “Nyatakan”, “Huraikan”, “Jelaskan”,
3
“Terangkan”, “Bincangkan” dan seumpanya:
- Jawapan mesti ada fakta/isi, huraian dan contoh
Semua Bahagian (A, B dan C)
Calon hendaklah melihat wajaran markah yang diberikan
4 - Sekiranya [1 Markah] bererti jawapan fakta sahaja
- Sekiranya [2 Markah] atau lebih bererti jawapan mestilah ada fakta,
huraian dan contoh.
Bahagian A (Soalan Struktur)
- Jawapan berpandukan wajaran markah diberi [.....M / .....Markah]
5
- Sekiranya ruangan jawapan bergaris diberikan banyak bererti jawapan
mestilah panjang (fakta, huraian dan contoh)
Bahagian B dan Bahagian C
Calon digalakkan menjawab soalan yang bergambar. Kebiasaannya jawapan terdapat di
dalam gambar yang disertakan.

Selamat menjawab dengan cara yang betul

Disediakan oleh
ABDUL KHAMIS BIN HJ.SALLEH
PUSTEM, SMK Kinabutan. Tawau

Anda mungkin juga menyukai