Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PEMBUGARAN BILIK SENI SEKOLAH


SK TASEK UTARA

PENDAHULUAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui


persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk
merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran
sekolah yang kondusif terutamanya kawasan bilik khas iaitu bilik seni yang menjadi tempat
atau wadah ilmu bagi pelajar-pelajar menghasilkan karya.

Justeru,sebagai tempat yang menjadi perhatian murid-murid, bilik seni seni sekolah
mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna
pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.

RASIONAL

Bilik seni di sekolah merupakan satu bilik yang dikhaskan untuk murid-murid menjalankan
aktiviti seni. Bilik seni ini perlu diambil berat oleh pihak sekolah dan guru yang
bertanggungjawab dari semasa ke semasa. Penjagaan bilik seni tidak boleh diambil ringan
oleh pihak sekolah kerana bilik ini memberi manfaat kepada murid-murid untuk melakukan
aktiviti yang berkaitan seni di sekolah. Oleh itu, bilik seni ini perlulah dibuat penambahbaikan
dari segi keceriaan secara berkala mengikut peredaran waktu selaras dengan kehendak
keperluan semasa. Penjagaan peralatan-peralatan seni yang betul serta penyimpanan hasil
kerja murid akan menjadikan peralatan tersebut dapat bertahan lebih lama serta dapat
digunakan dalam jangka masa yang lama.

OBJEKTIF
Menambahbaik infrasturuktur, menyelenggara, membaiki kerosakan dan menceriakan
kembali keadaan Bilik Seni SK TASEK UTARA.

TEMA

Minimalist

TEMPAT

Bilik Seni Sk Tasek Utara


TARIKH DAN MASA

Bulan Januari 2024

IMPLIKASI KEWANGAN

Rujuk Lampiran 1

PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan Bilik Seni Sekolah sebagai pusat
tumpuan kreativiti di sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dengn izin dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NASIHA SAKINA BINTI SUKIRMAN) (SHARIPAH BINTI MOKHTAR)


Penyelaras Bilik Seni Guru Penolong Kanan 1
Sk Tasek Utara Sk Tasek Utara

Disahkan oleh,

(UZAINI BIN ABDUL RAZAK)


Guru Besar
Sk Tasek Utara
Lampiran 1

IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber kewangan

PCG PSV (White Board (size:120 x 240cm)) RM 450.00

Peruntukan PIBG SK Tasek Utara RM 700.00

Anggaran perbelanjaan

BIL ITEM KUANTITI HARGA (RM)


1 BAHAGIAN A
Cat dinding 2 220.00
Banner 1 150.00
White Board (size:120 x 240cm) 1 450.00

2 BAHAGIAN B (ALAS MEJA)


Tikar getah (11 buah meja) 2 330.00

JUMLAH 1150.00
BILIK SENI

SK TASEK UTARA
Keadaan bilik seni yang diserang anai-anai memusnahkan sebahagian

hasil kerja murid dan peralatan di bilik seni.

Anda mungkin juga menyukai