Anda di halaman 1dari 13

Nama : Tarikh :

SULIT
011
Bahasa
Melayu

Set 4
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 4

BAHASA MELAYU
Kertas 1

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

011 2009 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT


Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu
jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama
dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 18


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Seseorang yang berusaha pasti akan memperoleh kejayaan.

A malas
B berat
C rajin
D baru

2. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga mengikuti lawatan ke


Taman Negara.
A pernah
B sudah
C telah
D akan

3. Pelajaran Aishah terganggu ibu dan ayahnya berpisah.

A sejak
B walaupun
C demi
D lalu

4. “ adik−adikku, dengarlah kata ibu bapa kita!” kata Dang Anum.


A Aduh
B Aduhai
C Oh
D Wahai

2
Soalan 5 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

5. Kedua- dua hulubalang itu bermain senjata.


A deras
B gopoh
C kuat
D cekap

6. “ akan melaksanakan perintah Tuanku,” kata Hang Tuah kepada Sultan


Melaka.
A Patik
B Beta
C Pancar
D Hamba

7. Puan Kamsiah menyapu yang gugur dari pokok di halaman rumahnya.


A bebawang
B dedaun
C rerumput
D rerambut

8. langkah-langkah yang harus diambil bagi mengatasi masalah


pencemaran air?
A Apakah
B Bagaimanakah
C Siapakah
D Mengapakah

3
Soalan 9 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

9. Ada bertimbun-timbun sekam padi di tepi kilang itu.


A longgokan
B melonggok
C dilonggokkan
D terlonggok

10. Saerah tidak menyedari kedatangan neneknya kerana dia terlalu


membaca buku cerita yang ditulis oleh penulis kegemarannya.
A ghairah
B asyik
C khusuk
D tekun

11. indah pemandangan di kawasan itu.


A Sungguh ….. sekali
B Paling ….. benar
C Begitu ……agak
D Amat …….sangat

12. orang anaknya belajar di menara gading.


A Ketiga
B Bertiga
C Ketiga-tiga
D Bertiga-tiga

4
Soalan 13 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

13. Bendahara Tun Perak ketika menghadap Sultan Melaka.


A mengangkat tabik
B mengangkat sumpah
C mengangkat sembah
D mengangkat tangan

14. “Apa boleh buat, dia memang dan sebab itulah dia menerima
hukuman.” Kata Laksamana Hang Kasturi.
A bersalah
B disalahkan
C tersalah
D menyalahkan

15. Puteri Gunung Ledang menjadi rebutan sultan kerana sangat cantik seperti
.
A bidadari
B puteri
C bulan purnama
D bintang

16. Puncak bukit itu kabus tebal.


A dikelilingi
B diselubungi
C ditimbusi
D dibaluti

5
17. Keluarga Maria menjaga nya itu seperti anaknya sendiri.
A anak emas
B anak angkat
C anak kandung
D anak gaharu

18. Puan Lela ibu tiri Bawang Merah dan Bawang Putih.
A pun
B ada
C ialah
D adalah

Soalan 19 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

19. Para pekerja sedang mencantas reranting pokok di sepanjang jalan itu.
Perkataan seerti bagi perkataan bergaris ialah
A mengerat
B memotong
C memangkas
D mencencang

20. Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.


Perkataan berlawan bagi berbukit ialah
A berpaya
B rata
C berlekuk-lekak
D berteres

6
21. kawasan itu mengalami banjir kilat.
A Setiap
B Seluruh
C Segala
D Sebilangan

Soalan 22
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah
22. Saya suka berjoging kerana dapat menyihatkan badan.
A Bilakah masa yang sesuai bagi kamu berjoging?
B Adakah kamu suka berjoging?
C Mengapakah kamu suka berjoging?
D Adakah berjoging itu penting?

Soalan 23.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

23. Siapakah yang telah menyelamatkan rumah di kampung itu daripada dijilat api
semalam?
A Pihak bomba memadamkan kebakaran di kampung itu semalam.
B Pihak bomba telah menjilat api kebakaran semalam di kampung kami.
C Pihak bomba telah menyelamatkan rumah kampung kami dari semalam.
D Pihak bomba menyelamatkan orang kampung daripada dijilat api.

Soalan 24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
24. Semua penduduk menyambut baik program menanam sayur-sayuran secara
hidroponik.
A Sambutan menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh
semua penduduk.
B Semua penduduk yang menanam sayur-sayuran menyambut baik program
hidroponik.
C Program menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh semua
penduduk.
D Penduduk menyambut baik sayur-sayuran yang ditanam secara program
hidroponik.

7
Soalan 25

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul

25. I. Beliau merupakan bekas guru Kajian Tempatan saya.


II. Hubungan Kak Lina dengan bekas suaminya masih baik.
III. Ibu memasukkan biskut-biskut itu ke dalam bekas plastik.
IV. Parut-parut lama itu masih bekas di lengan kirinya.
A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

26. I Durian yang gugur itu dimasukkan ke dalam bakul


II Pahlawan itu gugur di medan perang
III Budak itu gugur dari pokok
IV Rambutnya banyak yang gugur

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 27 dan Soalan 28.

Pilih ayat yang betul.

27 A Datuk ada memelihara beberapa ekor ayam.


B Yasmin mengelek piala yang dimenanginya.
C Naina menanamkan bunga ros di halaman rumahnya.
D Abang menunggang kereta yang baru dibelinya.

28 A Sultan Melaka menjatuhi hukuman penjara kepada penjenayah itu.


B Hadri dan Hazman senyum kepada kami.
C Pihak polis akan meneruskan siasatan berhubung dengan kes pembunuhan itu
esok.
D Nasrul mendapat berita itu dengan tenang.

8
Soalan 29 dan Soalan 30.

Pilih ayat-ayat yang betul.

29 I. Ayah telah menebas di belakang rumah rumput.


II. Bidang teknologi maklumat semakin berkembang pesat di negara kita.
III. Tarikh bermulanya cuti semester persekolahan bilakah?
IV. Ikmal berbaring lalu tertidur di Sofa.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

30 I. Kami berjoging di setiap petang di Taman Tasik Taiping


II. Semua rumah musnah di kampung itu dipukul ribut.
III. Gulai itu tidak termakan oleh Yusman kerana terlalu pedas.
IV. Syafik menebas di belakang rumahnya semak samun.

A III sahaja.
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja.
D II, III dan IV sahaja.

9
Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sang Kancil sedang berehat di tepi sungai. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dengung di atas
kepalanya. Apabila Sang Kancil mendongak, dia terlihat akan seekor agas.

Sang Kancil: Benda apakah yang berbunyi itu, Sang Agas?


Sang Agas : Perut hambalah yang berbunyi, Sang Kancil.
Sang Kancil: Eh, bagaimana pula perut tuan hamba dapat berbunyi?
Sang Agas : Pagi tadi badan hamba tergesel pada badan Sang Kerbau. Kebetulan ada duri
yang melekat pada badan Sang Kerbau itu. Sebagai akibatnya, duri tersebut
tertikam pada perut hamba dan menyebabkan perut hamba berbunyi.
Sang Kancil: Oh, kasihan! Tentu sakit perut tuan hamba.
Sang Agas : Sudah tentu. Tambahan pula, duri yang tertikam dalam badan hamba ini sejari
besarnya.
Sang Kancil: (Mengejek) Janganlah tuan hamba mencuba membohongi hamba. Mana
mungkin duri sebesar jari dapat masuk ke dalam
badan tuan hamba itu.
Sang Agas: Mengapa tuan hamba berkata demikian?
Sang Kancil: Bukankah badan tuan hamba hanya sebesar jarum? Jadi, tentulah mustahil duri
yang besar dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.
Sang Agas: Hai, Sang Kancil! Yang hamba maksudkan sejari itu ialah ukuran jari hamba
sendiri, bukannya ukuran jari tuan hamba (sambil tertawa). Tampaknya badan
tuan hamba saja yang besar, tetapi akal tuan hamba lebih kecil daripada badan
hamba ini.

Sang Kancil terdiam. Dia berasa malu sendiri. Dalam hatinya, Sang Kancil mengakui
kebijaksanaan Sang Agas.

31 Apakah yang mengganggu Sang Kancil ketika dia sedang berehat?


A Teguran Sang Agas
B Bunyi dengung di atas kepalanya
C Jeritan Sang Agas
D Cerita Sang Agas tentang perutnya

32 Apakah punca bunyi tersebut?


A Duri di perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi.
B Perut Sang Agas berbunyi kerana tergesel pada badan Sang Kerbau.
C Tusukan jarum pada perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi.
D Perut Sang Agas lapar.

10
33 Mengapakah Sang Kancil menuduh Sang Agas berbohong?
A Sang Agas memang suka berbohong.
B Sang Kancil tidak nampak apa-apa yang mencucuk badan Sang Agas.
C Badan Sang Agas lebih kecil daripada badan Sang Kerbau.
D Mustahil duri sebesar jari Sang Kancil dapat masuk ke dalam badan Sang Agas.

34 Penyataan yang berikut adalah benar tentang dialog tadi, kecuali


A perut Sang Agas tertikam duri semasa bergesel dengan Sang Kerbau.
B badan Sang Agas hanyalah sebesar jarum.
C duri yang melekat pada Sang Kerbau mengeluarkan bunyi.
D Sang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak.

35 Sang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak .

A seperti katak di bawah tempurung.


B seperti harimau menyembunyikan kukunya.
C seperti tikus membaiki labu.
D seperti mengajar itik berenang.

11
Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kualiti udara di sekeliling kita dikatakan sudah tidak bersih lagi. Kebanyakan negara
membangun dan negara maju di dunia berhadapan dengan masalah yang sama. Hal ini
disebabkan oleh peningkatan jumlah kenderaan, pembukaan lebih banyak kawasan pertanian,
perumahan, dan perindustrian yang mendadak.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, proses industri atau
penghasilan bahan pencemaran oleh kilang, pembakaran, tempat pelupusan sampah,
pembakaran terbuka khususnya di kawasan bandar dan pembakaran hutan yang tidak
terkawal. Habuk, asap, kabus dan wap atau bahan-bahan lain yang dapat menghalang
penglihatan merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan habuk seperti pembakaran sisa kayu
atau sekam padi. Selain itu, aktiviti masyarakat dapat menyumbang ke arah peningkatan indeks
kualiti udara. Antaranya; membakar sampah, memasak dengan menggunakan dapur arang
atau dapur kayu.dan tabiat merokok.

Bahan yang terampai di udara ini akan memberi kesan negatif kepada semua hidupan.
Sebagai contoh, bahan-bahan ini akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui sistem
pernafasan hingga berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur darah. Hal ini dapat
menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, barah, asma dan anemia.

Di samping itu, jarak penglihatan yang terhad sebagai akibat jerebu dapat menyebabkan
berlakunya kemalangan. Persekitaran menjadi kotor akibat habuk juga. Kesimpulannya, aktiviti
harian akan terganggu sebagai akibat pencemaran udara.

36 Semua yang berikut adalah faktor-faktor pencemaran udara, kecuali


A negara yang kian membangun.
B pelepasan asap kenderaan.
C proses industri dari kilang.
D pembakaran terbuka.

37. Kata mendadak sama maksudnya dengan kata


A menaik
B serta-merta
C luar biasa
D tanpa sedar

12
38 Apakah penyakit yang tidak disebabkan oleh pencemaran udara?
A Barah
B Asma
C Batuk
D Sengal otot

39. Mengapakah jerebu dapat menyebabkan kemalangan jalan raya?


A Kerana pemandu hilang sabar ketika memandu
B Kerana jarak penglihatan pemandu kian terhad
C Kerana jerebu menyebabkan kereta rosak
D Kerana persekitaran menjadi kotor sebagai akibat habuk

40. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus dilakukan kepada pihak industri
yang melakukan pencemaran?
A Menghalang produk keluaran itu diijual di pasaran.
B Mengenakan tindakan hukuman penjara kepada pekerja kilang
C Mengenakan denda yang tinggi atau menutup kilang terbabit
D Membuang pekerja-pekerja kilang yang masih beroperasi

13

Anda mungkin juga menyukai