Anda di halaman 1dari 3

KONTRAK PELAJAR-PEMAIN/AHLI KELAB BOLA SEPAK BAMBANGAN F.

Kegagalan untuk mematuhi mana-mana SATU polisi pasukan akan menyebabkan kepelbagaian
dalam tindakan disiplin termasuklah penyingkiran secara terus daripada pasukan Bambangan F.C.
Bermain untuk pasukan Bambangan F.C bukan suatu hak tetapi keistimewaan yang diperolehi
melalui sikap bertanggungjawab serta tindakan di dalam dan di luar padang sepanjang masa.

POLISI LATIHAN:

Bekerja keras, fokus dan disiplin adalah dijangkakan pada setiap sesi latihan (cara anda berlatih
merupakan cara anda bermain). Menepati masa; (bersedia tepat pada masa adalah lewat;
bersedia lebih awal adalah menepati masa). Memakai pakaian sukan yang lengkap serta sesuai
dengan permainan bola sepak. Tiada perkakasan serta barang kemas dibenarkan. Cara bermain yang
kotor adalah dilarang sama sekali.

Pemain hendaklah berbincang dengan pengurus dan jurulatih lebih awal sekiranya terdapat
kemungkinan tidak dapat hadir ke sesi latihan. Tanpa sebab yang munasabah yang menyebabkan
kepada ketidakhadiran, akan menyebabkan kehilangan peluang untuk bermain atau limitasi masa
bermain.

POLISI KECEDERAAN: Adalah menjadi tanggungjawab untuk merujuk kepada jurulatih sekiranya
menghadapi kecederaan. Kecederaan tipikal (bukan kecemasan) akan dirawat oleh
fisioterapi/jurulatih. Jika perlu, pemain akan disarankan berjumpa dengan doktor untuk rawatan
kecederaan dan pemain adalah perlu untuk berehat sepanjang sesi rawatan berlangsung. Pemain
yang cedera dan tidak aktif hendaklah memerhatikan sesi latihan dan sesi perlawanan dari sisi
padang.

POLISI DI DALAM KELAS: Pemain hendaklah berada tepat pada masanya hadir ke sekolah dan
memasuki kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran . Selain itu, pemain hendaklah
mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam lembaga disiplin sekolah. Kegagalan mematuhi
mana-mana peraturan akan menyebabkan anda disingkir daripada kelab dan digantung sepanjang
musim liga super Sukaurian dijalankan. Kelakuan yang baik di dalam kelas merupakan suatu
keperluan terhadap semua pemain bola sepak. Gred di bawah empat puluh peratus (40%)
merupakan suatu indikator anda tidak menyeimbangkan akademik dan ko-kurikulum dan kelab
berhak menyuruh pemain untuk menumpukan lebih perhatian terhadap pelajaran dan wajar
mengambil semula ujian/peperiksaan tersebut. Pemain hendaklah memastikan sebarang bentuk
kerja rumah disiapkan dan memberitahu jurulatih/pengurus sekiranya menghadapi kesukaran dalam
akademik.
SYARAT KELAYAKAN SEBELUM HARI PERLAWANAN :

1. Pemain yang tidak hadir sebanyak 2 tanpa sebab selepas pelancaran Liga Super Sukaurian
akan digantung 1 perlawanan.

2. Pemain yang melakukakan kesalahan disiplin sederhana akan digantung sebanyak 2


perlawanan

3. Pemain yang melakukan kesalahan berat akan dibuang liga selama 1 musim.

POLISI DI LUAR PADANG: Pemain hendaklah bijak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengikut
rakan yang membawa kepada kemudaratan diri. Penggunaan alkohol, rokok atau sebarang bahan
terlarang yang lain adalah dilarang sama sekali. Pemain hendaklah berkelakuan wajar dengan
bertanggungjawab terhadap semua tindakan yang dilakukan.

POLISI KELAB: Penyertaan di dalam kelab bolasepak ini adalah amat digalakkan. Walau
bagaimanapun sekiranya terdapat pertindanan tarikh, penyertaan pemain di dalam
sukan/permainan di peringkat yang lebih tinggi adalah dibenarkan selepas perbincangan dengan
wakil kelab.

POLISI AKTIVITI PROGRAM KELAB: Pemain dan ahli kelab adalah diharapkan untuk turut serta dalam
semua aktiviti kelab sepanjang tahun untuk mempromosikan program bola sepak, menjana
kewangan kelab, menyediakan khidmat masyarakat, mempromosi dan memperkenalkan pemain-
pemain bola sepak sekolah.

POLISI TARIKH AKHIR: Pemain dan ahli hendaklah mematuhi masa tarikh akhir yang ditetapkan oleh
jawatnkuasa kelab. Tarikh akhir adalah tidak boleh diubah dan tidak fleksibel.

POLISI PENGGANTIAN WANG DAN PENYINGKIRAN KEAHLIAN: Tiada istilah


pemulangan/penggantian wang semula selepas pembayaran dibuat untuk sebarang sebab
termasuklah: berhenti dari menyertai kelab, berpindah ke sekolah lain atau diberhentikan dari
sekolah. Penyertaan ke dalam kelab akan dipertimbangkan oleh pengurus berdasarkan pencapaian
semasa pemain/ahli.

KONTRAK PENGAKUAN PELAJAR-PEMAIN/AHLI DALAM BAMBANGAN F.C

Tanda tangan di antara dua pihak (pemain dan pemilik kelab) menyatakan bahawa kita telah
mencapai persetujuan untuk membawa pasukan ke arah kecemerlangan sukan dan akademik.

.................................................................... ...................................................................
Nama Pemain/Ahli: Nama Wakil Pengurusan Pasukan:
____________________________________ _____________________________________
No. Kad Pengenalan: Jawatan:
Tingkatan:
Tarikh: _______________________________

Anda mungkin juga menyukai