Anda di halaman 1dari 4

BAB 8: KAMERA

Lelaki muda itu berasal dari _____________, Ogonshoto. Dia mewakili Ogonshoto ke Tokyo bagi
program Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Dia berada di Tokyo, Jepun selama _______ bulan untuk
menyertai program itu. Semasa di Jepun, dia berpeluang menghayati kesenian orang Jepun. Sebelum
bertolak balik ke Ogonshoto dia membeli beberapa cenderamata termasuklah sebuah kamera dengan
beberapa komponen kelengkapannya. Dia mengilhamkan dan mencipta sebuah kamera yang dipanggil
kamera ______________________yang boleh merakam ‘peristiwa masa lalu pada masa ini’.
Sebaik-baik tiba di lapangan terbang Tatamanu, dia berasa rindu untuk mengetahui berita di
Ogonshoto, lalu membeli senaskhah surat khabar ______ halaman. Itu saja surat khabar tunggal di
Ogonshoto. Ketika berada di dalam teksi menuju ke rumahnya di Tatamanu, dia terpandang satu
_________ dalam akhbar itu. Iklan itu menunjukkan bekas komandan tentera yang memohon maaf
kepada semua pihak atas kesilapannya semasa berkhidmat dalam ______________________Ogonshoto
dahulu. Menurut pemandu teksi itu, kebanyakan mereka akan menyesali akan dosa silam mereka.
Dia meminta supaya dibawa berjumpa dengan komandan tentera tersebut. Sebaik-baik tiba di
rumah komandan itu, dia mendapati seorang ______________ sedang menjerit-jerit minta ampun dan
bercakap sendirian (meracau) menyalahkan dirinya sendiri. Tentera itu juga pernah meminta jirannya
agar menolong menyediakan iklan meminta maaf. Tentera tersebut teringat akan kejahatannya dahulu;
seolah-olah dapat dilihatnya orang-orang yang dizaliminya ketika berkhidmat dahulu datang
___________________. Anak-anaknya tidak seorang pun yang mahu menjaganya. Isterinya yang tua
dan lumpuh sedang duduk tepok di lantai. Isterinya itulah sahaja temannya sekarang. ___________,
___________, ___________, ___________, _____________, dan _______________berserakan di lantai.
Ada seorang rakan komandan tentera itu cuba menenangkannya, dan berkata bahawa dia tidak
perlu memohon maaf kepada sesiapa. Sebaliknya hanya memohon maaf kepada _____________. Rakan
komandan itu berkata, “bukankah kamu sudah diajar supaya tidak berasa berdosa kerana melakukan
semua tindakan kejam itu demi Presiden dan Republik Ogonshoto”, katanya. Bekas komandan itu
terbayang-bayang akan dosanya yang lalu. Antara dosanya, dia telah membunuh seorang lelaki aktivis
hak asasi manusia di jurang kawah gunung berapi Gora-Gora ________tahun lalu. Tindakan itu
dilakukan olehnya atas perintah sulit ____________________.
Apabila tiba di rumah bujangnya di Tatamanu, dia mencantum-cantumkan komponen
kameranya dengan kalendar ______________. Kalendar itu boleh diputar-putar untuk mendapatkan
sesuatu tarikh dari julat tahun 0001 hingga kini. Akhirnya kamera eksperimental itu siap dicantumkan.
Kamera itu boleh merakam ____________ dan ___________ sesuatu peristiwa dengan memasukkan
tarikh, cuaca dan suhu badan orang itu. Kamera itu dapat melihat peristiwa _____________. Menurut
temannya, kamera itu merupakan ciptaan luar biasa.
Dia akhirnya teringat tentang kata-kata bekas komandan yang menyalahkan dirinya itu. Dia
berfikir, mungkinkah aktivis yang dibunuh itu adalah abangnya, manakala khabar angin yang
menyatakan abangnya bersembunyi di _____________ adalah tidak benar. Lalu dia bersama-sama
temannya mengambil keputusan mendaki gunung berapi ________________. Semasa berada di puncak
gunung berapi itu, dia mengambil gambar di sekelilingnya. Selepas itu, dia memproses gambar itu. Ada
tiga keping gambar yang berjaya diproses. Melalui gambar-gambar itu, dia mendapati bahawa memang
betul bekas komandan itulah yang membunuh abangnya. Dalam foto pertama yang dirakam dengan
kamera eksperimental itu, dia mendapati mata abangnya ditutup, dan tangan diikat oleh seorang
tentera. Kemudian rakaman foto yang kedua, tentera itu menembak abangnya dengan pistol. Dalam
foto ketiga pula, menunjukkan mayat abangnya diterjang oleh tentera itu lalu jatuh ke kawah gunung
berapi Gora-Gora.
Apabila pasti bahawa mangsa dalam foto itu adalah abangnya, dia berhasrat untuk menuntut
keadilan (menuntut bela) di mahkamah atas kematian abangnya. Dia menyiapkan _______ penggunaan
atau cara-cara menggunakan kamera itu untuk diserahkan kepada kawannya sebagai persiapan; kalau-
kalau ada apa-apa berlaku kepadanya kelak. Selepas itu dia bergegas ke pejabat undang-undang
Tatamanu, kemudian membuat laporan tentang penganiayaan terhadap abangnya. Dia menyerahkan
tiga keping foto itu kepada ___________ sebagai bukti. Ketika menunggu salinan laporannya disiapkan,
tiba-tiba muncul ______orang tentera, menggari dan menahannya atas tuduhan menggunakan kamera
yang belum diluluskan oleh pemerintah. Menurut tentera itu, perbuatan menggunakan kamera yang
belum diluluskan adalah kesalahan amat besar mengikut undang-undang di Republik Ogonshoto.
Dia dimasukkan ke dalam penjara. 3 keping foto yang diserahkan kepada hakim itu telah
dibuat salinan (photo copy) dan dihantar ke hospital tempat bekas komandan ditahan. Kemudiannya
foto itu ditunjukkan kepada _______________ itu. Apabila melihat foto itu, komandan menjerit-jerit
ketakutan akan dosa-dosanya dulu lalu pengsan. Begitulah yang ditempuhi oleh komandan itu selama
dua hari sehingga menemui ajalnya. Mayat komandan itu dihantar pulang dengan __________ tanpa
ada sebarang penghormatan.
Sementara itu, pemuda terpelajar yang menghasilkan kamera eksperimental itu sudah dua hari ditahan
di penjara. Namun dia belum dimaklumkan bilakah kes pembunuhan abangnya dibawa ke muka
pengadilan.

BAB 9:BAHTERA

Bakal nokhoda yang berumur lewat 50-an itu berdiri di atas kapal besar (bahtera), memerhati
longgokan ________ dari bangsal pekerjanya yang telah dirobohkan. Dia memerhati sekeliling, melihat
pekerjanya yang sedang sibuk bekerja. Lalu dia teringat akan seekor ______________ yang
mendorongnya membina kapal itu.
Pada suatu senja, ketika bersampan hendak menuju ke pantai, dia ternampak seekor penyu yang
amat besar, berenang menyusup ke bawah perahunya. Dia terpaku, lalu bergegas ke daratan,
menceritakan kepada kawan-kawannya yang sedang berehat di ________________. Tidak seorang dari
mereka percaya akan ceritanya. Semua kawannya beredar, kecuali seorang yang pendiam. Lelaki
pendiam itu memberitahu, dia pernah mendengar cerita itu dari _______________ bahawa ada penyu
besar tinggal di gua besar di bawah pulau. Namun cerita kemunculan penyu itu tidak penting, yang
penting ialah mengapa penyu raksasa itu pergi dari tempat tinggalnya dalam gua itu. Menurut cerita
orang tua-tua di situ, apabila penyu besar itu pergi meninggalkan tempatnya di gua bermakna akan
berlaku ______________ di Republik Ogonshoto. Kata lelaki pendiam itu, seribu tahun dulu berlaku
_________________ yang besar di sini menyebabkan beberapa buah pulau lenyap kecuali Gora-Gora,
Futu-Ata Rai Rapa dan pulau-pulau pasir.
Lelaki itu mengatakan bahawa kemunculan penyu raksasa itu membawa alamat buruk. Oleh itu
penduduk Ogonshoto perlu berpindah ke kawasan lain. Mereka perlu mencari tempat tinggal baru. Oleh
itu dia mencadangkan agar mereka membina sebuah ____________ atau kapal besar yang mampu
memuatkan seluruh penduduk Republik Ogonshoto menuju ke kawasan penempatan baru.
Bagaimanapun kisah penyu itu dan pendapat lelaki itu ditentang oleh anak remaja lelakinya yang sedang
belajar di Tatamanu. Katanya Ogonshoto jauh dari lingkaran gunung berapi Pasifik. Gempa besar tidak
mungkin berlaku di tempat itu. Lelaki tua itu sukar menyangkal (membantah) kata-kata anaknya, apatah
lagi dia seorang yang ___________________ berbanding anaknya.
Cadangan lelaki itu untuk membina bahtera akhirnya diterima oleh penduduk yang mempercayai
kata-katanya. Mereka perlu menebang kayu di hutan untuk dijadikan perkakas membina kapal besar itu.
Namun permohonan untuk menebang kayu di hutan Republik Ogonshoto memakan masa untuk
diluluskan kerana banyak karenah ____________. Akhirnya lelaki itu meminta bantuan sebuah syarikat
dari ________________ yang beroperasi di Futu Ata. Mereka diberikan kawasan hutan seluas
___________ ekar sebagai kawasan untuk mencari kayu yang kukuh untuk membina bahtera. Akhirnya
bahtera itu juga dapat disiapkan.
Kumpulan pertama pengikut lelaki itu (kini jadi nakhoda bahtera) mendaftarkan diri untuk sama-
sama menaiki bahtera itu. Semasa orang ramai mendaftar, tiba-tiba muncul ______ orang perempuan
dan seorang lelaki yang berpenyakit. Kata mereka, penyakit itu didapati selepas menghadiri jamuan di
rumah Presiden. Nakhoda menyuruh penumpang yang berpenyakit itu duduk di _________________
lalu meminta anak-anak kapal menjaga mereka. “Semoga penyakit kalian akan sembuh segera”, kata
nakhoda. Kemudian muncul seorang lelaki berbaju putih yang mahu menumpang bahtera itu. Rupa-
rupanya dialah __________________ di istana Presiden. (Tukang masak yang kelihatan seperti lelaki ini
sebenarnya adalah wanita tetapi menyamar sebagai lelaki ketika mula-mula berjumpa nakhoda).
Nakhoda meminta lelaki itu menceritakan hal hidangan tersebut sehingga mendatangkan penyakit. Kata
tukang masak itu, Presiden minta menyediakan __________ tradisional Ogonshoto yang paling enak
iaitu ________________. Bubur taro memerlukan campuran daging rusa. Memang sukar mendapatkan
daging rusa di Ogonshoto. Kebetulan waktu itu ada seorang lelaki datang ke rumah tukang masak itu.
Lelaki itu mengikuti semua arahan tukang masak tersebut. Lelaki itu disuruh _______________, ketika
itulah tukang masak menyembelih lehernya dengan kapak. Daging itulah yang dikisar menjadi ramuan
bubur taro. Dari sanalah semuanya mendapat sakit.
Bahtera itu bergerak meninggalkan Ogonshoto apabila penyu raksasa muncul. Tiba-tiba
kelihatan penyu gergasi keluar meninggalkan pulau karang. Pada masa itulah nakhoda meminta bahtera
dilayarkan. Ketika itu juga ombak yang dahsyat atau tsunami melanda Ogonshoto. Ombak itu telah
menyapu bersih (menenggelamkan) segala-galanya termasuk _______________. Nakhoda meneruskan
pelayaran bersama-sama pengikutnya menuju ke sebuah daratan lain atau kawasan penempatan
baharu.
Setelah berminggu-minggu belayar, akhirnya bahtera itu menghampiri daratan. Daratan itulah
yang menjadi kawasan tempat tinggal yang baharu kepada seluruh penghuni bahtera tersebut.

EPILOG: TSUNAMI
Bahtera dari Ogonshoto berlabuh (telah sampai) beberapa hari mendahului
Kawai Maru (masih ingat cerita Kawai Maru dalam Prolog? ). Mereka (penumpang
kapal itu) membawa cerita yang sama tentang peristiwa tsunami, pertemuan itu
menjadikan mereka semakin rapat. Dari sinilah segala cerita-cerita dari Ogonshoto
didengari. Kisah-kisah itulah yang terkumpul sehingga menjadi sebuah naratif. Tetapi itu
semua telah lama berlalu.
Peristiwa tsunami itu berlaku ketika penulis berumur _____ tahun, dan sekarang
dia berusia 85 tahun. Menurut mereka ketika tsunami berlaku, gelombang laut begitu
tinggi melebihi 500 kaki. Gelombang besar itu menenggelamkan Gora-Gora, Rai-Rapa,
dan Futu-Ata. Bangunan dan rumah-rumah serta perahu rosak teruk. Mujurlah Kawai
Maru dan bahtera itu tidak musnah. Dia juga tertanya-tanya adakah
______________________ masih hidup. Kepulangan mereka ke kampung halaman
merupakan pengalaman yang janggal. Hal ini kerana tiada lagi sahabat lama. Isteri-isteri
rimas dengan kehadiran suami yang telah lama biasa dengan lautan di atas Kawai Maru.
Penulis tidak pulang ke kampung halamannya, sebaliknya menetap di
_______________ . Dia tinggal di penempatan yang sunyi. Dia melelapkan mata,
kedengaran sayup ditelinganya siren kereta mayat yang semakin jauh.
Cerita kembali kepada realiti masa kini apabila penulis tersedar daripada kesan
ubat bius selepas pembedahan beberapa hari sebelumnya. Encik Noor yang berasal dari
Malaya membuka matanya, dan mendapati dia berada di wad hospital. Tubuhnya
dipenuhi tiub dan seorang jururawat berdiri di sisinya. Dia sedar sekarang bahawa dia
telah keluar dari wad pembedahan di Jepun. Sebenarnya dia telah lama menghidapi
penyakitnya, tapi dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan sahabatnya. Namun
penyakitnya menjadi semakin serius ketika bertugas dengan sebuah organisasi Asia
Pasifik di Tokyo, Jepun.
LATIHAN BAB 7
1.
“Aku bukanlah daripada golongan yang berdolak-dalik. Yang telah kujadikan taruhan,
pasti akan kulepaskan. Suatu hari nanti kalian akan melihat jari hantu ini akan bersama jari
manisku dalam tabung kaca itu.”
Guru kidal memerhatikan wajah para tetamunya, kemudian meneruskan kata-katanya.
“Kalian tunggu dulu di sini. Aku perlu menelefon seseorang.”
Dia bergegas masuk ke dalam rumah lalu mencapai telefon. Segeralah dia
menghubungi perumahan penghidap lepra. Jawapan agak ringkas masuk ke dalam
telinganya.

Berikan dua teknik penceritaan berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel tersebut.4M

LATIHAN BAB 8
1.
Iklan itu seperempat halaman, memuatkan foto seorang lelaki tua bekas komandan
tentera, juga kenyataan permohonan maafnya yang sangat umum, “Memohon maaf kepada
semua pihak atas segala kesilapan sepanjang perkhidmatan saya dalam Angkatan Bersenjata
Republik Ogonshoto.”

Huraian dua perwatakan bekas komandan tentera yang terdapat dalam petikan novel tersebut. 4M

LATIHAN BAB 9
1.
... . Dua wanita dan dua lelaki itu penumpang akhirnya, fikir nakhoda. Walau apa pun latar
belakang mereka, mereka wajar diselamatkan daripada malapetaka yang bakal terjadi.
“Kamu bertiga,” suara nakhoda, ditujukan kepada mereka bertiga berpenyakitan itu,
“akan saya tempatkan di buritan geladak. Anak-anak kapal akan menjaga kamu. Semoga
penyakit kalian akan sembuh. Segera. Makanan yang sesuai akan dihidangkan tiga kali
sehari. Hanya, maaf, masakan itu tentunya tidak seenak hidangan di istana Presiden.”
“Mungkin aku boleh membantu di dapur?” tiba-tiba lelaki tinggi berpakaian serba putih
itu bersuara. “Aku ini ketua tukang masak ... .”

Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel tersebut. 4M

LATIHAN EPILOG TSUNAMI


7.
Kebanyakan temanku telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Dan mereka
dapati kampung halaman ialah pentas hidup tua yang membingungkan. Tidak ada teman
semasa kecil atau kenalan akrab di sana. Kampung halaman menjadi begitu asing. Tidak ada
rakan akrab untuk saling berbual dan berjenaka, seperti yang boleh dialami di Kawai Maru.
Hidup tua di kampung halaman tiba-tiba menjadi sunyi dan bisu, berbeza dengan hiruk-pikuk
di Kawai Maru. Tidak ada yang mengendahkan kita di kampung halaman kalau dibandingkan
dengan kemesraan sahabat di Kawai Maru.
Beruntunglah kalau teman-temanku itu mempunyai anak yang sanggup menjaga
mereka. Atau mempunyai isteri yang terus memahami kerenah hari tua.

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan novel tersebut.

Anda mungkin juga menyukai