Anda di halaman 1dari 7

TAMPIN Pelik.

Tak pernah pula anak Kampung Sungai


Kelamah Gemas ini melihat kelibat tiga orang berjubah
mengayuh basikal di perkampungan berkenaan.
Macam orang Arab gaya pakaiannya lebih-lebih lagi dengan
serban yang turut dipakai di atas kepala.
Belum lagi dengan misai di muka, namun anak muda ini,
Mohd Said Tangkai yang ketika itu berusia 18 tahun hanya
memandang ke arah tiga lelaki yang mengayuh basikal
berkenaan dengan perasaan tertanya-tanya.
Sinar Harian yang berpeluang mendengar sendiri pengalaman
Mohd Said atau lebih dikenal sebagai Tok Said itu di
kediamannya di Kampung Sungai Dua, Gemencheh, berasa
sangat teruja memandangkan ingatan warga emas berusia 92
tahun itu masih kuat untuk menceritakan apa yang dilihat,
didengar dan dirasanya apa yang berlaku 74 tahun lalu.
Askar Jepun berbasikal
Tok Said berkata, kira-kira setengah jam selepas dia melihat
kelibat tiga lelaki berbasikal berkenaan, dia mendengar bunyi
tembakan dan barulah dia mengetahui tiga lelaki yang baharu
dilihatnya itu merupakan pengintip terdiri daripada tentera
Jepun.
Tak tahulah siapa yang terbunuh tetapi tiga lelaki tu.. ruparupanya ingin mengintip di mana kedudukan tentera Australia,
orang putih dan juga Gurkha.
"Bermula dengan tembakan senapang itulah, pakcik lihat tidak
putus-putus askar Jepun lengkap berpakaian seragam tiba
dengan mengayuh basikal.

Tak terkira banyaknya sebab ada saja yang datang kayuh


basikal. Keluarga pakcik dan sebuah lagi keluarga dari India
yang merupakan pekerja keretapi terus berpindah ke dalam
hutan kerana lokasi rumah yang terlalu dekat dengan laluan
jalan darat askar Jepun," katanya yang merupakan pesara
kerajaan.
Dia yang dahulunya bertugas sebagai pengawas hutan berkata,
ketika melarikan diri, mereka terpaksa merobohkan titi yang
menghubungkan sungai kerana bimbang tentera Jepun akan
sampai ke kawasan mereka.
Kibar bendera Jepun
Menurut Tok Said, selepas berpindah dan mengalas perut, dia
mengambil sehelai kertas yang diwarnakannya seperti bendera
Jepun dan diikat dengan kayu untuk mengaburi mata tentera
negara matahari terbit itu.
Pakcik kibar bendera yang pakcik buat tu dan mereka tidak
tahan pakcik tapi seolah-olah bangga dengan apa yang pakcik
buat," katanya.
Tok Said berkata, pada masa berkenaan padi sedang masak
dan ketika dia melalui sawah padi dia ternampak kapal
terbang B29 dari arah Singapura ke Tampin mengeluarkan dua
objek yang disangka kapal terbang kecil dari bahagian perut
kapal terbang berkenaan.
Pakcik ingat kapal terbang kecil, rupa-rupanya bom dari
tentera Komanwel yang menyasarkan lori tentera Jepun yang
berhenti di situ. Lokasi sasarannya betul-betul di dewan
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh. Serpihan
bom pula sampai dalam sawah.

Tak selamat lagi untuk duduk di situ, bila tentera Jepun


datang bertanyakan perempuan di rumah kami. Mujur orang
perempuan kami sorokkan di dalam padi yang sedang masak.
"Ayah pakcik, Tangkai Tapa akhirnya buat keputusan untuk
melarikan diri ke Ulu Rokan Gemencheh guna laluan di
Kampung Geduk pada waktu malam bagi mengelak ditangkap
tentera Jepun," katanya.
Tujuh malam dihujani bom
Tok Said berkata, bunyi dentuman bom silih berganti antara
pesawat kecil tentera Jepun dan tentera Komanwel selama
tujuh hari tujuh malam.
Tak sesaat pun tiada bunyi dentuman bom dan akhirnya
bunyi berkenaan tiada lagi selepas tujuh hari tujuh malam.
Mengikut cerita yang pakcik dengar sepanjang pertempuran
tujuh hari berkenaan, tentera Jepun yang masuk dari utara dan
Kelantan telah bertemu di Gemas menyebabkan tentera
Komanwel terkepung.
Bagaimanapun, tentera Komanwel tak patah semangat
apabila bermati-matian cuba mempertahankan diri dan
menyekat kemaraan dengan meletupkan jambatan di kampung
kami sebaik dilalui lori tentera Jepun. Kebetulan, air masa itu
agak tinggi menyebabkan semuanya dihanyutkan air,"
ceritanya.
Menurut Tok Said, dia dan ayahnya serta dua lagi saudara
pula ke rumah mereka di Sungai Kelamah bagi melihat kesan
pertempuran berkenaan.

Rumah kami yang terletak di tepi jalan dipenuhi dengan bulu


ayam dan kambing. Mungkin tentera Jepun menggunakan
rumah kami untuk memasak. Bangkai haiwan juga
bertimbun-timbun. Kami beranikan diri melalui kawasan
pertempuran tentera Jepun ke Gemas.
Barang habis bertaburan, kain baju, basikal, peti muzik,
tilam, lori terbalik. Sebaik tiba di jambatan, kami lihat
jambatan sudah putus. Kami terjun ke dalam sungai bagi
meneruskan perjalanan ke seberang," katanya.
Tok Said berkata, mereka melihat mayat-mayat tentera
Komanwel ditimbunkan di beberapa lokasi tanpa ditanam,
sebaliknya, mayat percaya ditanam berikutan terdapat batas
baharu seperti batas menanam sayur.
Lokasi ini merupakan kubu tentera Komanwel dan
pertempuran sengit berlaku di sini. Dulu orang kata Jepun
datang barang murah, bukannya murah tapi duit dah tak laku
lagi untuk beli barang selepas penjajahan Jepun sehinggalah
penghujung tahun 1944," katanya.
Lihat tentera tanpa kepala berkawat
Bagi Pengerusi JKKK Sungai Kelamah, Ibrahim Pendek,
lokasi Tugu Peringatan Sungai Kelamah berkenaan begitu
istimewa buat penduduk kampung memandangkan lokasi
berkenaan menyimpan seribu satu sejarah perjuangan tentera
Komanwel bagi mempertahankan kubu mereka.
Menurutnya, peninggalan sejarah ketika Perang Dunia Kedua
berkenaan bukan hanya membabitkan lokasi tugu peringatan,
bahkan lebih kurang satu kilometer dari lokasi berkenaan di
dalam kebun penduduk, terdapat tiga binaan yang dipercayai
tempat menyimpan peluru serta senjata tentera Komanwel.

"Binaannya begitu kukuh.Malah, ada beberapa kawasan


berbukit yang kita percaya menjadi tempat bersemadinya
tentera Komanwel.
"Sebagai kumpulan penduduk yang datang ke tempat ini bagi
pembukaan Felda Sungai Kelamah pada tahun 1967, kita
hanya dengar cerita mengenai lokasi ini daripada masyarakat
setempat.
Namun, sehingga ke hari ini, ada penduduk yang bagi tahu
kadangkala mereka ternampak kelibat tentera tanpa kepala
sedang berkawat di kawasan kebun serta tugu berkenaan yang
terletak dekat dengan kubu tentera Komanwel ketika Perang
Dunia Kedua dahulu," katanya.
Ibrahim berkata, selain penemuan tempat menyimpan senjata
berkenaan, tiang jambatan lama yang diletupkan
menggunakan kayu hutan juga masih utuh di tepi sungai.
Malah, saya juga menemui ceracak kayu yang dibuat tentera
Komanwel bagi menghalang kenderaan tentera Jepun melalui
kawasan berkenaan sebelum jambatan ini," katanya.
Beliau yang juga bekas tentera berkata, sewajarnya lokasi
berkenaan dinaiktaraf dan didokumentasikan dengan lebih
baik lagi bagi memberi peluang kepada generasi muda
mengetahui perjuangan generasi terdahulu dalam menentang
kemaraan askar Jepun.
Majlis memperingati wira Pada 14 januari 1942, Jambatan
Gemencheh, yang terletak di Sungai Kelamah telah diletupkan
oleh pasukan tentera Australia bagi menghalang pegerakkan
musuh iaitu askar jepun.

Susulan insiden berkenaan, lebih 1,000 askar jepun terkorban


manakala 81 askar dari pasukan tentera Australia mati.
Kapten Desmond Duffy dari 1/30 batalion division 8 pasukan
tentera Australia yang mengetuai serang hendap berhampiran
Jambatan Gemencheh.
Susulan keistimewaan lokasi bersejarah berkenaan, Majlis
Memperingati Wirawira Perang Dunia ke-2 anjuran Persatuan
Wira Malaysia, PDRM dan ATM telah dilaksanakan di Tugu
Peringatan Sungai Kelamah, pada Mac 2013.
Majlis turut mendapat sokongan penuh daripada kerabat diraja
Negeri Sembilan dan Yang Amat Mulia Tunku Zain AlAbidin
Ibni Tunku Muhriz turut hadir bagi menyempurnakan majlis
berkenaan.
Menurut Tunku Zain AlAbidin, keberanian yang ditonjolkan
oleh tentera Tanah Melayu dan Komanwel khususnya tentera
Australia ketika pertempuran Perang Dunia Kedua perlu
sentiasa diiktiraf dan diperingati semua golongan terutamanya
generasi muda.
Kenal pasti warisan sejarah
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat
Istiadat Melayu yang juga Adun Gemas, Abd Razak Ab Said
berkata, pihaknya kini sudah bekerjasama dengan Jabatan
Warisan Negara untuk mengenal pasti warisan peninggalan
sejarah yang terdapat di Sungai Kelamah berkenaan.
Menurutnya, lokasi berkenaan merupakan lokasi yang
menyimpan banyak sejarah yang mana secara tidak langsung
akan dapat menjadi tarikan pelancongan bahkan tarikan buat

individu yang berminat untuk melihat sendiri peninggalan


perang.
Pembinaan sebarang bentuk pembangunan di lokasi itu
mendapat kerjasama Kedutaan Australia memandangkan
lokasi tersebut cukup bersejarah untuk diingati mereka,"
katanya.
Pegawai Daerah Mohamed Roduan Ujang berkata, pihaknya
kini dalam perancangan untuk menaik taraf lokasi Tugu
Peringatan Sungai Kelamah sebagai destinasi pelancongan
utama di Tampin.
Kerja naik taraf akan melebarkan papan tanda, landskap,
kawasan tempat letak kereta dan lain-lain lagi.
Perancangan ini adalah dengan kerjasama Lembaga Muzium
Negeri Sembilan, Lembaga Pelancongan, Kementerian
Pertahanan Malaysia, dan kedutaan berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai