Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SUNGAI BULOH, SELANGOR

PUSAT LATIHAN AMALI KINTA 1

TAJUK LAPORAN AKTIVITI PEMUSNAHAN TEMPAT


PEMBIAKAN (PTP) AEDES

NAMA PELATIH MOHD FAIZAL BIN HASHIM

NO. MATRIK DPEH 1/2022(07)-0027

PROGRAM DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN

TAHUN/SEMESTER TAHUN 3 SEMESTER 1

KOD DAN NAMA EHDE 2243


KURSUS (DISEASE AND EPIDEMIC CONTROL)

NAMA PENYELARAS PUAN NOR RIZAI BINTI KHAIRUDIN

TARIKH
PENGHANTARAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF

3.0 SENARAI SEMAK PERALATAN DAN BORANG

4.0 PROSEDUR KERJA AKTIVITI PEMUSNAHAN


TEMPAT PEMBIAKAN (PTP) AEDES

5.0 DATA PENTADBIRAN DAN HASIL PTP

6.0 PERBINCANGAN

7.0 KESIMPULAN

8.0 RUJUKAN

9.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Penyakit Demam Denggi merupakan salah satu masalah Kesihatan Awam yang
utama di Malaysia. Kes Demam Denggi yang pertama di Malaysia dilaporkan pada
tahun 1901 di Pulau Pinang (Skae, 1902) dan sejak dari itu, penyakit Demam
Denggi adalah endemik atau berlaku sepanjang tahun di seluruh negara. Pada
tahun 1988, kes Demam Denggi telah dijadikan sebagai penyakit yang perlu
dinotifikasi bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Manakala Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 pula
telah diperkenalkan pada tahun 1975 untuk kawalan vektor pembawa penyakit.
Aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP) Aedes merupakan salah satu skop
tugas yang termaktub di bawah APSPP1975.

Vektor penyakit demam denggi adalah nyamuk Aedes aegypti yang cenderung
berada di dalam rumah manakala nyamuk Aedes albopictus kebiasaannya dijumpai
di luar rumah. Nyamuk Aedes tinggal di habitat yang berhampiran dengan manusia
(domestik) serta mempunyai tabiat kerap mengigit (multiple biters). Nyamuk Aedes
cenderung untuk mengigit terutama pada awal pagi dan lewat petang. Kebanyakan
tempat pembiakan Aedes didapati pada struktur dan bekas buatan manusia (man-
made container), sampah terbiar dan bekas-bekas atau struktur yang dapat
menakung air.

Cara pencegahan demam denggi adalah melalui pemusnahan nyamuk Aedes


dewasa (adultisiding), jentik-jentik (larvaciding) atau mengurangkan kontak di antara
perumah (manusia) dan vektor (nyamuk). Antara kaedah untuk membunuh nyamuk
dewasa adalah melalui aktiviti Semburan Ruang Termal (SRT) serta semburan
aerosol di dalam premis. Bagi membunuh jentik-jentik, bahan pembunuh jentik-
jentik boleh dibubuh di tempat takungan air yang berpotensi. Penggunaan kaedah
lain seperti penghalau nyamuk elektrik, pemakaian repelan dan memakai pakaian
yang berlengan panjang atau berseluar panjang juga dapat mengurangkan risiko
gigitan nyamuk.
2.0 OBJEKTIF

Objektif umum
Menjalankan tindakan pencegahan dan kawalan di bawah Akta Pemusnahan
Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Objektif khusus
 Mengenalpasti bekas-bekas dan tempat yang berpotensi untuk menjadi tempat
pembiakan Aedes.
 Mengetahui senarai peralatan dan borang-borang yang digunakan dalam aktiviti
Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP).

 Sebagai salah satu langkah pencegahan dan kawalan jangkitan Kes Demam
Denggi.

 Mengetahui prosedur-prosedur dalam menjalankan aktiviti PTP dan undang yang


berkaitan.

 Memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat tentang bekas-bekas dan


kawasan-kawasan berpotensi terdapat pembiakan Aedes serta kaedah-kaedah
pencegahan Demam Denggi.
3.0 SENARAI SEMAK PERALATAN DAN BORANG

Persediaan sebelum ke Lapangan

Bil Tajuk/Perkara Ada Tiada


1 Pakaian seragam lengkap

2 Kad pengenalan diri Jabatan/Tanda nama

3 Kad Perakuan Kuasa

4 Diari siasatan

5 Kenderaan/Logistik

Peralatan (Inspection Kits)

Bil Tajuk/Perkara Ada Tiada


1 Beg PTP
2 Lampu suluh/bateri
3 White enamel tray
4 Pipet besar dan kecil
5 Botol spesimen (botol universal)
6 Sudu/senduk
7 Label
8 Penanda bernombor untuk gambar bahan bukti
9 Lak rasmi KKM
10 Pen mata bulat/pensil
11 Pemadam
12 Pembaris
13 Papan klip (klip board)
14 Stapler/staples
15 Kertas karbon
16 Cop rasmi pejabat
17 Kamera
18 Abate 1% SG
19 Risalah/poster/flyer pendidikan

Senarai semak borang-borang

Bil Tajuk/perkara Ada Tiada


1 Borang Perakuan Pungutan Larva Nyamuk
2 Borang Pemeriksaan Premis Untuk Pembiakan
Larva
3 Borang Perakuan Mengambil Bekas Pembiakan
Larva Nyamuk
4 Lampiran Pelan Lantai dan Pelan Lokasi
5 Notis Sek. 5 APSPP 1975
6 Notis Sek. 8 APSPP 1975
7 Notis kesalahan
4.0 PROSEDUR KERJA AKTIVITI PEMUSNAHAN TEMPAT PEMBIAKAN (PTP)
AEDES

Anda mungkin juga menyukai