Anda di halaman 1dari 2

GAYATHRI A/P CHANDRASAKARAN

MATRIK : M20231000277

How to manage the disruptive behaviors?


Cara-cara mengatasi tingkahlaku disruptif dalam kalangan pelajar.

Tingkah laku ialah satu elemen yang mampu mencerminkan peribadi seseorang
individu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku merupakan sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara langsung atau tidak langsung dan secara sedar atau separuh sedar.
Tingkahlaku distruptif membawa maksud individu yang mengganggu keharmonian dan
kestabilan keadaan biasa dalam satu persekitaraan. Ada juga murid yang bertingkahlaku
disruptif ini dalam kelas. Sebagai seorang guru atau warga pendidik, pentinglah kita untuk
menangani masalah ini. Ada beberapa cara yang dapat membantu untuk mengatsi tingkalaku
disruptif ini. Komunikasi yang efektif adalah salah satu cara untuk menangani masalah
insruptif. Guru atau ibubapa harus berbicara secara terbuka dan jujur dengan individu
tersebut tentang perilaku mereka dan kesannya kepada orang lain. Kita sebagai pendidik
boleh juga menganjurkan dan mengiktiraf tingkah laku positif individu tersebut sebagai
ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini. Persekitaran Pembelajaran yang
Inklusif juga salah satu cara mengatasi untuk menangani tingkalaku insruptif. Memastikan
persekitaran pembelajaran memahami dan menerima kepelbagaian individu serta
memberikan sokongan yang diperlukan. Kaedah disiplin yang jelas dan konsisten juga perlu
diamalkan kerana penetapan peraturan yang jelas dan konsisten dapat mendidik pelajar untuk
bertingkahlaku positif. Patut juga mereka ditanam perasaan pengambilan tindakan diatas kes
disiplin dan melaksanakan kaedah disiplin yang sesuai apabila peraturan dilanggar. Menurut
Noraznida Bt Zurali, (2022). Dalam artikal Mengubah Tingkah Laku Disruptif Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Pelaksanaan Video Modeling. Melalui kajianya,
Video modeling membawa perubahan terhadap individu yang bertingkahlaku disruptif.
Dalam artikalnya beliau menyatakan perlaksanaan amalan terbaik secara “Video
Modeling” telah berjaya mengurangkan tingkah laku disruptif murid berkeperluan khas
iaitu kerap kali mencelah percakapan guru semasa proses PdPc dan suka menjawab
pertanyaan guru tanpa mahu menunggu giliran Perkara ini dapat disokong berdasarkan
artikel jurnal yang ditulis oleh Fara et. al (2013) dalam kajian mereka yang bertajuk
Video Modeling and Video Feedback Intervention for Student with Emotional and
Behavioral Disorder yang menyatakan bahawa salah satu cara mengurangkan tingkah
laku bermasalah murid adalah dengan pengaplikasian intervensi secara “Video Modeling”.

Anda mungkin juga menyukai