Anda di halaman 1dari 2

TEKS DAI’ CILIK

TAJUK : PUASA

“Kawan-kawan tak sahur lagi ke, dah lambat ni. Hari ni puasa terakhir tau”

Dari Anas bin Malik RA, Nabi S.A.W telah bersabda:

‫َت َس َّح ُروا َف ِإَّن ِفي الُّسُحوِر َبَر َك ًة‬

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah……. Dapat puasa penuh juga Ramadhan 2023, nampaknya bertambah lah
tabungan ana tahun ni.

Tapi Kawan-kawan, janganlah salah faham. Berpuasa penuh bukan sebab nak dapat upah tau.
Berpuasa dibulan Ramadhan adalah satu kewajipan ke atas semua umat Islam. Dan merupakan
rukun Islam yang ke tiga

Seperti Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu untuk berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

kenapa kita di perintahkan untuk berpuasa? Ada segenlitir kita merasa puasa ini satu beban dan
membiarkan ramadhan pergi begitu sahaja.Ruginya…

Ramadhan bulan ibadah


Bulan kerahmatan dan ke ampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda.

Perintah berpuasa ini bukan untuk menganiaya kita tapi untuk mendidik jiwa supaya bersabar dan
bersyukur.

Bayangkan, Ketika perang badar berlaku, Rasulullah s.a.w dan tentera islam akan berperang
dalam keadaan berpuasa. Masha Allah.
Cuba kita lihat pula saudara kita di palestin dan syiria, semasa menjalani ibadah puasa, baru baru
ini mereka diserang oleh musuh tanpa belas kasihan, namun mereka tidak mengalah dan tetap
kuat untuk melaksanakan perintah Allah.

Tapi Bagaimana pula dengan kita. Fikir-fikir-fikirkan

Kawan-kawan nak tahu tak satu rahsia?

Amalan berpuasa dalam bulan Ramadan juga terbukti memberi kebaikan dari sudut kesihatan
kepada tubuh badan.

“Kita berpuasa, Allah hadiahkan kesihatan kepada kita, tapi kebanyakkan kita menyanggah dan
menyatakan berpuasa memudaratkan kesihatan diri.

Salah tu kawan-kawan

Pakar kesihatan dunia memperakui amalan berpuasa Ramadan mampu mencegah dan
menyembuhkan pelbagai penyakit yang memudaratkan.

Oleh itu janganlah kita sia-siakan perintah berpuasa yang wajib pada bulan Ramadhan dan
jangan pula lepaskan peluang untuk mengamalkan puasa sunat pada hari-hari tertentu yang
disunatkan berpuasa. semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan kebaikan di dunia dan
akhirat.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarak atuh.

Anda mungkin juga menyukai