Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM TERAPI CARAKERJA 3PK PERLIS

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Kemahiran motor halus merujuk pada pergerakan kecil yang menggunakan otot-otot kecil pada
tangan, pergelangan tangan dan jari-jemari (termasuk kaki) dalam keadaan yang terkawal dan
berkoordinasi. Kemahiran ini perlu diransang, dilatih dan dikuasai bagi mengoptimumkan fungsi, tahap
berdikari dan kualiti hidup seseorang indidivu.

Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan kemahiran motor halus termasuklah:


 aktiviti mengurus diri : memberus gigi, memasang zip/butang, mengikat tali kasut dll
 aktiviti pembelajaran : menulis, melukis, mewarna, menggunting, menyelak buku, menaip
 aktiviti sukan/riadah : permainan elektronik, permainan dalaman, bermain alat muzik

Bagi kanak-kanak dan murid berkeperluan khas (MBK) khususnya, aktiviti motor halus perlu diransang
dan dilatih secara berterusan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan berfungsi.
Komponen perkembangan kemahiran motor halus yang perlu ditekankan ialah:
 Kekuatan jari (finger strength )
 Pusingan pergelangan tangan (wrist rotation)
 Koordinasi mata-tangan (eye-hand coordination)
 Koordinasi bilateral (bilateral coordination)
 Koordinasi dalam tangan/manipulasi (in hand coordination)
 Kawalan motor (motor control)
 Perancangan motor (motor planning)

Halaman berikut disediakan contoh-contoh aktiviti melatih kemahiran motor halus yang boleh
dilakukan oleh ibu bapa di rumah bersama kanak-kanak. Selamat mencuba!
PROGRAM TERAPI CARAKERJA 3PK PERLIS

TIPS ASAS PERLAKSANAAN AKTIVITI MOTOR HALUS

Guna mainan yang disukai Elak dari memaksa kanak-kanak Beri peluang kanak-kanak
kanak-kanak sebagai salah satu melakukan aktiviti yang tidak memilih aktiviti yang ingin
bahan aktiviti disukai atau belum dikuasai dilakukan

Sediakan jadual atau


Main bersama kanak-kanak
Lakukan aktiviti secara peruntukan masa tertentu
untuk menggalakkan kemahiran
konsisten pada setiap hari untuk kanak-kanak melakukan
sosial & tingkah laku
aktiviti

Sentiasa membimbing kanak- Beri peluang kanak-kanak


Tunjuk penggunaan tangan dan
kanak untuk melakukan aktiviti belajar dari kesilapan dan
cara melakukan yang betul
samada melalui fizikal atau lisan mencari penyelesaian sendiri

Sentiasa memantau kanak- Pastikan jenis aktiviti, tempat & Pastikan kanak-kanak tidak
kanak bermain untuk menjamin saiz alat sesuai dan selamat memasukkan mainan ke dalam
keselamatan untuk kanak-kanak mulut
PROGRAM TERAPI CARAKERJA 3PK PERLIS

AKTIVITI BERBENTUK KRAFT ATAU SENI

Menguntai manik, pasta atau straw Melukis dan mewarna mengikut Mengoyak, menggunting dan
ke dalam tali untuk dijadikan rantai tema haiwan, tumbuhan dan objek melekatkan kertas berwarna
atau gelang yang disukai seperti kolaj

Memicit, menekan dan menekap Menggentel plastisin dan Merenyuk kertas atau tisu
plastisin menjadi bentuk seperti mencucuk pencungkil pelbagai saiz dan warna menjadi
biskut, haiwan dan geometri gigi/spageti/kayu kecil pada bola-bola yang kecil, dan
plastisin seperti sate atau haiwan menyusunnya
tertentu

Mengecat warna air pada pelbagai Membuat origami mudah seperti Menampal stiker/potongan
jenis permukaan seperti bubble wrap kapal, burung dan topi kertas/tape pada bahan terpakai
dan bekas telur seperti kotak dan botol
PROGRAM TERAPI CARAKERJA 3PK PERLIS

AKTIVITI BERBENTUK BINAAN

Mencantum lego, duplo atau paip Menyusun blok-blok kayu secara Mencantum dan menyusun knob
plastik menjadi bentuk tertentu meninggi dan mendatar menjadi puzzle/puzzle 3D menjadi bentuk
seperti pistol dan roket istana, rumah atau objek yang tertentu seperti rumah dan haiwan
disukai

AKTIVITI BERBENTUK PERMAINAN

Menyusun dan mencantum jigsaw Menyusun cawan/bekas plastik Memicit botol air, span, penyembur
puzzle pelbagai saiz dan bilangan mengikut saiz, bentuk atau air (spray) atau pistol air pada
bilangan yang ditunjuk sasaran

Melekatkan pita pelekat atau Bermain dengan anak patung Menggunakan pengepit salad atau
magnet mengikut huruf/nombor seperti menyikat rambut dan pengepit baju untuk mengutip objek
pada permukaan peti ais/dinding menyalin pakaian patung pelbagai saiz dan berat
PROGRAM TERAPI CARAKERJA 3PK PERLIS

Bermain dengan kad seperti Memasukkan objek-objek ke dalam Bermain dengan penutup botol
menyeret (shuffling cards), lawan lubang pelbagai saiz seperti syiling seperti membuka/menutup/
menarik (card tug), memusing dan ke dalam tabung atau botol melambung/menangkap serta
menepuk (card snap) menjentik penutup botol pada
sasaran

Bermain permainan tradisional Bermain dengan buih sabun seperti Bermain dengan belon atau bola
seperti batu seremban dan menepuk dan menjentik buih pantai seperti menampar pada lawan
congkak menggunakan jari yang berbeza atau pada sasaran di dinding
beza

Bermain patung jejari (finger Melukis dan menulis pada Mencari objek tersembunyi seperti
puppets) dari kertas atau kain permukaan seperti beras, pasir, blok huruf dan lego di dalam bekas
dengan pelbagai tema kesukaan tepung dan krim berisi tepung/beras/pasir/potongan
seperti keluarga, haiwan dan kertas/krim cukur/air berwarna
adiwira
PROGRAM TERAPI CARAKERJA 3PK PERLIS

SEMOGA BERMANFAAT
&
SELAMAT MENCUBA

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL ATIQAH BINTI JOHARI


PENOLONG PENGARAH (TERAPIS CARAKERJA)
PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS (3PK) PERLIS
SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

Anda mungkin juga menyukai