Anda di halaman 1dari 5

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BANGSAR PUDU

KUALA LUMPUR

PERATURAN PEMARKAHAN

SOALAN PERCUBAAN SPM 2023

BAHASA MELAYU (KERTAS SATU)

KOD MATA PELAJARAN: 1103/1

1
PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU (KERTAS 1)

BAHAGIAN A :

PERATURAN PEMARKAHAN
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
CEMERLANG 26-30  TEMA: menepati tema
 IDEA: relevan, huraian jelas dan matang
(28-30)  BAHASA: gramatis, kosa kata luas dan tepat,
tpenggunaan ungkapan menarik yang sesuai,
(26-27)  PENGOLAHAN: menarik dan berkesan

KEPUJIAN 20-25  TEMA: menepati tema


 IDEA: relevan, huraian jelas
(23-25)  BAHASA: gramatis, kosa kata luas
 PENGOLAHAN: menarik
(20-22)
MEMUASKAN 15-19  TEMA: masih menepati tema
 IDEA: masih relevan, huraian masih jelas
(17-19)  BAHASA: masih gramatis, kosa kata masih
luas/terhad
(15-16)  PENGOLAHAN: masih menarik

PENGUASAAN 10-14  TEMA: kurang menepati tema


MINIMUM  IDEA: kurang relevan, huraian kurang jelas
(12-14)  BAHASA: kurang gramatis, kosa kata terhad
 PENGOLAHAN: kurang menarik
(10-11)
TIDAK 01-09 Calon tidak menujukkan penguasaan kemahiran
MENCAPAI menulis
TAHAP (06-09)  Idea tidak menepati tema
PENGUASAAN  Banyak kesalahan bahasa
MINIMUM (01-05)

Calon dikehendaki menghuraikan kepentingan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan
usaha/ langkah untuk mempromosikan IKS

Cadangan Jawapan :
1. Jenis-jenis produk IKS – songket, batik, keropok dan perabot rotan (MESTI
TULIS)
2. Kepentingan IKS – sediakan peluang pekerjaan, memenuhi permintaan usahawan
tempatan
3. Usaha/ langkah untuk mempromosikan IKS – melalui platform digital seperti
Facebook, Instagram, Whatsapp dan lain-lain.

2
BAHAGIAN B:

PERATURAN PEMARKAHAN
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
CEMERLANG 64 -70  TUGASAN: menjawab tugasan
 IDEA: relevan, huraian jelas dan matang, contoh sesuai
(68-70)  BAHASA: ayat gramatis, kosa kata luas dan tepat,
penggunaan ungkapan menarik yang sesuai, gaya
(64-67) bahasa amat menarik
 PENGOLAHAN: sangat menarik dan berkesan

KEPUJIAN 55-63  TUGASAN: menjawab tugasan


 IDEA: relevan, huraian jelas, contoh sesuai
(59-63)  BAHASA: ayat gramatis, kosa kata luas dan tepat,
gayabahasa menarik
(55-58)  PENGOLAHAN: menarik dan berkesan

BAIK 45 -54  TUGASAN: masih menjawab tugasan


 IDEA: masih relevan, huraian masih jelas, contoh masih
(50-54) sesuai
 BAHASA: ayat gramatis, kosa kata umum, gaya
(45-49) bahasamasih menarik
 PENGOLAHAN: masih menarik
MEMUASKAN 35 – 44  TUGASAN: masih/ kurang menjawab tugasan
 IDEA: masih relevan, huraian masih/ kurang jelas,
(40-44) contohkurang sesuai
 BAHASA: ayat kurang gramatis, kosa kata umum
(35-39) danterhad, gaya bahasa kurang menarik
 PENGOLAHAN: kurang menarik

PENGUASAAN 21-34  TUGASAN: kurang menjawab tugasan


MINIMUM  IDEA: masih relevan, huraian tidak jelas/ bercampur
(28-34) aduk
 BAHASA: tidak gramatis tapi masih difahami, kosa
(21-27) kataumum dan terhad, gaya bahasa lemah
 PENGOLAHAN: tidak menarik
TIDAK 01-20 Karangan sukar difahami
MENCAPAI  Idea tidak relevan/ bercampur aduk
TAHAP (11-20)  Huraian tidak berkembang
PENGUASAAN  Banyak kesalahan bahasa
MINIMUM (01-10)

3
Soalan 1:

Maklumat di atas menjelaskan tahap kebersihan negara kita di mata dunia. Keadaan ini
berpunca daripada sikap manusia sendiri seperti yang dinyatakan dalam maklumat tersebut.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani sikap manusia yang sebegini
demi menjamin kelestarian alam sekitar.

Kehendak / tugasan soalan


Calon dikehendaki menghuraikan langkah-langkah untuk menangani sikap manusia yang
suka membuang sampah di merata-rata tempat..

Cadangan Jawapan :
- Kerajaan : Mengadakan kempen kesedaran secara berterusan
- Kerajaan : Menguatkuasakan undang-undang
- Masyarakat : Mengamalkan kitar semula
- Sekolah : menerapkan dalam mata pelajaran
- Ibu bapa : jadi suri teladan
- Media massa : menguar-uarkan melalui media sosial

Soalan 2

Berdasarkan petikan đi atas, huraikan manfaat-manfaat melancong bersama dengan keluarga.

Kehendak / tugasan soalan


Calon dikehendaki menghuraikan manfaat-manfaat melancong bersama dengan keluarga
seperti yang terdapat dalam petikan iaitu:
- berehat,
- menenangkan fikiran
- menikmati keindahan alam semula jadi

Soalan 3

Huraikan kepentingan pendidikan sains dan teknologi dalam proses pembelajaran murid di
sekolah.

Kehendak / tugasan soalan


Calon dikehendaki menghuraikan kepentingan pendidikan sains dan teknologi dalam proses
pembelajaran murid di sekolah.

Jawapan dalam petikan.


- merancang dan melaksanakan proses PdPC yang berbantukan teknologi
- dapat membuka jalan kepada murid untuk menguasai atau memperoleh matlamat
pembelajaran dengan mudah dan cepat
- dapat menjimatkan masa dan tenaga
- dapat mengelakkan rasa bosan murid semasa menjalani proses pembelajaran di sekolah.

4
Soalan 4

Maklumat di atas telah menyatakan usaha pihak kerajaan untuk menarik minat golongan muda
menceburi bidang pertanian. Bincangkan

Kehendak / tugasan soalan


Calon dikehendaki menghuraikan usaha-usaha pihak kerajaan menarik minat golongan muda
untuk menceburi bidang pertanian.

Jawapan dalam petikan


- memberikan pinjaman
- memberikan kursus dan khidmat nasihat
- mendedahkan anak-anak muda berkaitan bidang ini

- PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT -


-

Anda mungkin juga menyukai