Anda di halaman 1dari 7

Tema ; Tokoh

Tajuk ; Isaac Newton : sumbangan dalam bidang sains dan sains dan matematik
di United Kingdom pada tahun 1643 hingga 1727

Oleh ; Nurul Hafizah Binti Mad Salleh

PENGENALAN

Tokoh merupakan figura yang berpengaruh , terkemuka dan terkenal dalam

suatu bidang sama ada dalam bidang kesenian , kebudayaan , sukan , politik ,

pendidikan mahupun agama. Umum mengetahui bahawa , tokoh adalah individu yang

telah menyumbangkan pemikiran , teori , dan idea mereka kepada suatu negara

ataupun kepada seluruh dunia. Keperibadian baik , personaliti yang cemerlang serta

identiti yang mulia juga berkait rapat dengan tokoh kerana dapat menunjukkan

teladan dan contoh yang baik kepada orang ramai.

Kepelbagaian bidang pendidikan sejak zaman dahulu telah mengubah dunia

dengan lebih baik sehinggalah pada masa kini. Misalnya , dalam bidang sains iaitu

Marie Curie yang telah menemukan unsur Polonium dan Radium dalam bidang

radiografi dan dalam bidang agama pula , Sultan Al-Fateh yang telah mengukuhkan

empayar Turki. Bidang sains dan matematik juga merupakan salah satu bidang yang

banyak mengubah dunia dengan baik. Isaac Newton banyak menyumbangkan

pemikiran , idea dan teori beliau dalam bidang ini dan juga bidang sains .
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif . Pada umumnya , kajian ini dilakukan

adalah bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang Isaac Newton .

Pada masa yang sama , kajian ini juga dilaksanakan untuk menerangkan

sumbangan Isaac Newton dalam bidang sains dan sains dan matematik di United

Kingdom pada tahun 1643 hingga 1727.

Selain itu , usaha Isaac Newton dalam bidang sains dan sains dan matematik

juga menjadi salah satu daripada objektif kajian ini.


PEMASALAHAN KAJIAN

Pemasalahan kajian ini dilaksanakan bagi mendedahkan latar belakang Isaac

Newton yang menjadi tanda tanya kepada masyarakat. Secara tidak langsung , perkara

ini akan membuatkan masyarakat di seluruh dunia akan terdedah dengan latar

belakang Isaac Newton. Pendedahan ini akan membuatkan masyarakat terus

mengingati sumbangan Isaac Newton terhadap dunia.

Di samping itu , pemasalahan kajian dalam kajian ini dilakukan adalah untuk

mengenal pasti pengaruh daripada kesan sumbangan beliau kepada dunia .

Sumbangan Isaac Newton dalam bidang sains dan matematik telah menyebabkan

perubahan yang ketara dalam pembangunan sebuah negara mahupun dunia.

Sementara itu , usaha Isaac Newton dalam mewujudkan sumbangan nya

dalam bidang sains dan matematik kepada dunia juga menjadi salah satu daripada

pemasalahan kajian ini .


SKOP KAJIAN

Terdapat tiga aspek dalam skop kajian yang perlu dijelaskan iaitu latar

belakang , tempat , dan tempoh masa. Latar belakang bagi Isaac Newton yang dikaji

termasuklah sumbangan beliau dalam bidang sains dan matematik dan usaha beliau

untuk mewujudkan sumbangan nya.

Tempoh masa bagi kajian ini meliputi tahun 1643 hingga tahun 1727.

Tempoh masa ini merupakan tempoh Isaac Newton untuk mewujudkan sumbangan

beliau dalam bidang sains dan matematik kepada dunia .

Skop kajian ini juga melibatkan tempat kelahiran Isaac Newton iaitu United

Kingdom.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengkaji lebih dalam lagi berkaitan

Isaac Newton . Kajian yang dilaksanakan meliputi kajian daripada buku - buku ,

dokumentasi , dan sebagainya . Salah satu kajian yang telah dibukukan berkaitan

Isaac Newton ialah ‘Never At Rest’ yang dikarang oleh Richard S. Westfall yang

diterbitkan pada tahun 1979.


KAEDAH KAJIAN

Kajian ini akan melalui beberapa kaedah - kaedah tertentu bagi menghasilkan

kajian mengenai Isaac Newton yang telah menyumbangkan banyak idea dalam bidang

sains dan matematik sehingga mempengaruhi pembangunan dunia pada masa kini .

Kaedah yang digunakan ialah kaedah kepustakaan iaitu kaedah yang melibatkan

sumber - sumber daripada internet dan juga buku . Sumber - sumber ini akan

didapatkan melalui laman web dan perpustakaan .


PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya , tiga bahagian akan dibahagikan dalam kajian ini yang

merangkumi pengenalan , isi dan juga kesimpulan . Pengenalan dalam kajian ini

menerangkan maksud tokoh dan sedikit pengenalan berkaitan bidang pendidikan.

Pada bahagian isi , aspek - aspek utama seperti dalam objektif kajian akan

diterangkan secara lebih terperinci dan mendalam . Aspek - aspek utama yang

terdapat dalam objektif kajian ialah latar belakang Isaac Newton , sumbangan beliau

dalam bidang sains dan matematik dan juga usaha Isaac Newton dalam mewujudkan

sumbangannya kepada negara mahupun dunia .

Bahagian kesimpulan pula akan mengandungi rumusan . Rumusan tersebut

akan dihasilkan daripada kajian yang telah dilaksanakan .


PENUTUP

Diharapkan penulisan ilmiah seperti ini dapat diperbanyakkan lagi agar lebih

ramai masyarakat yang terdedah akan latar belakang Isaac Newton dan

sumbangannya dalam bidang sains dan matematik . Tentunya sumbangan beliau telah

menyebabkan dunia mencapai kemajuan pada masa kini .

BIBLIOGRAFI

KEPUSTAKAAN

‘Isaac Newton’ (2024) Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Isaac_Newton


(diakses pada ; 13 Mac 2024)

BUKU

Westfall . Richard.S . Never At Rest . United Kingdom . Cambridge University Press ,


1983 .

Anda mungkin juga menyukai