Anda di halaman 1dari 7

Ahad , 25 September 2011

Laman Utama

Link IPTA

Profail

Buku Tamu

Baik Pulih PC Motherboard Harddisk Power Supply Keyboard Maklumat Lain Networking Setup Win2000

Dalam baikpulih komputer perkara yang paling penting adalah mengertahui masalah atau simptom-simptom yang dihadapi. Bahagian yang biasa bermasalah dalam komputer adalah motherboard, Power Supply dan Harddisk. Dalam ruangan ini disertakan simptom-simptom dan solution atau cara mengatasi masalah tersebut yang boleh diikuti oleh anda yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ini adalah perkara paling asas yang perlu diketahui

Pengujian 1. Sambungkan bekalan kuasa, monitor dan kad display (tidak perlu sekiranya on-board) kepada motherboard. 2. Kad display yang digunakan adalah bergantung kepada jenis monitor yang digunakan samada VGA/SVGA dll. 3. Sambungkan kabel bekalan kuasa pada motherboard. (Pastikan wayar hitam bertemu hitam) 4. Kemudian sambungkan kabel bekalan kuasa monitor kepada bekalan kuasa dan kabel data monitor perlu disambungkan kepada kad display yang digunakan. 5. Untuk langkah keselamatan supaya tidak berlaku short circuit pada motherboard, lapikkan motherboard dengan benda-benda berpenebat seperti kertas, plastik,papan dan sebagainya. 6. Akhir sekali setelah semuanya dipasang, ONkan suis bekalan kuasa. 7. Jika motherboard tersebut OK monitor akan mengeluarkan image pada skrin. 8. Jika tidak, ia menunjukkan bahawa motherboard tersebut adalah rosak. Troubleshooting 1. NO DISPLAY Biasanya keadaan ini adalah disebabkan oleh bateri leakage (cair). Kesan daripada bateri leakage ini menyebabkan litar menjadi putus dan menyebabkan short circuit pada motherboard. SOLUTION Mula-mula buka bateri supaya senang dilihat manakah litar yang putus disebabkan oleh cairan bateri tadi. Selepas itu, perlu mengikis kesankesan cairan pada litar-litar yang berkemungkinan telah putus supaya mudah diperiksa nanti. Untuk memastikan litar-litar yang dikikis tadi putus atau tidak, gunakan multimeter. Jika jarum multimeter menunjukkan bacaan menunjukkan litar tidak putus dan begitulah sebaliknya. Jika didapati litar putus, sambungkan kembali dengan menggunakan wayar ataupun apa-apa sahaja yang boleh mengalirkan arus pada litar. Setelah selesai memeriksa litar-litar tadi, gantikan bateri yang rosak dengan bateri yang baru. Kemudian buat pengujian kepada motherboard tersebut. 2. DISPLAY RAM Error Biasanya paparan ini dihasilkan oleh komputer jenis XT. Keadaan ini disebabkan oleh RAM (64Mb/128Mb/256Mb) pada bahagian Bank ) telah rosak. SOLUTION Periksa semua RAM pada bahagian BANK 0 dan pastikan manakah yang

rosak. Tukarkan RAM ini dengan yang baru. 3. DISPLAY Memory Size Error Keadaan ini adalah disebabkan oleh nilai Cache Memory yang dimasukkan ke dalam Setup adalah tidak betul mengikut nilai RAM yang digunakan. SOLUTION Boot komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke Setup. Tukar nilai Cache Memory kepada nilai yang betul. Contohnya 348 kepada 384. Save Setup ini dan boot kembali komputer. 4. DISPLAY Decreasing Available Memory Ini mungkin disebabkan oleh RAM chip terangkat, rosak atau SIMMs tidak dimasukkan dengan sempurna. SOLUTION Periksa SIMMs samada ia dimasukkan dengan sempurna pada soketnya dan ganti jika perlu. 5. DISPLAY Disket Drive 0 Track 0 Failed Konfigurasi sistem silap. Drive yang sepatutnya tidak sama dengan Setup. Ia mungkin juga kerana kabel drive tidak dipasangkan dengan betul. SOLUTION Periksa Setup dan pastikan drive yang betul telah dimasukkan pada konfigurasi. Kemudian periksa kabel drive samada ia dipasangkan dengan betul atau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. 6. DISPLAY Gate A 20 Failure Keyboard XT telah dipasangkan dengan tidak sengaja pada sistem komputer AT. Ia akan mengeluarkan bunyi beep seklai yang nyaring. SOLUTION Periksa suis yang terdapat dibawah keyboard dan setkkan kepada suis AT jika menggunkan komputer jenis AT. Jika display error yang sama masih ujud, maka gantikan dengan keyboard yang baru. 7. DISPLAY No Timmer Tick Ini mungkin kerana litar timmer rosak atau chip BIOS rosak atau mungkin juga kerana versi BIOS yang digunakan adalah versi lama. SOLUTION Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan bantuan daripada dealer.

8. DISPLAY [xxx] Optional ROM Bad Cheksum = [xxx] Kad-kad BIOS tertentu mungkin rosak SOLUTION Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menukarkannya dengan yang baru. 9. DISPLAY Non System Disk OR Disk Failure Ini disebabkan oleh komputer membaca sistem bootign dari Drive A dan didapati tiada sistem boot didalamnya. SOLUTION Keluarkan disket dari Drive A dan press any key to continue. Sistem akan terus boot daripada Hard Disk. 10. DISPLAY Error Code [xxx] [xxx] mewakili komponen-komponen yang perlu diperiksa dan berkemungkinan rosak. Jadual dibawah menunjukkan kod-kod yang mewakili komponen-komponen tersebut.

Kod Kesalahan 101-199 201-299 301-399 601-699 901-999 1101-1199 1701-1799

Komponen yang perlu diperiksa System Board RAM Keyboard Floppy Drive Printer Serial Port Hard Disk

SOLUTION Periksa kesemua komponen-komponen mengikut kod-kod yang dipaparkan pada skrin. Pastikan bahawa komponen-komponen ini disambungkan dengan betul pada tempatnya, komponen tidak terangkat daripada motherboard, wayar bekalan kuasa disambungkan pada komponen yang memerlukan bekalan kuasa dan lain-lain lagi. 11. SOUND Beep kedengaran daripada speaker. Bunyi beep ini membawa maknamakna yang tertentu bagi menentukan komponen-komponen mana yang berkemungkinan rosak.Jadual dibawah menunjukkan bilangan beep dan komponen-komponen yang perlu diperiksa:-

Bilangan bunyi Beep 1-4 5 6 7 8 9 10 11

Komponen yang perlu diperiksa Memory CPU Keyboard CPU Video Card BIOS CMOS Cache Memory

SOLUTION * Sama seperti langkah 10. Kecuali pada komponen-koponen Memory, Cache Memory, CMOS dan BIOS. Perlu boot kembali komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke Setup. Pastikan kesemua komponen ini telah disetkan dengan nilai-nilai yang betul mengikut specifikasi yang terdapat di dalam manual motherboard.

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 / Netscape 6.0 ke atas dengan resolusi 800x600 pixels Download Netscape Terbaru | Download Internet Explorer Terbaru All rights reserved for hizriey. Copyright 2002 hizriey@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai