Anda di halaman 1dari 1

Perkara : Jemputan untuk menyertai Projek Khidmat Komuniti secara atas talian.

The Art of Learning (AOL) menganjurkan beberapa siri ceramah atas talian sebagai
sebahagian Projek Khidmat Komuniti bagi tahun 2021. Ceramah ini akan disampaikan oleh
jurulatih kanan Lawrence Walter Seminars iaitu Th. Hj. Zander Iskander, yang akan focus
untuk membantu pelajar supaya dapat bersedia dengan lebih baik untuk peperiksaan dengan
berkongsi dengan mereka strategi peperiksaan, kemahiran belajar dan sikap pelajar agar dapat
melakukannya dengan baik.

Tajuk yang akan disentuh di dalam ceramah pendidikan ini meliputi :


1) sikap belajar yang betul untuk melakukan yang terbaik

2) pandangan baru mengenai memori untuk meningkatkan daya ingatan dengan mudah

3) strategi peperiksaan untuk sasaran A, bukan setakat lulus sahaja

4) meningkatkan keyakinan agar dapat mengelak rasa panik semasa peperiksaan

Anda hanya perlu melengkapkan boring yang dilampirkan dan hantar emel kepada kami
untuk tindak balas segera.

Sila pastikan penyertaan secepat yang mungkin kerana ceramah ini berdasarkan Siapa Cepat
Dia Dapat.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami.

Medium Pembelajaran : Webinar/Atas Talian/Zoom

Jumlah peserta : Dicadangkan 50-150 orang pelajar

Tarikh Akhir untuk pengesahan : 31 Julai 2021

Anda mungkin juga menyukai