Anda di halaman 1dari 8

ITMETRO

Ketagihan telefon pintar

Oleh Prof Madya Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali

SKKM melaporkan peningkatan pengguna Internet dari 76.9 peratus pada 2016 kepada 87.4 peratus pada
2018. - FOTO Google
:
PENGGUNAAN telefon pintar pada hari ini sudah dianggap sebagai barangan 'keperluan'
kerana ia bukan saja medium komunikasi sebaliknya menjadi tempat untuk mengetahui
maklumat semasa, produktiviti tugasan harian selain komunikasi antara individu sehingga
kepada kelompok besar.

Pada hari ini juga bukan menjadi kehairanan apabila kita melihat kanak-kanak sudah
memegang telefon pintar mungkin untuk menonton kartun atau sebagainya malah bukan
satu perkara pelik, murid di peringkat sekolah rendah sudah memiliki telefon pintar.

Ad

7-Eleven Lancar Sandwich Baharu


Menggunakan Bahan Segar Hasil Keluaran
Tempatan
by 7-Eleven
Ketahui lebih lanjut

Ia tidak dinaGkan bahawa telefon pintar ini memudahkan serta meluaskan jaringan
komunikasi. Jika beberapa dekad lalu, telefon hanya untuk panggilan saja, kini menerusi
telefon kita boleh melaksanakan persidangan video, menghadiri seminar atas talian dan
:
pelbagai kemudahan lain lagi.

Menghantar mesej, mencari maklumat, merakam suara dan mengambil gambar dianggap
biasa oleh pengguna telefon pintar pada hari ini.

ADVERTISING

Mungkin satu hari nanti melalui kecanggihan sistem teknologi, mesej yang dihantar
berubah seolah-olah pengirim berada di hadapan penerima yang menyebabkan pengguna
semakin obses dan ketagih menggunakannya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bahawa terdapat


peningkatan peratusan pengguna Internet dari 76.9 peratus pada 2016 menjadi 87.4
peratus pada 2018.

Tinjauan ini mendapati bahawa rata-rata, pengguna menghabiskan 6.6 jam dalam talian
sehari melayari Internet antaranya melalui medium telefon pintar.

Persoalannya, mengapakah pengguna menghabiskan masa selama itu dengan telefon


pintar? Adakah wujud ketagihan terhadap telefon pintar?

Kajian menunjukkan sekiranya pengguna kerap menggunakan telefon pintar lebih dari satu
jam sehari dan memberi kesan kepada kesihatan Gzikal dan psikologi, maka ia dianggap
satu ketagihan.

Hakikatnya, ketagihan terhadap telefon pintar ini berkait rapat dengan psikologi seseorang.

Pengguna yang mempunyai kecenderungan sosial yang tinggi cenderung menggunakan


telefon pintar dengan lebih kerap untuk melayari media sosial.
:
Namun begitu, ketagihan itu boleh dikawal sekiranya kekerapan dipengaruhi faktor ingin
bersosial dan mengekspresikan diri seiring dengan perkembangan semasa.

Sewaktu krisis wabak Covid-19 umpamanya dan rakyat diarah mematuhi peraturan
kawalan pergerakan (PKP), ketika inilah kuasa telefon pintar terserlah.

Penulis percaya, ketika ini telefon pintar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya bagi
memenuhi keperluan mendapatkan maklumat yang berkaitan serta meluaskan
pengetahuan dan kesedaran mengenai sesuatu isu.

Pada asasnya terdapat dua faktor yang mendorong pengguna menjadikan telefon pintar
sebagai sumber maklumat.

Telefon pintar mampu memperkayakan idea pengguna dan memperagakan sesuatu


keadaan secara lebih simbolik yang akhirnya berupaya menarik sensitiviti pengguna.

Ini bermakna, telefon pintar mengukuhkan lagi maklumat yang sedia ada dalam diri
pengguna dan akhirnya mengikat mereka agar terus kekal menggunakan telefon pintar.

Pada masa yang sama, faktor keperluan pengguna terhadap gajet seperti keperluan
kognitif, afektif, peribadi, sosial dan keperluan melepaskan perasaan turut meningkatkan
kadar penggunaan telefon pintar.

Hakikatnya, telefon pintar amat berkuasa mempengaruhi pengguna.

Penulis adalah Ketua Laboratori Generasi Siber, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS),
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Disiarkan pada: August 18, 2020 @ 7:00am


:
Click here for more information
scopely.com | Sponsored

Nampak muda, lagi sihat tapi kenapa mereka perlukan tempat


duduk dalam kereta api. Ini sebabnya
CNA | Sponsored

Kedah ada tamadun tertua di Asia Tenggara tapi para pakar


kurang pasti sejarah lengkapnya
CNA | Sponsored

Wanita bina teres terhebat dengan 45 kayu palet


Story To Hear | Sponsored

Wanita membeli 45 kayu palet: Anda tidak akan percaya apa yang
dia bina!
Story To Hear | Sponsored
:
Wanita ini menggunakan kerajang alumunium untuk dobi. Ini
sebabnya.
Story To Hear | Sponsored

Tiket penerbangan+hotel ke Thailand harga istimewa


Tempat terakhir dengan harga diskaun
Penerbangan+Hotel Thailand | Mencari Iklan | Sponsored

Thailand: tawaran penerbangan+hotel dengan harga yang sangat


murah
Tempat terakhir dengan harga diskaun
Penerbangan+Hotel Thailand | Mencari Iklan | Sponsored
:
:
d

Hubungi Kami Akademia

Team myMetro #ITMetro

RSS Feed Ku Bela

Disclaimer Santai

Notis Perlindungan P&P


Data Peribadi
Dekotaman

Utama WM

Mutakhir
Addin
Global
Rencana
Arena
Sihat
Rap/Rapxtra
Xpresi
Bisnes
Vroom
MetroTV
Galeri

InfograGk

© 2024 Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd (Co. No. 196101000449 / 4485 H).
A part of Media Prima Group.
:

Anda mungkin juga menyukai