Anda di halaman 1dari 6

2023

DESB

Idea Oleh: Mythracle Sifu

[Kertas Cadangan untuk "Campsite


Cafe" di Gunung Reng, Jeli:
Memeriahkan Tahun Melawat
Kelantan 2024]
Menjadi pusat informasi eko perlancongan dan agro perlancongan di Jeli khususnya dan di Kelantan
amnya.
Pendahuluan

Dalam menyambut Tahun Melawat Kelantan 2024, kami dengan gembira dan
bersemangat ingin mengemukakan cadangan untuk membina "Campsite Cafe" di
kawasan riadah Taman Cahaya Ibadah, Gunung Reng, Jeli. Ia bukan sekadar kafe,
tetapi satu destinasi perlancongan untuk menikmati keunikan alam dan keindahan
Kelantan.
Inspirasi dari Alam Semula Jadi

"Campsite Cafe" bukan hanya untuk makanan dan minuman, tetapi untuk merasai
semangat bersatu dengan alam. Konsep reka bentuk kafe akan menyerlahkan
keindahan Gunung Reng dengan elemen-elemen alam semula jadi yang membawa
kedamaian dan ketenangan kepada setiap pelanggan3. Makanan yang Merentasi Tradisi

Dalam menyambut pelancong dari pelbagai budaya, menu "Campsite Cafe" akan
mencerminkan kepelbagaian tradisi makanan Kelantan. Setiap hidangan akan dimasak
dengan ciri-ciri dan konsep perkhemahan. Menu-menu masakan hutan dari citarasa
masakan Kelantan akan dipersembahkan kepada pengunjung dan pelancong luar.

Pengalaman Penginapan yang Unik

Selain daripada kafe, cadangan kami juga merangkumi kemungkinan untuk


mengembangkan pengalaman penginapan yang unik. "Campsite Cafe" ingin menjadi
pangkalan untuk pengembara, menawarkan perkhemahan yang selesa. . Kami akan
memasang khemah-khemah dan peralatan untuk menampakkan ianya sebagai sebuah
tapak perkhemahan. Khemah-khemah tersebut akan diberi sewa selain ianya juga boleh
dibeli oleh pengunjung.
Program Aktiviti Budaya dan Alam

Untuk menyambut Tahun Melawat Kelantan 2024, kami merancang untuk mengadakan
program-program khas seperti persembahan seni, kelas masakan tradisional, kelas
makanan hutan dan aktiviti pengembaraan alam semula jadi. Ini adalah peluang untuk
memperkenalkan kebudayaan dan keindahan alam di Jeli khususnya dan Kelantan
amnya kepada pengunjung.

Keterlibatan Komuniti Tempatan

"Campsite Cafe" bukan hanya projek perniagaan, tetapi satu usaha bersama dengan
komuniti tempatan. Kami ingin melibatkan peniaga tempatan dalam pasaran dan
membuka pintu kepada produk-produk tempatan dalam kafe tersebut. Keterlibatan ini
akan memperkukuh lagi hubungan kami dengan komuniti setempat. Malah akan
memajukan lagi pusat riadah tersebut.

Kesinambungan dan Pemeliharaan Alam

Melalui "Campsite Cafe," kami berhasrat untuk menyemarakkan kesedaran alam dan
tanggungjawab sosial. Kami akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk
memastikan kelestarian alam Gunung Reng, termasuk program pengurusan sisa dan
amalan mesra alam.
Kolaborasi dengan Pihak Berkaitan

Kami merancang untuk menjalin kerjasama dengan pihak Majlis Daerah Jeli, agensi
pelancongan (TIC) dan pihak swasta termasuk kumpulan-kumpulan aktiviti luar dan
lasak untuk bergabung bagi memastikan "Campsite Cafe" dapat menjadi sebahagian
daripada usaha bersama dalam mempromosikan destinasi indah di Jeli dan di Kelantan.

Antara kumpulan-kumpulan dan badan yang telah kami maklumkan untuk bergabung
adalah Koperasi Waspada, Persatuan Paramotor Malaysia, RFC International Sdn. Bhd.,
Trimus Motosport Sdn Bhd., 3plerhinos Camping & 4x4 Equipments Supplies dan Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan.

Kesimpulan dan Harapan

Dengan penuh semangat dan cinta kepada Kelantan, kami meletakkan impian ini
sebagai satu sumbangan kami kepada Tahun Melawat Kelantan 2024. "Campsite Cafe"
bukan hanya tempat makan, tetapi ruang di mana mereka yang menyintai alam
semulajadi dapat bersantai bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Disamping itu dapat
menikmati kepelbagaian budaya serta makanan tradisonal Kelantan. Kami
mengharapkan dari pihak Majlis Daerah Jeli dapatlah untuk bersama-sama mencipta
kenangan yang abadi di bawah bayangan Gunung Reng.

Anda mungkin juga menyukai