Anda di halaman 1dari 2

Mengumumkan ketibaan ( nama penceramah ) ( jawatannya ) di iringi ( nama kpp )

( jawatan kpp )

Yang berusaha (nama kpp ) (jawatan kpp)


Yang di hormati (nama penceramah)
Barisan pensyarah yang terhormat , staf staf ladang dan semua pelajar yang di
kasihi sekalian

Selamat datang ke Program perkongsian ilmu kesukanan saya ucapkan

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,

ANUGERAH DI KECAP SI ANAK WATAN


MENGANGKAT SENJATA BIDALAN SUARA
MENADAH TANGAN MEMOHON KEBERKATAN
MENDAPAT RESTU HIDUP SEJAHTERA
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh (nama
si paren) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamin’ ya rabbal alamin .. Majlis mengucapkan terima kasih kepada (nama si paren )
atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat sekalian , majlis menjemput ( nama si bok ) selaku ketua program
bagi memberikan ucapan , majlis mempersilakan

Terima kasih di ucapkan atas ucapan daripada ketua program sebentar tadi ..

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada ( jawatan kpp ) ( nama full
kpp ) ..Oleh itu, majlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput ( nama kpp ) untuk
naik ke atas pentas bagi memberikan ucapan , dipersilakan

Terima kasih di ucapkan kepada ( nama kpp ) atas ucapan yang cukup bermakna
sebentar tadi ..

Seterusnya , majlis d teruskan dengan sesi bergambar , diminta ( sini bagi ayat apa
mau d cakap ) …

Tanpa berlengah masa lagi , majlis kini menjemput ( nama penceramah ) ( jawatan d
uitm ) selaku penceramah kita pada hari ini ,
Majlis mempersilakan ..

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ( nama penceramah )
atas perkongsian yang disampaikan tadi Harap para hadirin dapat mengaplikasikan
serba sedikit daripada perkongsian sebentar itu tadi..
Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan
penyampaian sijil ..
Oleh itu Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ( nama
penceramah ) di iringi ( nama kpp ) untuk tampil ke hadapan pentas untuk menyampai
sijil penghargaan kepada penceramah jemputan .. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Dengan penyampaian sijil penghargaan itu tadi, maka majlis kita berakhir di sini.
Saya memohon ampun dan maaf andai ada tersalah bicara sepanjang mengendalikan
majlis ini.

Dengan itu dijemput ( nama penceramah ) (nama kpp), barisan barisan pensyarah ,
staf staf unit ladang dan seluruh pelajar untuk menikmati sedikit hidangan yang
telah disediakan. Majlis mempersilakan. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit
Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai