Anda di halaman 1dari 2

KRONOLOGI KES BULI SIBER MELIBATKAN TUJUH ORANG PELAJAR SMK BATANG IGAN

Persahabatan 7 orang pelajar sehingga menubuhkan sebuah group whatsapp yang


diberi nama “Geng Selek”. Group ini terdiri daripada 3 orang pelajar Tingkatan 5 dan 4 orang
pelajar Tingkatan 4. Pelajar yang terlibat ialah Lyannesa Ranie anak Haun, Natalie Win anak
Gelau, Vinnie Chemisky anak Micheal, Olivia Anna anak Dolly, Patsy anak Gawan, Ferlicia
Angan anak Embok dan Amylianatasha anak Nyalau.

Sebelum berlaku masalah dalam hubungan persahabatan mereka, hubungan


kumpulan ini sangat akrab dan sentiasa bersama-sama. Masalah bermula apabila Ranie
mula rapat dan akrab dengan Patsy berbanding dengan yang lain. Amy berasa cemburu dan
berfikir bahawa Ranie tidak lagi mempedulikannya. Amy mula menjarakkan diri dari
kelompok kawan-kawan. Mereka tidak tidur bersama di Bilik 3 seperti biasa.

Kemuncak permasalahan mereka terjadi ketika berada di dewan makan waktu


belajar malam apabila Amy terasa dengan kata-kata Ranie, iaitu “Sapa nadai apai anang
ragak!” (“siapa yang tiada bapa jangan bising!”). Amy tersinggung dengan kata-kata Ranie
sehingga menyebabkan Amy semakin menjauhkan diri daripada kumpulan tersebut. Pada
malam hari yang sama juga, selepas balik belajar malam, Amy pergi ke Bilik 6 untuk
berjumpa dengan Anna. Amy mengatakan ‘dirinya terasa tersisih’ daripada kelompok
kawan-kawannya. Amy dan Anna berpelukan. Anna bertanya tentang apa yang mengganggu
Amy dan apa permasalahan yang sebenarnya yang membelenggu Amy. Namun, tiada
respon apa-apa daripada Amy. Anna mengajak Amy untuk tidur bersama dengan kawan-
kawan yang lain di Bilik 3. Anna terus berjalan ke bilik 3 dan berfikir bahawa Amy akan
mengikutinya ke Bilik 3. Sebaliknya, Amy tidak mengikut Anna tetapi pergi ke Bilik 1 untuk
berjumpa dengan Nadia tanpa memberitahu kepada Anna. Kemudian, Amy balik semula ke
biliknya sendiri, iaitu bilik 4. Sampai sahaja di bilik 4, Amy terus menangis di atas katil dan
menutup mukanya dengan bantal.

Apabila mengetahui bahawa Amy tidak mengikutinya ke Bilik 3, Anna mencari Amy
ke Bilik 4. Selepas itu, Anna cuba memujuk Amy yang sedang menangis. Anna bertanya
kepada Amy kenapa menangis tetapi Amy tidak menjawab pertanyaan Anna dan terus
menangis. Seorang demi seorang ahli yang lain datang ke Bilik 4. Semua mereka mencuba
untuk memujuk Amy. Namun, pujukan mereka menemui jalan buntu apabila Amy tidak
memberi sebarang respon.

Pujukan yang tidak berhasil membuat mereka berputus asa memujuk Amy. Ranie
dan Patsy berasa sakit hati dan rasa dipermainkan apabila Amy tidak memberi respon atas
pujukan mereka. Patsy mengeluarkan kata-kata kesat kepada Amy, “cibai” dan “sial” lalu
menendang pintu almari. Usai itu, rakan-rakan yang lain beransur kembali ke Bilik 3. Amy
sempat berkata “Pulai meh kitak, enti kitak enggai nguna aku” (“baliklah kalian kalau kalian
tidak mahu berkawan dengan saya. Saya tidak kisah”)

Pada malam yang sama, Amy telah memberikan 2 pucuk surat kepada kawan-kawan
yang lain. Amy meminta seorang rakannya untuk menghantar surat kepada Ranie, Natalie
Win, Ferlicia Angan, Olivia Anna, Patsy dan Vinnie Chemisky.
Surat pertama:
1. “maaf tidak dapat menjadi kawan yang baik kepada kamu semua”
2. “mengatakan terasa dengan kata-kata Ranie, iaitu siapa tidak mempunyai ayah
tidak perlu bising.”
3. Amy mengatakan Olivia Anna beruntung kerana masih boleh berjumpa dengan
ayah kandungnya tetapi Amy tidak mampu berbuat demikian. Sekiranya ayahnya
membelikan sesuatu untuk dirinya, barang tersebut akan dibuang oleh ibunya”.

Isi kandungan surat selebihnya tidak dapat dinyatakan kerana ahli yang lain lupa akan isi
surat tersebut. Usai membaca surat, surat tersebut dikoyakkan oleh Ranie.

Balasan Surat pertama: Ranie telah membalas surat Amy dan dibaca oleh Patsy.
Namun isi kandungan surat tidak dapat dinyatakan kerana mereka mengaku lupa
akan isi kandungan surat.
Surat kedua: isi surat kedua tidak dapat dinyatakan kerana semua ahli, Ranie, Natalie
win, Olivia Anna, Vinnie Chemisky, Ferlicia Angan dan Patsy mengatakan mereka
terlupa akan isi surat tersebut.

Usai surat kedua diterima Amy dipanggil ke Bilik 3. Pada masa yang sama ketika Amy
datang ke Bilik 3, Natalie Win, Vinnie Chemisky dan Ranie tidak berada di dalam bilik
sebaliknya mereka bertiga lepak di luar. Amy hanya berjumpa dengan Olivia Anna, Ferlicia
Angan dan Patsy. Kedatangan Amy ke Bilik 3 adalah untuk memperbaiki hubungan mereka.
Olivia Anna mengatakan bahawa hubungan mereka telah pulih apabila Amy memeluk Anna.
Amy mengatakan “saya tidak mahu begini, saya nak perubahan dalam hubungan
persahabatan kita”

Beberapa hari kemudian, Amy balik ke kampung kerana tidak sanggup lagi
bersemuka dengan 6 orang rakannya. Beberapa hari kemudian, Amy bersama-sama dengan
penjaga datang ke sekolah untuk berjumpa dengan pihak sekolah untuk berbincang tentang
kes ini.

Anda mungkin juga menyukai