Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Pulau Redang Kod Sekolah: TBA 7016

1. Nama Guru MOMAHAD AZAHARI BIN ABDULLAH

2. Judul 200 Tip Memimpin Gaya 3. Bidang: Kepimpinan


Rasulullah
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Buku 200 Tip Memimpin Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita gaya kepimpinan
bermula dari diri sendiri, seterusnya keluarga, organisasi dan akhir sekali masyarakat. Setiap
orang wajib memimpin sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri. Kehidupan ini tidak boleh lari
daripada memimpin.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Ada empat golongan yang memerlukan bimbingan, iaitu diri sendiri, keluarga, organisasi, dan
masyarakat. Sebaik-baik pemimpin yang boleh dicontohi adalah Rasulullah S.A.W. Melalui buku
ini, antara yang boleh dipelajari adalah:
1. Untuk memimpin diri, perlukan ilmu dan disiplin.
2. Seorang ketua keluarga yang jujur, lemah lembut tetapi tegas, bertolak ansur dan
mengutamakan agama Islam dalam pucuk kepimpinannya adalah ketua yang layak
memimpin.
3. Sesebuah organisasi harus dipimpin tanpa rasa pilih kasih, dengan kejujuran, optimis,
tolak ansur dan empati ketuanya.
4. Pemimpin yang berpegang pada janji, penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab dalam
menjalankan amanah, serta mengikut syariat dalam memimpin boleh membentuk
sesebuah masyarakat yang harmoni.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang pendidik, aspek kepimpinan dalam diri sangat penting. Ini kerana, seorang guru
juga berperanan sebagai pemimpin kepada anak murid, rakan guru, dan juga kepada organisasi.
Sifat-sifat kepimpinan ini boleh diterapkan kepada anak-anak murid supaya murid-murid juga
boleh memimpin rakan -rakan yang lain. Sebagai contoh, ketua kelas, pengawas dan sebagainya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................
(MOHAMAD AZAHARI BIN ABDULLAH)

Anda mungkin juga menyukai