Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN ULASAN ARTIKEL CTU552

TUGASAN 1: ULASAN ARTIKEL (30%)

Panduan ini terbahagi kepada 3 bahagian:


• Bahagian A: Tema artikel
• Bahagian B: Panduan kerangka ulasan artikel
• Bahagian C: Jadual pembahagian tugas pelajar

BAHAGIAN A: TEMA ARTIKEL

Pelajar dikehendaki memilih artikel yang membincangkan tentang kepincangan dan cabaran
pemikiran masyarakat. Artikel yang dipilih haruslah artikel yang ditulis oleh ahli akademik
atau pakar-pakar dalam isu yang dibahaskan.

Contoh-contoh tema artikel yang boleh dipilih pelajar:


1. Cabaran ideologi Liberalisme
• Contoh: Isu LGBT, isu perkahwinan sejenis, isu hak kebebasan manusia
secara mutlak, isu Islam Liberal, isu penyebaran ideologi Liberalisme dalam
filem, dll.

2. Cabaran ideologi Sekularisme


• Contoh: Isu implikasi pemikiran yang mengasingkan kehidupan duniawi dan
akhirat, isu ‘secular laicite’, isu hak kebebasan asasi melampaui panduan
agama, isu kemajuan masyarakat yang berpusatkan material, dll.

3. Cabaran ideologi feminisme


• Contoh: Isu gerakan Sisters in Islam, keadilan gender, penolakan autoriti
agama, dll.

4. Cabaran ideologi pluralisme agama


• Contoh: isu pemikiran semua agama adalah sama benar, isu penyebaran
ideologi pluralisme agama dalam filem, dll.

5. Cabaran Sains dan Teknologi terhadap masyarakat


• Contoh: isu etika penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence),
cabaran sains dan teknologi terhadap pembentukan manusia berintegriti,
cabaran kemajuan sains dan teknologi terhadap pengamalan agama, dll.

6. Cabaran ideologi hedonisme


• Contoh: cabaran gaya hidup masyarakat yang berpusatkan hiburan tanpa batas

7. Cabaran ideologi ateisme


• Contoh: cabaran dan implikasi pemikiran ateisme terhadap gaya hidup
individu/ masyarakat, cabaran penolakan ajaran agama, cabaran gerakan yang
menyindir agama, dll.

8. Cabaran penyebaran ajaran sesat


• Contoh: isu ajaran sesat di Malaysia, isu ajaran ‘metamorphosis’, dll.
9. Cabaran ideologi ekstremisme agama
• Contoh: Isu salah faham terhadap agama yang membawa kepada amalan
agama yang ekstrem/ melampau, dll.

10. Cabaran pemikiran modenisme dan pasca-modenisme terhadap pembentukan


masyarakat.
BAHAGIAN B: PANDUAN KERANGKA ULASAN ARTIKEL

Pelajar dikehendaki mengikut struktur berikut dalam ulasan artikel:


ISI KANDUNGAN MARKAH
1. Pendahuluan 5
• Gambaran umum artikel yang dipilih (overview)
• Maklumat mengenai artikel
• Huraian umum tentang perkara yang dibincangkan dalam
ulasan pelajar
2. Ulasan dan Perbincangan 10
• Objektif/ fokus utama artikel/ problem statement
• Isi-isi penting artikel (pelajar perlu merujuk kepada sumber-
sumber lain dalam menghuraikan lebih lanjut tentang isi yang
dibahaskan dalam artikel)
• Pastikan susunan isi dan huraian teratur
3. Analisa Kritis 5
• Huraian pendapat atau analisis peribadi pelajar.
• Menarik atau tidak isi utama dan mengapa, relevan atau tidak
isu yang dibincangkan dan mengapa, setuju atau tidak dengan
hasil kajian dan mengapa, sesuai atau tidak metod yang
digunakan, boleh dipercayai atau tidak hasil kajian, dan kesan
kajian artikel terhadap pemikiran anda pada masa kajian akan
datang.
• Penghayatan peribadi pelajar.

4. Rumusan 5
• Kesimpulan
• Huraikan hubungkait kandungan artikel dengan subjek
Falsafah dan Isu Semasa
• Nyatakan jika penemuan / hasil artikel dapat memberi
pengetahuan baru, bagaimana anda akan menggunakan
pengetahuan tersebut, dan apakah langkah / strategi yang akan
dilakukan untuk memperbaiki kajian.
5. Etika (penilaian pensyarah, pelajar tidak perlu sertakan dalam 5
ulasan artikel)
• Pelajar hendaklah pastikan garis panduan penulisan berikut
diikuti:
o Times New Roman, Size 12
o Spacing 1.5
o Anggaran 15-20 mukasurat
o Sumber rujukan: Autentik, tulen, diakui sebagai
sumber rujukan yang sah. Minimum 10 rujukan.
o Citation: gunakan Teknik APA citation
o Plagiarisme melebihi 30% adalah satu kesalahan.
o Menyertakan jadual pembahagian tugas di mukasurat
terakhir.
JUMLAH 30%
BAHAGIAN C: JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS PELAJAR

BIL NAMA AHLI & NO PELAJAR BAHAGIAN TUGASAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Anda mungkin juga menyukai